Shazwani Buddies

June 16, 2013

Selamat Hari Daddy.

Assalamualaikum.

Hello semua daddy(already) or daddy(to-be) sekalian. Sihat?

Boleh pulak aku lupe nak update entri tentang father's day harini kan. Bende lain kemahen laju je diupdate. Bukan apa 'nak kena' buat entri ni, it just to show my big appreciation to my precious father. So ape salahnye kalau aku pampangkan beliau dekat blog anak dia ni kan. Kot-kot die tetibe nak bukak blog aku ni, mane tau. Untung-untung dapat coklat sebijik. Walaupun aku tahu beliau tak penah bukak, sobs sobs.. *lap hinuss..

Just a simple wishes from me.. thank you for being my lovely father dunia akhirat. Semoga sentiasa dilindungi, dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik. (dah macam wish birthday pulak) -__-
Nevermind... haha.



 happy father's day.. from your biyutipul doter *puiii...

my father and his only wife. haha. ehm...


HAPPY FATHER'S DAY TO ALL FATHER OUT THERE. 
INCLUDING FATHER-TO-BE.


-Thanks for reading my entry ! Please come again-

February 21, 2013

Aku kata jangan! Aku kata buat!

Assalamualaikum.


Hai gegirl(s) yang selalu berada dalam dilema semua. Hawawyu?

Manusia takkan pernah dapat lari daripada menghadapi dilema dalam hidup. Am you I right? Yes I know I'm always right *dongak ke atas,tangan di leher,cekik kuat-kuat,lidah terjelir*

Definisi delima dilema ni adalah 'perasaan serba-salah'. Ataupun dalam bahasa yang upgrade sikit, 'berada dalam keadaan persimpangan'. Atau lagi kalau dalam bahasa poyo sikit, 'rasa berbelah-bagi'. Atau jugak dalam bahasa sanskrit nye, dilema lah kan! haha. Ok. Ok. Jangan pening ye. Please jangan.

Ayat yang selalu kite dengar bile orang tengah berada dalam dilema ni..

''aku tak tahu lah nak buat macam mane lagi, 
ditelan mati emak..diluah mati bapak..
'disimpan mati aku'. haihh''

Sampaikan kite yang dengar pun akan kata ''haihhh'' jugak. kan! Aku yang tulis ni pun ''haihhhh'' jugak. Korang yang baca pun ''haihhhh'' jugakgakgak. Susahnya nak menghadapi dilema ni kan. Yang syaitonn kata buat. Yang angel kata jangan.

Contohnye macam ni lah, kalau kite bekerja pun kite rasa susah, kalau tak kerja pun lagi lah susah. Jadi kite akan berada dalam dilema. 'Nak keje ke tak! Nak keje ke tak!' Arghh *contohhh*

Kenape?

Yelah, kalau kite keje pun kan bukan boleh saving sangat pun. Mane nak bayar duit sewa rumah lagi, duit keta lagi, duit makan minum lagi, duit utilities lagi, duit hutang PTPTN lagi, duit itu duit ini. Bayangkan kalau pendapatan cume RM1800 je? Tapi kalau tak keje pun susah jugak. Takde pengalaman. Takde pendapatan. Takde aktiviti. Sekarang dapat tak korang rasa yang korang betul-betul berada dalam dilema?
Tak?

Cis!

Fokus ok. Fokus!

Aku cerita lebih details tentang dilema ni ye. Ok contoh dilema..

Bila kita kerja, kita tak dapat senangkan diri kita. Bile kita tak kerja, kita tak dapat duit/gaji. Jadi, kerja ke tak kerja ke.. kita tetap berada dalam keadaan yang tak menyenangkan.

Kontra-dilema pulak.

Bila kita kerja, kita dapat duit/gaji. Bile kita tak kerja, kita dapat duduk rilek-rilek. Jadi, kerja ke tak kerja ke.. kita tetap berada dalam keadaan yang menyenangkan.



Contoh dilema lain.

Bila kita pegi berjuang, make kita takkan dapat bersenang-lenang. Bila kita tak pergi berjuang, kita akan merase bersalah. Jadi, berjuang ke tak berjuang ke, kita tetap berada dalam keadaan yang tak menyenangkan.

Kontra-dilema pulak.

Bila kita pergi berjuang, kita akan dapat pahala. Bila kita tak pergi berjuang, kita akan dapat duduk rilek santai. Jadi, berjuang ke tak berjuang ke, kita tetap berada dalam keadaan yang menyenangkan.

Well, macam mana cara untuk mengatasi dilema yang bersimpul-simpul ni?

