Shazwani Buddies

February 20, 2013

Lelaki dan fesyen? Tips...

Assalamualaikum.


Hai lelaki-lelaki metropolitan @ metroseksual sekalian. Sihat? Dah pegi gym? Berapa pack dapat? 6 pack? 8 pack? Tak kesahlah berapa pack pun. haha.

Anyway, hari ni aku nak cerita tentang lelaki dan fesyen. Oleh sebab cinte aku yang mendalam terhadap fesyen (takdelah dalam sangat.7 kaki dalam je), jadi aku rase nak berkongsi tentang idea-idea fesyen yang awesome. Kite tahu kan yang fesyen ni mostly banyak dikaitkan dengan wanita. But only a few man yang suke kan fesyen. Boring jugak kalau asyik tengok girl je yang suke berfesyen. Sekali duakali nak jugak bincang tentang fesyen lelaki. Kate, Adam & Hawa...

Well, fesyen ni banyak aspek ye. Bagi aku, fesyen ni sesuatu yang artistik. Atau dalam bahasa yang mudah, fesyen ini adalah seni. Tahu kenapa aku anggap artistik? Well, you guys suka melukis? Suka? Good! Boleh geng.

Aku suka melukis. Mostly lukisan aku takkan terlalu neat. It's more to messy art. Kekadang, seni lukisan tu boleh dipindahkan untuk mencipta fesyen. Messy, but still looking nice and elegance. Anddd.. sopan (bagi wanita). Fesyen yang terlalu berprotokol kekadang boleh menyesakkan jiwe. Sesekalikala, cipta satu kelainan.


Tapi kelainan yang dicipta haruslah bukan seperti dalam gambar di atas *aku tak tahan.aku tak tahan.oh!*

So, hasil daripada pencarian dan kajian tersendiri, jom kite dengar pendapat seorang wanita yang dipanggil 'cik serious' tentang lelaki dan fesyen.



1. Pemilihan pakaian.
Lelaki(s) sekalian, be alert tentang pemilihan pakaian anda. Jangan pilih pakaian yang lebih besar dari badan. Cadangan aku untuk lelaki(s) yang masih tertanya-tanya tentang fesyen yang sesuai adalah dengan memilih pakaian yang fit. Fit kat sini bukan dimaksudkan dengan sendat. Tapi rasa selesa dengan tubuh dan terletak kemas di badan. Perfect!




2. Peranan corak dan warna.
Warna memainkan peranan yang penting bagi sesape je. Bagi lelaki yang berbadan besar, elakkan dari memilih pakaian yang lebih besar dan berjalur melintang. Sebab ini akan menampakkan anda double triple dari size badan sebenar. Kalau suka pakai baju yang berjalur, pilih yang menegak supaya badan kelihatan sedikit fit. Bagi lelaki yang berbadan fit, ini bonus untuk anda sebab anda boleh mengenakan baju berjalur melintang, kotak-kotak ataupun sedikit longgar. Dan boleh dipadankan dengan jacket atau blazer untuk nampak lebih bergaya. It's awesome!

Kalau corak di t-shirt elakkan daripada memakai t-shirt yang ada logo besar. Nanti nampak macam papan iklan bergerak.

Pemilihan warna jugak penting bagi lelaki supaya tidak dipanggil 'janggal' dalam berfesyen. But guys, tak salah kalau nak cuba baju warna pink. Padankan dengan seluar khakis warna putih atau kelabu. Sekarang boleh pegi start usha awek! haha. em..




3. Simple dan santai.
The handsome truth is, lelaki lebih smart dengan gaya yang simple dan casual/santai. Bila bercakap tentang fesyen, bukanlah maksudnye anda kene berfesyen macam artis. No. Aku tak setuju. Pakai simple je sudah. Yang penting, jangan suke mengenakan lebih dari 3 warna. Nanti tak berape nak cam antara tulen dan palsu. Tapi kalau nak tambah credit sikit, pakailah blazer kat luar. Padankan dengan seluar jeans dan kasut biasa. Tak perlu nak pakai kasut kulit bagai. Simple kan. Ok dah boleh keluar minum lepak dengan member.

