Shazwani Buddies

February 7, 2016

Ferrari Terbakar !

Haha. Ko nampak tak tajuk yang boleh mengundang kecelaruan mental, fizikal mahupun makian abadi yang akan kau terima tatkala melihat tajuk yang tidak sewaktu dengan waktu makan tengah hari ni di post? (aku tengah lapo ni, jangan main-main k)

Ek elahhh, aku buat sikit je dah nak cop mohor dekat dahi aku 'SI ATTENTION SEEKER YANG NAK BAGI TRAFFIC JAMMED KAT MALAYSIA SEMAKIN PARAH'. Yang si polan bin si softlan daia buat tu tak apa pulak? Hidup tak pernah adil! Aku tak puas hati! Kita jumpa di tutty frutty satgi k. Aku plaintiff, ko depondan defendant. Ok? (--,)

Habis dah kisah ferrari terbakar walaupun aku tak jumpa satu cerita pun pasal ferrari. Bertabahlah dedatin and dedatuk serta kekerabat paku pakis semua. Anda dalam perhatian.

                         ----------------------------------------------------------------

Oh halo dan Assalamualaikum bebuah hati, jejantung pisang, peparu lembu sekalian. Ada sihat ka? Ya kalau tak sihat ambik itu minyak cap kapak tarok dekat mata kemudian telan semua. Settled in a wink minute! ^_*

Ok gurau, gurau! Gurau jehhhhh -_-"

Sensitip no korang ni tau mementang raya dah nak dekat. Eksyen dengan aku! Beli ceongsam tak habaq. Kita punyalah eksaited design kaler fancy-fancy gitu nak joget dengan naga sakti kut kut boleh improve tarian, bolehlah join komanwel dalam tarian naga nanti kann -_-"

Tak bangga ke? Bangga kan.... (bak kata sapik sengal,apa kau merepek ni setannn) haha.

Anyways hiways longways shortways mokways, apa aktiviti kenkorang semua hehujung meminggu ni?
Uiks, buatkan dibaca dek cikgu BM tatabahasa darjah 3 aku tu mahu dia tarik balik gred A taraf kepujian yang aku dapat tu kang (nak kena cerita ke? of course lahhh..haha)

Well, aku harini rasa beboring, sebab tu aku berblogging (pantun ke syair tu? err...). Yela almaklumla aku ni secebis blogger yang 'main bantai' punya kategori kan. Keropok lekor goreng cencalok pun boleh jadi cerita (jeling dengan muka bangga nak mampus!) :D

Haha ok taknak kaki. Taknak taknak! -_-"

Dear guys,

Suka gosip tak? Ek elehhh, konfemla suka. Korang jangan nak menipu sangat tak suka gosip. Abis yang mandi bilik air sebelah-sebelah sambil dok menjerit-jerit lecturer law ko beli kereta vampire tu apaa? haha. Tapi ni obviously la bukan gosip gosip liar mak janda pulang ke lorong mahupun Ops!shaheizy sam dapat tajaan kawin juta-juta tu kann. Haha ops ops ops. :-x

Taknaklah aku gosip. Blog gosip dah ada. Ko pegi sana. Aku taknak jadi macam kautaktakotdosakewani? haha. Paling teruk pun sebelum aku melalut sampai ke laut Asia Pasifik gara-gara gian sebab lama tak menulis blog sampai lupa noktah kat mana, baik aku cerita benda-benda yang membina kepala otak ke arah yang lebih helok sikit kan? Jangan kata hakak tak pahyonggg.... ohok ohok..

Hidup ni gais, perlu diteruskan. Waima kau pernah menghadapi saat-saat yang paling sadis pun dalam kamus hidup ko, ko kena terus beri peluang untuk hidup dengan lebih baik. Melalui kamus sadis tu ko kena pulihkan satu demi satu. Let bygones be bygones bak kata mat salleh celop sebelah kedai mee celop dekat Tanah Merah tu. Jangan dikesalkan perkara yang tak patut untuk dikesali. Buang masa buang hingus. Buang tahi hidung satu lagi sebab asik tersumbat jee (Eeeuww)

Bilamana ko gagal dalam sesuatu hal, jangan putus asa. Move on. Life is beautiful (haha,kenapa ko tak boleh blahh gila ni wani?haha). Macam ko main game kan, bila kalah mesti ko 'try again' sampai mak ko rasa nak hempuk controller tu kat kepala ko sampai belobang. Kan! Kalau aku, aku pecahkan je tv tu, takpun baling controller tu dekat rumah jiran sebelah. Kut kut esok boleh claimed. Paling teruk pun kepala aku yang kena hempuk balik. Gila kauu  -_-"

Exceli, banyak dah aku perati ragam manusia. Masing-masing memang nampak bagus sebab suka mencuba sesuatu yang baru. Mereka tepis segala risiko, tepis segala butthurt butthurt (ok ini over, over je), lagi..tepis segala kesakitan, tapis segala jus yang dah di blend tadi.. aku kagum! kagum sekagum kagumnya.
Yelahkan, kalau aku belum tentu mampu jadi se'osem' gitu. (osem ke?) haha. Tapi memangla, bila ia melibatkan hati, kekadang failed jugak dari tak terasa butthurt kan? (sedut hingus kuat-kuat..eee)

But it's okay, yang penting Malaysia tak patut tandatangan TPPA. Dah gila kau? Nak kena jajah lagi? (ehh..tetiba!haha)

Anyway for me, nothing change a lot 2016 ni. Cuma hati je tengah berbunga-bunga (bunga apa ko nak?bunga tahi ayam?tahi itik?tahi tikus?semua ada) haha. Tapi hati yang berbunga-bunga kembang mekar mewangi ni tak tahulah sampai bila akan kembang mekar mewangi nye. Kite tengakkk dan doa je la ye dakk :D

Cuma satu je lah soalanku buatmu si pemain hati, perasaan, ginjal, large intestine, small intestines, medulla oblongata semua...


 Hasil carian imej untuk nak bebel

Haa kan dah! Haha. Ko nampak tak? Dalam satu tajuk, juta-juta cerita aku boleh gabung. Kau hado? >_<

Yang sabar aja ya readers. K bye.

Toddles !


-Thanks for reading my entry ! Please come again-

No comments:

Post a Comment