Shazwani Buddies

January 31, 2013

Pengembaraan : Star Cruise Superstar Virgo Batch 1

Assalamualaikum.

Hai.

Sedang asyik aku duduk spotcheck draft-draft entri yang aku tak publish, terjumpa pulak satu entri masa aku ber'cruise' atas Superstar Virgo. Jadi aku akan publish ye. Aku sempat bercruise 2 kali je. Mase aku pergi cruise ni bertarikh 28.4.2012 dan 5.5.2012 *tarikh cun*. Jadi aku rase aku nak kongsi vacation aku sepanjang menjelajah atas virgo tu. Aku buat batch 1 dan 2 nah. Ok jom ikut aku mengembara !


aku ade dalam feri Star City mase ni.
berlepas dari jeti Shahbandar Terengganu..


Ok bai duhduhduh


wahh aku rasa seperti berada di atas lautan yang luas.
terumbang-ambing dipukul ombak wahhh *jakun*


jeng! nampak tak yang macam berasap tu?
aku dengar cerita itulah stadium gong badak dekat terengganu yang runtuh tu.
denga kate lagi, bahan yang digune oleh kontraktor terengganu untuk bine stadium tu tak berkualiti *versi baby AA* (entah bile tah aku minat baby AA!)


nahh itu die, aku nampak dah Laguna.


andainya aku orang pulau, taknak aku balik atas darat dah !


perhentian pulau kampung.
kitorang tunggu next feri untuk meneruskan perjalanan ke kapal cruise.
*tak sabar*


beginilah rupe jeti pulau kampung sambil tu aku nyanyi slow-slow lagu anak kampung muemuemue
(aku anak kampung tiada kesabaran..perangai ku bersahaja.. jalan tunggang langgang.. ditiup angin petang ang ang ang ang wowowo)


foreigner dah ready untuk ke Laguna Redang. weehee!


nampak tak atas tu ape? tu resort name die..
boleh menginap dekat situ tau. tapi kalau jatuh kirenye almarhum lah. nak?


ini penduduk-penduduk pulau kampung yang baru kembali ke jeti.


waa sexy ! *astaghfirullahalazim* -,-


Okay, aku dah naik feri untuk teruskan perjalanan ke kapal cruise.
takde orang dalam feri ni sebab memang dah ditempah oleh kami *special la kekonon*


ni lah rupe dalam feri tu. aku duduk kat tepi ni supaye senang untuk aku tengok kalau-kalau dah nampak cruise ke kan muemuemue


haaa nampak tak kapal yang jauh tu? Tu lah die cruise. Kapal tu tengah bergerak tau. Kalau dapat tengok dari dekat, laaaajuu gila. Dari jarak gambar yang aku ambil dalam feri ni, tu pun dah kire zoom.. lebih kurang 1 jam lagi untuk cruise tu sampai ke tengah laut dan stay still dekat situ. Kami yang dalam feri ni pulak dalam lebih kurang 1 jam setengah baru akan sampai dekat kapal tu. Dasat kan! Macam unsangkarable pulak..


mase ni feri dah nak dekat dengan kapal, jadi nak pusing pusing pusing sikit untuk betulkan kedudukan.



haa kitorang dah sampai dekat kapal. kan aku dah cakap awal-awal..
memang dekat sebelah aku punye baru boleh nampak cruise ni! haha excited doe
Kalau ade Robert Pattinson kat sebelah pun aku tak layan. Konfem!



nakhoda feri tengah betulkan kedudukan supaye dapat go through ke pintu kapal.
rupe-rupenye sangat susah ye nak pusing feri ni. berat kot nak lawan arus. pintu kapal belum bukak jadi feri terpakse berhenti kejap. oleh sebab feri bergoyang-goyang sebab ombak pukul, maka aku pun mengisytiharkan diri aku pening tahap gaban. rilek jer aku bubuh minyak angin kat kepale hehe


feri akan pergi ke sebelah sane sebab pintu masuk die dekat sebelah sane. so kite akan bergerak ke sane ye. jom !


nampak tak anak cruise? atas tu.. anak cruise tu akan diturunkan bile waktu untuk menghantar pelancong ke Laguna Redang untuk bersuka-ria. *ayat skema*


yay! nampak tak pintu masuk tu dah dibuka.. alaa yang dekat dengan anak-anak cruise tu haa. anak cruise tu dah diturunkan untuk mengambil pelancong.


anak cruise tu dah berlepas untuk bawa pelancong ke Laguna. feri kami pun bergerak ke pintu kapal dan kami disambut oleh kapten kapal yang berasal dari Panama. jadi akan bermulalah pengembaraan kami di atas mak cruise, ayah cruise pulak tak tahu yang mana satu hehe