Fesyen santai pulak bukannya maksud nak kene pakai seluar old school dan baju rabak. Bukan jugak perlu pakai seluar pendek dan singlet. Bukan ye! Santai ni bagi aku keselesaan dan kebebasan tapi tidak keterlaluan. Dan bagi lelaki jugak harus seperti itu. Bukak majalah, cari inspirasi.




4. Padanan pakaian.
Macam biasa, pakaian haruslah berpadanan. Contoh baju kemeja boleh dipadankan dengan seluar casual/khakis ataupun jeans. Janganlah pegi pakai jacket labuh dengan seluar legging yang sampai betis tu. Don't. Please!




5. Shopping berteman.
Lelaki? Shopping? Well, apa yang pelik. Aku suke tengok lelaki shopping. Tak over macam girl(s). Lelaki kalau shopping sentiasa bertujuan dan berpadanan. So, aku nasihatkan kepade lelaki(s) yang nak pergi shopping.. kalau boleh ajak member sekali. Janganlah diajak member yang kuat makan. Ajak member yang nampak agak berpotensi dalam fesyen. Yang mana boleh bagi pendapat tulus tentang fesyen yang bersesuaian dengan anda. Biasenye pendapat member lebih bernas daripada pendapat jurujual yang tugas die hanya tahu menjual.



6. Peka dengan perkembangan fesyen.
Walaupun sibuk bekerja, tapi kepekaan terhadap fesyen tu jangan diabaikan. Bila tak peka terhadap perkembangan fesyen, mungkin anda akan terlebih-lebih dalam berfesyen. Lepas tu terus nampak macam FS (Fashion Shock). Tapi.. tapi jangan takut kalau nak berfesyen. Tak perlu terlalu ikut trend. Cume perlu lebih peka. Padankan fesyen dengan event yang akan dihadiri. Jangan jadi pelik diantara yang pelik. Nak pergi negeri yang panas, tapi disauk dengan sweater tebal yang berbulu-bulu.. tak sesuai lah.




7. Bentuk imej sendiri.
Lelaki(s) ni biasanya kreatif. Cuba cipta style sendiri. Yang penting nampak kemas dan bergaya. Lelaki sebenarnye takde masalah sangat dalam berfesyen. Cuma anda perlu tahu suai dan padan aja. Kalau dapat bentuk style sendiri lagi bagus. Mana tahu tak semena-mena dapat jadi fashion icon kan. Aku bagi pendapat je.. muemue :p




8. Pastikan kulit wajah bersih dan sihat.
Baju dah ok. Seluar dah ok. Glasses dah handsome. Muka? Alamak! Minyak boleh perah buat goreng ikan lah pulak. So, alert dengan kebersihan wajah anda. Cukur segala jenis bulu yang mengganggu ketampanan wajah anda. Janggut? Sideburn tu jangan dibiar jadi macam Elvis Presley. Pilih penjagaan kulit lelaki yang bersesuaian.




9. Jangan terlalu ikut trend semasa.
Dalam berfesyen, jangan terlalu ikut trend. Tapi perlu peka. Sebab trend ni biasenye die tak kekal lame kerana akan terwujudnye pelbagai jenis trend dengan sepantas kilat. Tak sempat nak cuba trend yang baru keluar semalam, eh esoknye dah ada trend baru? Damn! So, kekalkan trend dengan citarasa sendiri.




10. Melakukan eksperimen gaya.
Mencuba sesuatu gaya yang baru. Kalau dah biasa pakai baju yang longgar, cuba pulak pakai baju yang fit dengan body. Supaya nampak lebih berkarisma. Rambut pulak kalau dah biasa belah tengah, cuba pulak try belah tepi supaya nampak lebih maskulin. Semuanya bergantung kepada keberanian, bukan kepelikkan anda. Yang penting keberanian mengikut keadaan.




