Shazwani Buddies

January 15, 2013

The macarons recipe !


Assalamualaikum.


''If you know how to love the macarons, then you will know how to love a people'' - Shazwani Othman.


Harini aku nak berkongsi resepi untuk buat Macarons. Korang pernah makan macs ni ? The price for one pieces macarons is around RM3 to RM4. Bile makan macs ni kite akan rasa nak lagi, nak lagi and lagi and lagi and lagi and want more more more haha. Kalau kat JB aku tahulah mane nak beli, dekat My Sweet Center area Pasir Gudang. Kalau dekat KL pulak dekat dalam KLCC tu engko carilah nak jenis yang macam mano yo. Dekat lain, aku tak tahu lah diorang tahu ke tak ape itu mengkarongs macarons.

Macarons ni merupakan sejenis pastri yang agak susah untuk dibuat. Bukan tak boleh, cume remeh sikit. Hanya certain professional pastrian je yang boleh buat dengan betul-betul berseni lah ! Nak buat macarons ni memerlukan tahap kesabaran setinggi langit. Dan kefokusan seluas lautan pasifik (melampau melampau melampau !). Sebab die takkan terus menjadi perfect dengan hanya sekali buat. And more, for those yang tak suke manis-manis ni kene fikirlah dulu sebelum nak makan macarons ni ye. Pasal si macarons ni sifat die adalah manis. 

Pakar-pakar pastri dipercayai mengakui bahawa cabaran membuat macarons adalah merupakan cabaran yang agak menakutkan untuk mereka. They have to make it perfect. Means that, untuk memastikan yang mereka betul-betul pakar, mereka harus membuat macarons yang perfect dan tasty barulah akan dapat pengiktirafan.

The fact is, even chef pastry pun kene buat dua tiga kali baru dapat menghasilkan macarons yang perfect. Ini kan pulak kite yang baru nak belajar, adelah jugak kali ke sepuluh baru nak menjadi rupe macarons. Kalau tak, rupe mengkarong lah jawabnye hihi.

Setelah hampir berpuluhratus resipi yang aku tengok, akhirnye dapat jugak membantu aku memahami cara nak buat macarons ni in my own words. Then, barulah aku kongsi. Jadi jom tengok cara-cara untuk buat si Macarons yang comel ni..



Inilah dia hasil yang telah diperoleh ye.

Mint Tea Macarons

Bahan-bahan : Inspired by a lot of pastrian, and there is a few things that I change it by myself.

75g telur putih ( simpan dalam fridge selama 3 hari then keluarkan dan biarkan ia pada suhu bilik )

40g gula kastor

90g serbuk badam

125g gula ising


1 sachet Mint tea 



Cara-cara :


1. Kisar serbuk badam bersama gula ising dan juga serbuk teh kemudian ayakkan di dalam satu bekas.

2. Kemudian keluarkan mixer dan mula pukul telur dengan speed 1 sehingga menjadi seperti soft foamy (halus macam buih sabun tu).



3. Pada peringkat ini, mula masukkan gula kastor perlahan-lahan sedikit demi sedikit but still in the lower speed (3 kali masuk).
 
4. Selepas selesai masukkan gula kastor, naikkan kepada speed yang tinggi. Pukul telur sehingga terhasilnya bentuk hard beak pada pemukul mixer dan telur pada mangkuk tidak jatuh apabila mangkuk diterbalikkan. It will take time for about 3 until 4 minutes for the sugar to dissolve completely kerana gula ada moisture content. Contoh seperti gambar di bawah.





5. Masukkan pewarna dan guna speed 1 untuk sebatikan (boleh guna wilton Gel color). Contoh seperti gambar di bawah.


ini adalah wilton gel color. it contain 12 colors of icing. so the color will be like in the picture below.


6. Kacau sehingga adunan sekata warnanya. Bila adunan dah shiny dan very stiff (sentuh sedikit dengan jari, pastikan ianya tak berbuih & stabil). Then, turn off the mixer. Contoh seperti gambar di bawah.




7. Campurkan mixture gula, serbuk badam dan serbuk Mint tea ke dalam adunan putih telur secara berperingkat. Sebatikan bahan-bahan tu dengan putih telur, dengan menggunakan spatula plastik (kacau adunan ikut pusingan yang sama, it's better folding sebanyak 50-65 times). Contoh seperti gambar di bawah.