Ini aku dah masuk dalam kapal.

ini dia Golden Horse yang terletak dekat lobby kapal. bawah tu tempat adxregistrator jadi kalau orang sampai terus boleh tengok si kude emas ni (korang untung boleh tengok dan feeling dekat sini je hehe)


Okeh tempat ni name die The Galaxy of the Stars. Terletak dekat tingkat paling tinggi. tingkat 12.
Tempat ni tempat orang main judi, disko, pub semua dekat sini. bile malam je die ade pesta. Mostly orang non-muslim la. Kalau muslim pun, orang singapore. Kau tahu la kan certain orang dia macam mana..






tadaa! ni pemandangan dari tingkat 12. CANTIK KAN! *perlu capslock ye*


ni replika kapal cruise. kalau aku jahat lame dah aku pecahkan dan buat balik rumah. tapi risikonye mungkin aku akan dilemparkan ke dalam laut dan dengan selamatnye akan menjadi habuan sang bedal ataupun sang shark wuwuwu :')


cantikkan! sebelum aku snap gambar aku perasan dulu kejap yang aku ni nakhoda. pusing punye pusing punye pusing kekonon macam Jack Sparrow tetibe bunyi 'krekk'
dengan pucatnye aku terjun dari situ, ambik gambar dan terus blah ! huu bahaya bahaya




ni tempat musician jamming untuk pesta. mungkin diorang ada pesta malam tu sebab tu ada belon bebagai.


then aku teruskan berfotoan sendiri














Ni lah die punye info tentang kapal cruise.. (sorry tak jelas, camera murah muemuemue)


haa dah penat berjalan dan berfotoan, akhirnye aku dan aunty-aunty aku pun menjamuu seleraa. sebenarnye atas kapal ni menu die susah nak cari yang halal. kene pesan dulu contohnye 'blue lagoon fried rice with NO PORK NO WAIN NO CHAMPAGNE' yang aku capslock tu kene sebut kuat-kuat. Ops lupe, kene speaking ye sebab pelayan die bukan orang Melayu. Semuanya outsider. Waitress aku ritu orang Philippines.


Sandwich Ham with Fried Fries.


Chicken Wings Blackpaper.




lepas makan, aku pun lepak luar sambil terus berfoto-fotoan.


ahhh heavennnn !






ni tempat artis shooting. or boleh jugak sesape yang nak shoot kat sini. tapi kene bayar lah.


penatt ! jom lepak bilik.. frame dalam bilik dia memang superb ! rasa macam cermin yang boleh nampak ke luar muemuemue


Aunty Raihan.


Itu katil aku, yang lipat tu..


bilik air die best woo. bergoyang-goyang. lantai die kaler pinkk aduhh (daripada taknak pipis terus terase nak pipis mwehewhew)


tepi tu bilik aku. keluar je dari bilik nak gi shopping, tibe-tibe room cleaner yang dekat dalam gambar ni nak ambik gambar dengan aku. Ape bahase yang die gune pun aku tak paham, yang penting die buat syarat 'klik klik' gitu. Aku terasa seperti pelancong pulaks! Memanglah aku pelancong kan? Haduii..
Layann..
Name die Alex Sial (ya. kau jangan salah faham, nama die memang macam tu) . Karang tak pepasal aku dituduh sebagai pemaki staff kapal yang tegar. Terus aku dibuang dari kapal :')
Orang philippines die ni. Handsome kan. Peramah lagi.
Lepas shopping sume, aku pun bergerak balik.
Masa aku pegi ni currency die masih RM1 bersamaan dengan SGD2.50, sekarang ni mungkin dah naik kot.
Wah mase ni penat gile seharian atas kapal. Tapi seronok..

Okay, nanti aku update batch 2 pulak.



-Thanks for reading my entry ! Please come again-

9 comments:

  1. Wah!Bestnya dapat naik kapal Cruise..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa best lah jugak. Cume bile mabuk laut tu kene berjage-jage lah hehe

      Delete
  2. berapa harga package naik cruise nih ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya kalau untuk 3H2M ke Coral Redang Resort harga pakej dalam RM585 satu kepala..

      Delete
    2. Oke sangat kan. Kalau tak pakej, mahu nak dekat seribu ringgit hehe

      Delete
    3. owh.package tu promotion price ker?

      Delete
    4. aha, package promotion. kalau untuk tahun ni kene tunggu lah untuk promotion packej 2013 pulak. rajin-rajinlah check dekat Cuti.my :D

      Delete