Pertama, meneliti 'alternatif' pada setiap permasalahan yang diketengahkan, tidak sekadar dinyatakan, tapi lebih dari itu. Teliti dulu dilema yang dihadapi, dan mula berfikir untuk mencari point penting permasalahan.

Kedua, 'mengalihkan' konsentrasi suara-suara asing yang membuatkan kita tertekan. Lakukan kontra-dilema sehingga jumpa penyelesaian yang baik. Contoh,

Bila kite berjuang, kite akan dapat pahala. Mencari pahala dalam keadaan terpaksa adalah tak ikhlas. Berjuang dengan perasaan ikhlas lebih baik daripada berjuang secara terpaksa.

So, dah jumpa alternatif pilihan. Pergi berjuang! Goodbye dilemma.


p/s : senyum je kalau menghadapi dilema sama ada nak beli gelas atau pinggan. macam cik serious. ehem. 

hey!

gelas atau pinggan?

argh!


-Thanks for reading my entry ! Please come again-

February 6, 2013

Preskripsi sebelum Diagnosis? Jahanam.

Assalamualaikum.



Hai kekawan baik burung hantu yang masih berjaga. Tengah buat apa? Dah nak pukul 4 pagi ni. Homework dah siap? Tak payah buat la. Pegi tido je *hasutan terbaik*

Pernah dengar pepatah daripada Pascal? 

''Hati mempunyai alasan yang akal tidak perasan''

Pernah dengar? Tak? Kesian
Pepatah ni dah melekat dalam otak sejak aku berumur 13 tahun lagi. Still aku ingat tanpa terlupa satu ayat pun. Kenapa? Kerana pepatah ni sangat berharga. So, kau orang kena ingat mulai sekarang. Promise! Ya. Good.

Well, situasi yang aku bagi nanti kau cuba kaitkan sendiri dengan pepatah Pascal tu. Use your intelligence brain to think about the relation of the situation. 

Ok. Katalah kau ada masalah dengan mata kau, dan kau buat keputusan utuk mendapatkan bantuan daripada ahli optometri. Setelah pakar tersebut mendengar masalah kau dan dia pun menanggalkan cermin matanya dan menyerahkan kepada kau.

''Pakailah cermin mata ni,'' katanya.
''Saya dah pakai selama 12 tahun dan cermin mata ini memang berguna sampai sekarang dan tiada masalah. Saya ada cermin mata lain di rumah. Kamu boleh ambil yang ini,'' katanya lagi.

So, kau pun ambiklah cermin mata dia dan pakai. Tapi masalah mata kau still sama.

''Dahsyat!'' kata kau.
''Saya makin tak nampak apa-apa pun,'' sambil kau membuka cermin mata itu.

''Apa yang tidak kena?'' tanya pakar mata itu.
''Cermin mata ni sangat bagus, cubalah lagi sekali,'' pujuk beliau lagi.

''Saya memang dah cuba, tapi tetap kabur,'' tegas kau.

''Mengapa kamu bersikap begini? Fikirlah secara positif,'' kata pakar optometri tersebut.

''Ok. Secara positifnya saya memang tak nampak apa-apa,'' kau cuba menerangkan.

''Amboi, kamu ini memanglah tak tahu berterima kasih, kamu nak kata saya tipu lah ya?'' tegur optometri tersebut.
''Saya dah puas membantu kamu, tapi kamu tidak berterima kasih!''

So, based on situasi di atas, apakah kemungkinan yang kau akan pergi lagi kepada pakar optometri itu apabila kau memerlukan bantuan untuk mata kau lagi? Aku rasa, kau tak mungkin akan pergi lagi. Kenapa? Sebab kau sudah tak yakin lagi terhadap seseorang yang tidak membuat diagnosis dulu sebelum dia menyediakan sebarang preskripsi.

Tetapi, ingat balik. Berapa kerap kita membuat diagnosis sebelum kita sediakan preskripsi? Sebagai contoh lagi, kau terdengar kawan kau bercakap-cakap di tempat sunyi. Tapi, kau tak tahu apa butir bicara mereka. Dengan selambanya kau memberi preskripsi tanpa kau diagnosis dahulu apa sebenarnya yang terjadi di antara mereka. Maka, tercetuslah permasalahan. Am I right? Ya opkos. (baguslah tu aku tanya aku jawab)

Aku perhatikan, kita selalu lebih cenderung untuk bertindak tiba-tiba, membaiki sesuatu berpandukan nasihat yang baik. Tetapi kadangkala kita gagal mengambil masa untuk mendiagnosis, untuk betul-betul memahami masalah terlebih dahulu. Orang kate ape, ''main redah je''.