8. Macaronage : kaup adunan dari bawah dan tekan ke disekeliling mangkuk (ini untuk keluarkan oksigen dari telur putih). Contoh seperti gambar di bawah.


9. Kemudian kaup balik adunan dari keliling mangkuk seperti gambar di bawah.




10. Buat beberapa kali step 7 - 8 sehingga mendapat kelikatan seperti adunan kek dimana bila kita angkat adunan dengan spatula ia akan turun seperti konsistensi ribbon (jangan terlebih kacau sebab nanti adunan akan jadi terlalu cair)


11. Masukkan adunan ke dalam piping beg (seeloknya piping bag tu diletakkan di dalam gelas yang panjang dahulu barulah tuangkan adunan ke dalamnya). Contoh seperti gambar di bawah ni (ini contoh warna perisa rose, cara buat sama je step yang kat atas, but i continue with the other color untuk jimat masa)



12. Sediakan parchment paper/baking sheet or silicone mat (kalau ada). Then, paipkan adunan pada dulang berlapik kertas kek (jika guna baking paper it's better kalau sediakan dua lapis kerana permukaan untuk dibakar perlu sedikit tebal untuk membentuk ''foot'' yang cantik dan licin). Saiz bulatan 3.5 cm, boleh dapat dalam 40 -45 keping. Kemudian hentakkan dulang pada permukaan yang rata (ini akan menolong macarons mendapat bentuk bulat dan menghilangkan "air bubbles" yang terperangkap di permukaan shell, air bubbles boleh menyebabkan permukaan macarons jadi menggerutu dan tak licin). 






13. Biarkan kering 40-45 minit. Nak tau kering ke tidak cuba sentuh permukaan shell kalau tak melekat di jari maknanya ia dah sedia untuk di bakar.

14. Selepas permukaan shell dah kering, mula buka oven dan panaskan terlebih dahulu pada suhu 150 celsius dan bakar selama 10 minit-15 minit (masa pembakaran mungkin berbeza kerana sebenarnya bergantung kepada model oven. Kalau gunakan fan force method anda boleh panaskan oven pada 150C dan bila hendak bakar, turunkan suhu kepada 130C, ini untuk mengelakkan permukaan macarons pecah-pecah ye

15. Selepas keluarkan dari oven, biarkan macaron sejuk dan baru asingkan daripada dulang. Kalau tidak, pecah nanti. Sedia untuk dihiaskan dengan filling (boleh guna apa-apa jenis cream untuk filling, jem strawberry or nutella chocolate jam pun boleh)


Okay now, I will show you two different ways to make their filling and taste. 


First Filling : Strawberry Custard Filling.

Bahan-bahan :

3 sudu tepung castard
1/2 gelas air
1 gelas susu cair
4 sudu gula (depend pada tahap kemanisan yang anda nak)
3 sudu besar strawberry emulco
2 sudu jem strawberry
Secubit garam

Cara-cara :

Campurkan kesemua bahan dalam periuk dan masak atas api. Kacau sampai likat. Bila dah masak, tunggu semua bahan tu sejuk dalam 10 minit, then barulah masukkan dalam pastry bag. Paipkan pada bahagian dalam macarons. Sandwich the two macarons together. So it's ready !



Second Filling : Strawberry Ganache/White Chocolate Filling

Bahan-bahan :

7 grams coklat putih
1/2 cawan whipping cream (boleh beli kat supermarket atau boleh buat sendiri dekat rumah)
1 sudu jem strawberry

Cara-cara :

Potong kecil-kecil coklat putih. Then ketepikan dulu. Masakkan whipping cream dan jem strawberry di dalam sauce pan, whisk it sehingga jem larut dalam cream.Bila dah masak, tutupkan api dan masukkan coklat putih yang dah dipotong tadi. Whisk again sehingga semua sebati. Sejukkan di dalam peti ais semalaman. Kemudian, bolehlah paipkan untuk filling dalam macarons. Dan macam biasa, sandwich two macarons together and taste it again again and again. Yummies !


Selamat Mencuba !

Sumber : 1003 orang penulis resepi.

-Thanks for reading my entry ! Please come again-

4 comments:

  1. selain design baju, memang suka masak eh? :)

    ReplyDelete
  2. Salam..
    Saya nak tanya resepi filling strawberry ganache/white chocolate ganache filling tu sukatan untuk jem strawberry tu 1 sudu teh atau satu sudu besar?mohon pencerahan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam,
      ops lupa nak tulis,hehe
      2 sudu besar dear :)

      Delete