Shazwani Buddies

January 15, 2013

Tips Kurangkan Rasa Sakit Senggugut

Assalamualaikum dan selamat malam.



Okay laddaysss ! As u see the picture above, malam ni aku nak berkongsi tips untuk kurangkan rasa sakit senggugut yang kite alami tiap-tiap bulan tu. Aduhla mak oii, seksa sungguh bile tibe waktu senggugut tu. Rasenye beranak pun tak sakit macam tu kot (memandailah pulak kan). Tapi ade certain laddays yang period without ada rasa senggugut, alhamdulillahhh untung sungguh ! Aku ni kalau senggugut habis kejang dari pinggang ke bawah, pastu muke pucat nauzubillah.. aku rase kalau hantu tengok aku pun die yang lari sambil menangis :')

Oleh disebabkan itu, baik aku tolong cerita tips-tips yang aku penah google lepas tu aku cube sendiri. Antare tips yang paling mujarab penah aku cube adelah dengan minum air suam yang dicampurkan dengan madu sambil berselawat ke atas nabi. Alhamdulillah Ya Allah, sesungguhnye madu tu memang penawar segala penyakit. Lenaa je aku tidur lepas minum air madu tu. Padahal sebelum tu habis satu rumah jadi mangse pekikan kuntilanak aku :')

Maafkan aku ye wahai adik-beradik dan juga ibu bapa. Masalah teknik hormon yang tak berape nak betul kejap mase tu :'')

Satu lagi, biasenyekan kaki kite akan jadi cramp kan bile senggugut ? Aku ade petua yang betul untuk dilakukan bile kaki jadi cramp, korang cepat-cepat suruh anybody lah adik ke kakak ke abang ke kembar ke mak ke ayah ke sape-sape je lah ambilkan sebekas air suam yang dicampurkan dengan garam. Garam tu pulak janganlah letak satu sudu teh je, letaklah banyak sikit.. then korang rendam kaki korang diam-diam dalam air garam tu. In Shaa Allah dengan izin Allah, hilanglah cramp tu. Petua ni jugak bagus untuk orang yang hampir nak kene strok, cepat-cepat rendamkan kaki diorang dalam air garam sambil letakkan tuala yang lembab dekat atas muka diorang.

Okeh, still in our topics tonight. Sebenarnye aku pasti yang mostly laddays, uols mesti ambil panadol menstrual kan ? ''Aduhh, itu enggak bagus dong !'' . Segale jenis panadol yang kite makan akan mengambil masa sekurang-kurangnya 5 tahun untuk hancur. Kalau sebiji panadol kite telan ambil mase 5 tahun untuk hancur, means that if you swallow more than a piece of panadol, what would happen ? Oh I can't describe it.
Panadol ni merupakan toksik di dalam badan dan boleh merosakkan hati sekaligus berisiko menyebabkan kanser (science cannot lie).

Jadi, kalau malas nak amalkan petua-petua nenek tu.. make sure air isotonik sentiasa get ready disisi. Aku biase pulun air 100 plus je kalau stock madu takde kat rumah.


Ni antare tips-tips yang boleh membantu. Please please please rajin-rajinkan diri haa :)

Petua 1 :
Ambil sembilan biji pinang tua, dibakar hingga menjadi arang lalu ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.


Petua 2 :
Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi didahulukan dengan selawat. Hasilnya senggugut akan hilang.


Petua 3 :
Ubati senggugut dengan minuman air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.


Petua 4 :
Ambil sembilan biji pinang tua , dibakar hingga menjadi arang dan ditumbuk halus. Campurkan dengan secawan air suam dan minum. Amalkan petua ini sembilan hari berturut-turut dari hati mula kedatangan haid. Insyaallah, mujarab


Petua 5 :
Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun . Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .


Petua 6 :
Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula. Namun begitu petua ini masih dipersoalkan memandangkan doktor berpesan supaya penghidap senggugut mengelakkan minum teh dan lain- lain minuman yang sejuk sifatnya.

Petua 7 :
Tuam bahagian sakit dengan tuala panas. Anda boleh memanaskan tuala itu dengan seterika, atau dengan air suam. Tuala juga boleh digantikan dengan botol air berisi air suam. Perlu diingat, air tuaman itu tidak boleh diminum.


Petua 8 :
Bagi orang yang kadang- kadang menghidap sakit senggugut, kadang- kadang tidak, ini berkaitan dengan perubahaan rutin. Jika anda seorang yang aktif atau bekerja keras, senggugut tidak pernah menyakitkan. Bagi mereka yang banyak rehat dan kurang cergas, bisa sakit sengugut itu akan lebih terasa.


Petua 9 :
Mungkin ada yang lebih suka pil panadol menstrual kerana ia lebih mudah didapati di mana- mana berbanding herba yang jarang-jarang terjual. Anda boleh mencuba satu lagi cara semulajadi, iaitu tidur. Selepas bangun, sakit senggugut itu akan berkurang atau sama sekali hilang. Namun perlu diingat, tidur di tempat dan pada masa yang sesuai sahaja.


Sumber : 200 penulis petua.



-Thanks for reading my entry ! Please come again-

2 comments:

  1. Hmm betul ke panadol ambik masa 5 tahun nak hancur sebiji tu and can cause cancer lak tu?

    ReplyDelete
  2. Ada yang buat lawak, nak hilangkan senggugut kena beranak dulu. hehe.
    Tapi ada petua yang senang nk kurangkan/elakkan senggugut ni ...makan telur dan minum susu!

    Cara hilangkan senggugut dengan telur

    ReplyDelete