So, kalau macam ni. Kita kene berpegang kepada prinsip ape tu.. 

em.


jap.


lupa sikit.


emha


cuba.. cuba.. 


er.. cuubaa.. 


Ok now remember,


''Cuba memahami dahulu, kemudian cuba untuk difahami'' (ini prinsip dia) :)



-Thanks for reading my entry ! Please come again-

February 5, 2013

Pam kepala dalam tandas. Done.

Assalamualaikum.


Sawadeekapp pakwe dan makwe yang tengah berserabut? Anda dah punya idea untuk hilangkan keserabutan anda hari ini? Ya. Caranya masuk ikut pintu terjun ikut tingkap *ulang banyak kali*. Setel.

Okay guys, first of all aku pengen bagitau kalian di sini (kayak indonesia ya bahasanya), I love my blog *first*. I love to type *second*. I love to sharing my entry *third*. I am freewriter *fourth*. Andddddd... I don't know how to joined competition in the blog *seriously last*. No. One more. I am Lee Dong Wook sweetheart *kiss thru da phone*. Haiss.

Kemonn, why the banner make me dizzy when I convert from HTML into Compose? Do you know what? I hate complicated things. Ini semua berlaku mungkin sebab aku ni tak penah ada pengalaman join itu dan join ini. agaknya. It keeps downwards, then upwards back, then again again again and keep it again until I delete all the content back and make it again. Not understood? Macam ni, maksud aku ayat dia jadi dekat-dekat then dia turun naik, turun naik. Padahal aku dah enter sehabis space. No. Tipu. Aku enter 2 kali je. But after aku update dan view blog, aku rasa blog aku diawang-awangan. Nak kate jejak bumi tak, jejak langit pun tak. It's like.. more to.. Fly away..fly away blup blup blup *tolonggg lemas!!!*

Ah. Nevermind. At least aku ingin membalas jasa orang yang 'tag' aku tu. Dia sangat sweet ye sebab dia telah menunjukkan bahawa dia ''ingat'' pada aku *ehem*. Biasalah, sifat menghargai itu memang perlu ada pada setiap wanita maskulin seperti aku *fliphair*. Dann.. mungkin dia tak tahu bahawa aku ni bukan kaki yang suka join segmen. But, once in a while. Why not. kan. Lagi pula si bijak yang berkepala kecik penah pesan dekat aku, ''kita harus hargai orang yang ingat akan kita''. See? see? Itu aku lah tu *kembang*

Tapi tu lah, aku ni yang jadi pelik pulak. Kekasih aku si Lee Dong Wook yang gentleman tu pun pelik dan ada tegur tadi, dia mesej aku macam ni, ''wow!my darling join segmen yang sweet-sweet?''. Eh hello, kenapa pelik? see my kuku kaki laa. see see.  Pffttt
*kisah benar*

Em. Howeva. I stop here. Nak pegi pam kepala dalam tandas dulu. Jumpa lagi nanti. Orrrr.. mungkin malam nanti. Hiks




-Thanks for reading my entry ! Please come again-

Adakah kesepian itu membunuh?

Assalamualaikum.


Hello jejaka-jejaka dan wanita-wanita kesepian sekalian. What's up?

Tadi lepas aku siap masukkan baju dalam washing machine aku pun dengan agressivenya terus on laptop dan dengan rakusnya aku online facebook. Aku pun klik home untuk tengok apa gosip sensasi masa kini *buruk perangai*

Bile aku scroll punya scroll punya sekerol, then aku jumpa satu status ni. Oh! menarik perhatian aku 2 minit.


Nampak tak nampak tak haha. Sebenarnya aku nak menangis baca tajuk ni :')
Aku pun tertanya-tanya kejap kenapa status beliau macam tu. Itu kawan cyber aku sebenarnya. Kalau dia baca blog aku dan tengok status dia naik kat sini, aku nak tanya ''hai kawan. kenape kesepiankesepian dari apa? cerita la cerita la''

Okay. Korang kesepian? Opkos la not kan. And please don't.

Well, lelaki ni memang sifat mereka sentiasa kesepian (lelaki, tolong jangan marah cik serious yang manis ni ok). Seriously, banyak dah aku jumpa status yang sama yang ditulis oleh lelaki. Tapi aku ambik satu contoh je lah. Time baju putih kain biru dedulu.

