Shazwani Buddies

February 6, 2013

Preskripsi sebelum Diagnosis? Jahanam.

Assalamualaikum.



Hai kekawan baik burung hantu yang masih berjaga. Tengah buat apa? Dah nak pukul 4 pagi ni. Homework dah siap? Tak payah buat la. Pegi tido je *hasutan terbaik*

Pernah dengar pepatah daripada Pascal? 

''Hati mempunyai alasan yang akal tidak perasan''

Pernah dengar? Tak? Kesian
Pepatah ni dah melekat dalam otak sejak aku berumur 13 tahun lagi. Still aku ingat tanpa terlupa satu ayat pun. Kenapa? Kerana pepatah ni sangat berharga. So, kau orang kena ingat mulai sekarang. Promise! Ya. Good.

Well, situasi yang aku bagi nanti kau cuba kaitkan sendiri dengan pepatah Pascal tu. Use your intelligence brain to think about the relation of the situation. 

Ok. Katalah kau ada masalah dengan mata kau, dan kau buat keputusan utuk mendapatkan bantuan daripada ahli optometri. Setelah pakar tersebut mendengar masalah kau dan dia pun menanggalkan cermin matanya dan menyerahkan kepada kau.

''Pakailah cermin mata ni,'' katanya.
''Saya dah pakai selama 12 tahun dan cermin mata ini memang berguna sampai sekarang dan tiada masalah. Saya ada cermin mata lain di rumah. Kamu boleh ambil yang ini,'' katanya lagi.

So, kau pun ambiklah cermin mata dia dan pakai. Tapi masalah mata kau still sama.

''Dahsyat!'' kata kau.
''Saya makin tak nampak apa-apa pun,'' sambil kau membuka cermin mata itu.

''Apa yang tidak kena?'' tanya pakar mata itu.
''Cermin mata ni sangat bagus, cubalah lagi sekali,'' pujuk beliau lagi.

''Saya memang dah cuba, tapi tetap kabur,'' tegas kau.

''Mengapa kamu bersikap begini? Fikirlah secara positif,'' kata pakar optometri tersebut.

''Ok. Secara positifnya saya memang tak nampak apa-apa,'' kau cuba menerangkan.

''Amboi, kamu ini memanglah tak tahu berterima kasih, kamu nak kata saya tipu lah ya?'' tegur optometri tersebut.
''Saya dah puas membantu kamu, tapi kamu tidak berterima kasih!''

So, based on situasi di atas, apakah kemungkinan yang kau akan pergi lagi kepada pakar optometri itu apabila kau memerlukan bantuan untuk mata kau lagi? Aku rasa, kau tak mungkin akan pergi lagi. Kenapa? Sebab kau sudah tak yakin lagi terhadap seseorang yang tidak membuat diagnosis dulu sebelum dia menyediakan sebarang preskripsi.

Tetapi, ingat balik. Berapa kerap kita membuat diagnosis sebelum kita sediakan preskripsi? Sebagai contoh lagi, kau terdengar kawan kau bercakap-cakap di tempat sunyi. Tapi, kau tak tahu apa butir bicara mereka. Dengan selambanya kau memberi preskripsi tanpa kau diagnosis dahulu apa sebenarnya yang terjadi di antara mereka. Maka, tercetuslah permasalahan. Am I right? Ya opkos. (baguslah tu aku tanya aku jawab)

Aku perhatikan, kita selalu lebih cenderung untuk bertindak tiba-tiba, membaiki sesuatu berpandukan nasihat yang baik. Tetapi kadangkala kita gagal mengambil masa untuk mendiagnosis, untuk betul-betul memahami masalah terlebih dahulu. Orang kate ape, ''main redah je''.

So, kalau macam ni. Kita kene berpegang kepada prinsip ape tu.. 

em.


jap.


lupa sikit.


emha


cuba.. cuba.. 


er.. cuubaa.. 


Ok now remember,


''Cuba memahami dahulu, kemudian cuba untuk difahami'' (ini prinsip dia) :)



-Thanks for reading my entry ! Please come again-

2 comments: