Shazwani Buddies

January 29, 2013

Krik krik ! Eh.. crepe crepe

Assalamualaikum.

Rasenye fenomena durian crepe masih lagi hangat sehangat asmara membara dijiwa. kan? Cehh aku tak tahu kenape harus buat ayat *geligeli* macam tu :')

Sape yang terase nak cube buat? Kalau macam tu jom aku nak cerita resipi durian crepe bagi penggemar crepe crepe.. Resepi ni hasil gugelan aku yang tak pernah putus asa. Sharing is caring. kan!





Nota: Kuantiti adalah mengikut saiz kuali leper anda. 

50gm tepung gandum
50gm tepung ubi
25gm tepung kastard
25gm tepung jagung
2 sudu besar minyak masak
2 1/2 sudu besar gula pasir
secubit garam
2 biji telur
100ml susu cair/santan
375ml air
 
untuk crepe berwarna hijau:

sedikit perisa pandan
sedikit pewarna hijau epal
 
untuk crepe berwarna kuning:

sedikit esen vanilla
sedikit pewarna kuning


Cara-cara :

Masukkan semua bahan dalam mangkuk. Whiskkan (Boleh guna mixer dan putar).


sebelum putar



selepas putar

Bahagikan kepada 2 adunan. Satu adunan untuk crepe berwarna hijau dan satu adunan lagi untuk crepe berwarna kuning. Kacau supaya warna sebati. Tapiskan adunan supaya tidak berketul-ketul. 




Sediakan kuali yang tidak melekat (non stick). Panaskan kuali. Tidak perlu sapu minyak sebab memang tak melekat punya kalau betul kuali anda tu non stick. Sendukkan sedikit adunan dan ratakan pada kuali sama seperti anda membuat lempeng.





Jangan terbalikkan. Biarkan sehingga masak. Lepas tu angkat dan ketepikan.  Ulang sehingga adunan habis.





Dah ada banyak


Untuk filling: 

200gm whipping cream - non dairy
isi durian secukupnya. Lenyekkan sedikit. Kalau suka banyak, boleh la letak banyak. 





Putar sehingga kembang whipping cream ni. Jangan guna yang UHT/dairy nanti tak kembang pun krim anda.



boleh pakai brand ni (siap kocok? tak tahann haha. em. haha)


Cara melipat:

Letak sekeping crepe. Pastikan yang berkilat di sebelah luar.  Mula-mula letak whipping cream di tengah-tengah.





Pastu letak  isi durian sesedap selera.





Letak whipping cream atas isi durian.





Lipat dari atas ke bawah.





Lipat pula dari bawah ke atas.





Lipat sebelah tepi kanan.





Lipat sebelah tepi kiri.





Letak crepe atas pelapik muffin supaya lebih comel dan mudah dialihkan.





Sejukkan sebelum dimakan.





Sangat cantik dan sangat sedap. Jangan lupa ye makan sejuk-sejuk. Terasa macam makan ice-cream. Aroma durian yang wangi dan menusuk kalbu seperti terkena tusukan duri todak (ade kene mengene ke?).







Nah ! meleleh kan air liur.. 

Sumber : 100 penulis resepi yang aku tak ingat yang mana satu :')

Bagi sesape yang berada di area Putrajaya, kalau rasa malas nak buat sendiri, bolehlah order dengan Kak Edzanita Sulaiman. Boleh klik gambar bawah ni jugak untuk menuju ke Facebook beliau..




Crepe Kak Ezan dijamin sedap dengan pelbagai perisa. Dannn.. harga pun sangatlah murah ! 1 pack (5 biji), RM10 sahaja okay.. 



Kak Ezan pun ada buat Baby Crepe.. sesape yang perasan kekonon die tu baby pun boleh order ye meeheehee




Ramai yang dah puas hati, tak percaya ? Anda harus percaya cakap saya.. ni antaranya..






So, selamat mencuba ! selamat meng'order' ! dan selamat ber'crepe'crepe'.


-Thanks for reading my entry ! Please come again-

7 comments:

  1. sedapnye!!nak nakk nak free ;p

    ReplyDelete
  2. yummi..terliur Eyz tgk..hihi..nak buatlah balik nanti..tkasih^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yay! Nnt Eyz buatlah ikut step-step ni. Mesti jadi punya hehe. Sama-sama Eyz ~_^

      Delete
  3. Mmg sedap.. nak amik la resipi tu.. aritu buat dia nye tepung x menjadi sgt..

    \Jemput join short segmen by Hawa and mailey
    http://superdreamland.blogspot.com/2013/02/short-segmen-by-hawa-mailey.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh silakan. Resepi ni in shaa Allah menjadi. Tepung tak berape nak jadi tu mungkin sebab sukatan die ade masalah. Keep trying ye :)

      Delete