Dulu, time aku sekolah tingkatan 3 ada sorang member lelaki kelas aku suke sangat kacau budak pempuan dalam kelas tu. Hari-hari kalau die datang sekolah je mesti ade je point die nak menyakat. Sorok kusi la, letak cicak bawah meja lah, letak lipas dalam buku lah, sorok beg sekolah lah dan macam-macam lagi kenakalan yang mereka buat. Sampai kekadang budak-budak pempuan dalam kelas tu sumpah die supaye tak payah datang sekolah terus. Kejam kan? Tak lah.

Ape motif dia? Ya. Dia kesepian. Itu motif dia. Dia perlu melakukan sesuatu hal yang bikin dia happy. Iaitu dengan cara menyakat budak pempuan. Pempuan kan kalau makin marah makin comel *ehemm*, walaupun you girls memang suka kene nyakat kan. Nak nak lagi kalau si lelaki buat bunyi suwiitt suwiitt tu. Menggelupur kembang korang. kan. Apa yang girls suka dengan bunyi tu pun aku tak pasti. Haiss. Itu yang buat lelaki rasa fun gila untuk nyakat korang. So girls, jangan cepat perasan. Mereka tu sebenarnya cuma kesepian. Pfftt

So, sebenarnya lelaki kesepian ni boleh jadi seorang yang setia. But.. but.. kekadang lelaki yang player pun sebenarnya mereka ni kesepian. Tak tahu apa yang mereka lakukan. Yang mereka tahu cuma nak have fun! have fun! have fun! Then after mereka habis bergembira mereka akan kembali kesepian. That's it! Takkan berakhir sampai mereka sendiri berubah atau ada seseorang yang akan membuat mereka berubah atau.. mereka sendiri sedar yang itu semua tiada kebaikan. Am I right? If not, tolong betulkan ye.

Mungkin juga yang kesepian tu sebab memerlukan seorang teman. Ya. Dia memerlukan seorang teman, tapi oleh kerana dia terlalu memilih untuk mencari kesempurnaan pasangannya tu, at last, Allah ajar dia dengan memberi kesepian hidup. So, pepandai la you guys survive dengan kesepian tu. Sape suruh terlalu memilih kan. Rasakan. Tengok aku punya Lee Dong Wook, setia je. Walaupun Maya Karin tak secantik aku *tolong terbalikkan ayat tu.ya*

Well, bila seseorang tu merasa kesepian mostly mereka akan call member and ajak kua lepakusha-usha awek, berjalan tak tentu arah and so on. Tapi.. tak kurangnya dengan girl(s) ye. Ada je girls yang kesepian. Tapi macam mana sekalipun kesepian mereka, boleh dilepaskan dengan cara cari resepi baru. Ya. Resepi yang baru sangat mengujakan we girls. Not all girls, but only me *big grin*

Ekceli, you guys nonid la terlalu merasa kesepian kalau masih belum berpasangan atau baru ditinggalkan kekasih. Rilek je laa. Kenapa nak susahkan diri dengan merasa kesepian. ye tak. Cari lah some activiti yang mencabar contohnya macam plan ngan member untuk pergi hiking ke, jungle trekking ke, vacation ke.. kan. Aku konfem. Kesepian korang akan terubat. Mana tau time-time tengah hiking tu terjumpa awek cun yang muka macam Juliana Evans ke kan. Juliana Bonus pun ok. 'Bonus' dah kat situ haha. Ni tak, korang rasa sepi, tapi duduk jugak tercongok depan lappy sambil bagitahu public yang korang kesepian. Kemonnn, you guys kene lah be professional. Macam mana we girls nak jatuh cinta kan kalau macam tu *herk*. So,jangan tunjuk sangat yang korang kesepian ok. Kalau dah tak tahu nak buat apa, bagitahu aku kau nak makan apa. Nanti aku masak. Ok. Deal. Good!

Guys.. don't mad! don't mad! ini bukan propa semata haha *I'm sorry for hurting you wuwu*

Peace.


-Thanks for reading my entry ! Please come again-

February 4, 2013

Kawan baik yang backstabbed?

Assalamualaikum.


Hai girl's and boy's yang selalu kena backstabbed dengan member. How are you today? Fine? Like I care.

Oh mestilah aku care pasal korang k. Kawan korang yang suka backstabbed korang tu sihat? Semoga dia sihat supaya boleh backstabbed orang lain pulak. Ok. Rileks. No. Wait wait. So? Pernah korang mengalami perkara macam ni? YaPerkara yang macam ni.