11. Jangan lupakan pemilihan kasut.
Mentang-mentang bende dekat kaki, barulah last sekali teringat? No. Sepatutnye dalam checklist, kasut harus diletakkan yang pertama. Sebab kasut melambangkan identiti diri. Nak tahu rahsia? Sebenarnye dalam fesyen, kasut yang menyempurnakan gaya. Kalau fesyen dah macam korea, tup tup tengok bawah.. selipar 'flippers'! Erk.


12. Jangan malu untuk bertanya.
Sebelum keluar, tanya adik, kakak, abang, mak atau ayah tentang pakaian yang anda pakai. Sama ada nampak smart dengan anda ataupun tak berapa sesuai. Titikberatkan pandangan orang terhadap gaya anda. Kalau tak berapa ok, boleh perbetulkan. Tapi kalau boleh tanyalah pada orang yang boleh bagi pendapat dengan jujur. Jangan pulak dah tahu orang tu suka berdengki dengan anda, ditanya lagi pendapat tentang gaya anda. Memang kene bahan 'kaw-kaw' lah jawabnye heheh.

p/s : fesyen tak salah, yang penting jangan berlebihan. pakaian seseorang tu melambangkan diri mereka. kekemasan diri jugak perlu dijaga. jangan lupe!


-Thanks for reading my entry ! Please come again-

11 comments:

  1. hehe. ini untuk lelaki yang betul betul jaga penampilan. :)

    tak pandai nak fahsion cam cik serius nasihat. :|

    tapi bab identiti diri tu dulu dulu masa muda remaja ada jugak cuba try to be different dari orang lain. but now i know my own colour.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha. untuk yang betul-betul fashionismen ^_^
      and it was good if you'd already know what suits for you..:)

      Delete
  2. bagus..boleh saya praktikkan nanti :) nice info...

    ReplyDelete
  3. bleh bgi web yg mmbincangkn fesyen dn tip2 pemakaian yg betul x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try this http://www.mademan.com/mm/10-fashion-tips-young-men.html

      Delete
  4. bleh bgi web yg mmbincngkn fesyen lelaki x?

    ReplyDelete
  5. saya kurang setuju dengan persepsi masyarakat bahawa lelaki menyimpan facial hairs ialah lelaki tidak terurus, tidak kemas, selekeh, dan sbgnya.
    sedangkan menyimpan janggut sunnah rasullullah.
    jadi biarkanlah para lelaki menyimpan janggut kerana zaman sekarang makin sikit lelaki berjanggut/misai.
    ps;sorry saya xde akaun2 semua tu, saya bukan blogger mahupun followers blog2. harap maaf

    ReplyDelete
  6. bole bagi tips untuk grand annualise dinner n thanksgiving for ceremony x..tema dinner tu red and black

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya untuk dinner, lebih sesuai dengan fabrik satin yang mane lebih memberi keselesaan kpd pemakai. tambahan pade waktu malam kite 'less-sweat', tapi penggunaan fabrik cotton pun boleh. untuk tampil lebih segar, boleh kenekan blazer yang berwarna merah dan kemeja berwarna hitam. tak perlu gunakan terlalu banyak warna merah.

      bagi majlis kesyukuran, lebih sesuai berbaju melayu.

      Delete
  7. erk....tapi kan shazwani othman saya pernah tengok rancangan PRIMADONA di astro yang membincangkan topik mcm lelaki jambu,
    tapi kan kebanyakan orang mengatakan lelaki yang suka berfesyen ni lelaki gay atau lembut hahaha......ada sesetengah tu mengalahkan perempuan bergaya dan jaga keterampilan hahahaha
    mcm mna pulak tu?

    ReplyDelete