Shazwani Buddies

May 4, 2013

GIRLS TIPS : Pilih Warna Gincu Yang Sesuai.

Assalamualaikum.
Hai gegadis metrolips sekalian. How are you?

Anyway, sebagai wanita/perempuan yang tak pernah memakai lipstick selain lip gloss, aku berusaha untuk membantu diri aku mencube untuk memakai lipstick yang agak memantul selain daripada lip lebam ataupun lip gloss tu. Bukan ape, wajah yang pale/dull akan lebih meriah kalau kite pekene dengan sedikit sentuhan gincu yang memerah gitteww, ahaks. 

Well well, masalah yang selalu aku takutkan kalau nak try gincoo gincoo ni adalah kesesuaian dengan warna kulit. Yelah, kulit aku kan cukelat kan kan.. karang aku pakai gincoo kaler hitam kang dah tak dapat beza antara omminyak dan ommanusia.-,-

So, aku nak kongsi tips yang sempurna untuk membantu kaum wanita memilih warna gincoo yang sesuai dengan warna kulit. Jangan main hentam tibai naa.. 

Sebenarnye, pemilihan warne ginceww ni bergantung kepada citarasa individu. Tapi, sebelum nak beli gincoo tu tengok dulu warna kulit anda. Kalau wanita berkulit gelap, mereka lebih sesuai mengenakan warna-warna yang dramatik's, terang atau gelap. Bagi yang mempunyai bayangan warna kulit kekuning kelangsatan, warna-warna panas adalah lebih cun. *cecewahh...

Contoh warna plum, wain dan merah tua amat sesuai untuk mereka yang berkulit gelap. Sementara warna-warna perang lembut, kuning air dengan bayangan merah jambu dan oren sangat sesuai dengan mereka yang mempunyai ton kulit cerah. Kulit sawo matang pula lebih sesuai dengan warna-warna merah keperangan, perang muda dan julat warna keungguan.

Alternatif lain adalah dengan melihat sama ada barang kemas perak atau emas yang lebih sesuai dengan anda. Emas sesuai untuk kulit cerah, manakala perak menyerlahkan kulit sejuk.

Menurut jurusolek dan konsultan warna untuk No7, Lisa Eldridge, bahagian dalam lengan boleh menunjukkannya. Sekiranya kulit pucat dan urat kelihatan biru cerah, anda mempunyai ton warna kulit yang sejuk.

Gincu Merah Jambu

Kulit kuning : Hindari warna merah jambu pucat kerana ia hanya akan membuat anda kelihatan lebih pucat, pilih warna merah jambu dari rona anggur atau berry pink.

Kulit agak gelap : Pilih warna merah jambu dengan efek sheer, berkilat, agar semakin menawan.

Kulit sawo matang : Pilih warna merah jambu bernuansa mocha atau kecoklatan.

Gincu Merah

Kulit putih : Warna merah dalam variasi apapun pastinya sesuai jika anda dalam kategori wanita berkulit putih. Namun jangan terlalu menjolok mata, sesuaikan dengan waktu dan acara.

Kulit kuning : Pilih merah tua dengan sedikit rona ungu seperti warna merah maroon atau burgundy. hindari gincu merah berona jingga, kerana ia akan membuatkan wajah anda kelihatan pucat.

Kulit gelap : Penampilan akan lebih terserlah dan sesuai sekali sekiranya anda mengenakan gincu berwarna coklat tua atau warna red mahogani.

Gincu Coklat

Kulit putih : Pilih coklat beige berona merah jambu untuk menambahkan kesan segar dan aktif. Jika menghadiri majlis malam, pilih gincu dari rona honey agar kelihatan semulajadi atau warna mocha untuk menonjolkan karakter wajah anda, terutama jika tulang pipi agak menonjol.

Kulit sawo matang : Pilih gincu warna coklat nuansa kopi agar terkesan eksotik. Tetapi jika tujuan anda untuk menonjolkan warna kulit, terutama untuk penampilan disiang hari, warna mocha adalah pilihan yang paling sesuai. Untuk waktu pagi, gincu karamel digunakan untuk kesan segar semula jadi.

Kulit kuning langsat : Pilih coklat toffee agar wajah segar, bercahaya. Variasi mahogany menonjolkan karakter muka, dan memiliki kesan dewasa. Sedangkan coklat sedikit merah atau plum, punya kesan nakal menggoda.

Kulit gelap : Coklat memang diciptakan untuk anda. Baik sekiranya anda dapatkan coklat gelap dengan sentuhan plum pekat atau glossy beige.
Jadi pilihlah warna gincu yang betul-betul sesuai untuk warna kulit anda supaya penampilan anda lebih menawan, cantik dan menyerlah.

Sumber : Glamsz


 saya gune Kosé Esprique Precious Lipstick. 


 yang ni..taddaaa!


p/s : sesekali nak memajukan diri tak salah kan. hiks.


-Thanks for reading my entry ! Please come again-

14 comments:

  1. jrg pkai lipstick..slalu pkai lipbalm je~~lepas ni nak trylaa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. same lah, ni pun first time kite nak cube hihi. :)

      Delete
  2. sekali calit kat bibir kan mmg cepat ja hilang gincunya..huhu.suka pakai lipbalm ja..hehe..btw nice tips.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'a sebab suka jilat-jilat bibir kan,tgk cermin je terkejut ''eh gincu mana?'' haha

      Delete
  3. Replies
    1. woot woot! my big pleasureee si cantik manis ;)

      Delete
  4. yeahh, aku jer lelaki yg komen kat sini...

    just nak cakap, warna terang tak cantik utk dipakai. elok pakai warna sejuk *tetiba jadi pakar kosmetik*

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab ko lelaki yg memahami wanita? kot? haha

      pendapat ko tu akan aku ambik kire, sebab warna sejuk mmg lagi waras drpd warna terang. ahaks

      Delete
  5. Act, aku x suka sgt pakai lipstick, tapi bila dah mula bekerja kena jaga keterampilan@imej kan (kononnya), tapi mcm x confident sgt nk,pakai yg terang2 ni, even pakai sikit jer rase mcm dah over pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun setuju dengan tu..tgk kat cermin cm over padahal sikit jer letak..hahah

      Delete
  6. TҺis is a beautiful shot with very good light-weight :-D

    Review my page:Celebrity Skincare Secrets For Flawless Skin

    ReplyDelete
  7. color apa yg boleh pakai hari hari ea..huhu

    ReplyDelete