Aku rasa 9/10 daripada manusia di muka bumi akan menghadapi hal yang macam ni (again 'macam ni'). Eh! siapa sangka kawan baik sendiri boleh backstabbed kan? No no. She is nice. She is my bestfriendmetto. She is everything for me. She is itu. She is ini. But.. she is backstabber. She backstabbed me! Pffttt
Well, pisau tu kan umum. Tak. Aku bukan talk pasal pisau ok. Tak semestinya nak tikam tu kena guna pisau. kan? Kau nak stabbed orang guna kulit durian pun ok ape. Extreme skett. Em sakit dia taklah sangat kalau nak compare dengan backstabbed orang secara jiwa dan mental. ye tak?

Aku pun penah hadapi hal macam ni. Aku ada kawan baik dulu. Aku pun kenalkan lah kekasih aku, Lee Dong Wook dengan dia. Sebab aku rasa wajarlah kalau aku kenalkan antara satu sama lain supaya boleh berkomunikasi sesama. Tapi walaupun aku tahu dia kawan baik aku, aku masih tak boleh teka apa yang ade dalam hati dia. Walaupun cita-cita aku nak jadi psikik dulu kan *tipu*.

Jadi aku tak sangka yang dia buruk-burukkan aku pada Lee Dong Wook aku yang kacak bergaya tu. Dah lah bukan senang aku nak lamar dia. Terpaksa aku keje overtime dekat 7E demi nak kumpul duit pegi Korea. Sesenang je kau ek. Haiss.

Walaupun Lee Dong Wook sudah dikebas oleh dia, sumpah aku sakit hati. Tapi aku tak risau, sebab masih ada Top BigBang yang sudi menerima akuOhh.. heavennn! (walaupun Top tu tak sehebat sabun pencuci T.O.P toppp). Aku ok jer. Asalkan dia pandai nyanyi lagu ''anak itik tok wi''.

Tapi aku masih musykil apa motif dia nak backstabbed aku sampai camtu. Aku tak penah pun lebih daripada dia. Masa kami tadika dulu ok je dia jadi ketua kelas, aku jadi bendahari (sebab aku mata duitan haha). Dekat unibersiti pulak ok je dia persatuan bulan sabit merah dan aku persatuan pandu puteri (sebab aku rasa aku lagi sesuai jadi puteri Lee Dong Wook. kan). Well ya, tak sangka dia sanggup sakitkan hati aku macam ni. Betapa susahnya aku nak lupakan Lee Dong Wook aku tu. Siap kau nanti, siap!

So, situasi di atas tu mungkin yang pernah aku alami. Atau barangkali ia sekadar rekaan otak aktif aku dek kerana perasaan yang tulus terhadap Lee Dong Wook *pastinya*. Well me, sikit-sikit mesti kena ada Lee Dong Wook kan. Dah tu Dato' Fazley tu sombong sangat dengan aku. Sape suruh? Rugi betol dia. But.. Nevermind..

Jadi, sebenarnya kenapa dan apa punca kita akan rasa sakit hati dengan perangai kawan baik kita? Banyak yang aku jumpa dekat Twitter tentang hal backstabbed member-member ni. Jadi aku nak bincang dengan cara aku sendiri. Ekceli uols, makin lama kita kenal seseorang tu, makin susah kite nak fahami mereka. Malah mungkin kita tak akan dapat lansung memahami mereka. Bila kita terlalu kenal diorang, sikap over diorang pun kekadang kita boleh terlepas pandang. I think nonid la terlalu pendam kan. It's not good to our health ye.

Biasanya kawan baik ni susah ditegur. Bila tegur mulalah tarik muka lah, melenting lah, kelar lengan lah, botakkan kepala lah ahh itu semua kompromi semata yang tak boleh dilayan. Umpama persatuan Freemason yang nak ambik alih tampuk pemerintahan selepas kejatuhan Saddam Hussien (tak patut gila)

But! Jangan lupa, kadang-kadang kawan baik kita lah musuh yang paling hebat untuk menjatuhkan kita. Sebab tu kalau berkawan kalau boleh biar so-so je. Macam yang aku dah pesan sebelum ni dekat Rita Rudaini dan Lisdawati. Masa baik bukan main lagi, cawan pun kungsi, bulu mata palsu kau pakai sebelah aku pakai sebelah kekonon twin. Bila dah kene backstabbed, tarik rambut sampai masuk dalam kolam kau tau *katanya....

So, kalau kau taknak kene backstabbed dengan kawan baik sendiri. Better jangan terlalu berkongsi segala benda dengan mereka. Nak nak lagi cerita dalam kain kau. Kain? Wait. No. Listen to me. I mean cerita peribadi laa. Haiss. Kalau berkongsi tu biarlah yang sepatutnya je. Tak salah kalau berhati-hati sebelum dikhianati. What say you?

Are you mad? are you mad? haha rileks k :)

-Thanks for reading my entry ! Please come again-