Shazwani Buddies

August 3, 2013

Aqualabel Product Review

Assalamualaikum.

Hawuu! Meet again! Oim Oim...

Lamenye terasa tak lepak dekat blog ni. Semakin kurang blogging, semakin kurang blogwalking. Eh? Hipotesis tak bleh pakai sungguh lahh. Sebenarnye kekangan masa yang tak mengizinkan. Tambah-tambah dah nak raye ni kan, lagilah bizi. Ape yang bizi pun aku tak tahulah. Bile adik aku jenguk bilik, die suke tanye ''Buat ape kak?'. Aku jawab lah, ''Bizi nihh!''. Lepas tu dengarlah suare menyindir tu, ''Asal tengok muke akak je bizi, asal sebut bizi je mesti muke akak. Bace novel aje pun....'' -___-

Ok fine!

Ada lagi 6 biji novel tak sempat habiskan. Sejak akhir-akhir ni kuat betul aku pesan novel. haha. Yelah, nanti takdelah dituduh sebagai manusia yang malas membace oleh 'sesetengah' orang tu. Tapi lain pulak hal nye, aku membace pun salah, tak membace pun salah. Bile aku cakap bizi tengah membace, masing-masing geleng kepale tengok aku bace novel. Jealous.. kut? hahaha. What? Korang pun geleng? Elehh, macam aku sorang je yang novel lover's. Cis! -____-'

Anyway, macam mane puasa everybody? Penuh? haha tak mampu la kan bagi we girl's ni nak penuh-penuh posenye tu. Cume setakat ni alhamdulillah masih bertahan, tapi esok-esok tak tahu lah cemane kisahnye ye dak? kikiki. :D

-End Intro-


So, sepanjang bulan pose ni a lot of energy yang semakin berkurang kan? Lepas tu rase lesu/pucat/penat/malas/tak larat/tired/exhausted.... Kenape? Sebab tak mengikut piawaian penjagaan kesihatan sepanjang bulan Ramadhan letteww. Orang kate minum air banyak, kau teguk dua gelas je sehari kenape? Segelas mase sahur, segelas mase bukak pose. What? Nak bagi kulit jadi macam kerak nasi ke? Hisss....

Harini aku nak buat review sikit tentang produk yang menarik perhatian aku lately, selain daripada Nutox.. of course. It is Aqualabel by Shiseido. Aqualabel ni merupakan produk penjagaan kulit yang menambahkan ketumpatan atau densiti kelembapan kulit. So, bagi yang kulit terasa sentiasa kering tu, Aqualabel ni the most better product to be try. Seriously. Product ni dah lame launch. Mase tahun 2007, kut.. kalau tak silap. Tapi pernah menjadi jenama No.1 selain SK2.

 Aqualabel product set. 

Like what we don't know, bagi orang yang beretnik Asia ni, kulit kite mudah terdedah dengan cahaya matahari kan. Dan tahu tak yang ultra-violet mampu menjahanamkan kulit pada tahap yang maksima. Kalau perasan dekat bahagian wajah tu ada bintik-bintik coklat tu ye lah tu kerosakkannye. Orang panggil jeragat. Dan yang pasti jeragat ni memang tak berape mampu untuk dihilangkan begitu sahaja. Hanya mampu untuk mengurangkan /memudarkan warnanya saje.

Ni nak bagi ilmu percuma ni, korang tahu tak? Tahap melanin orang Asia berada di antara tona kulit etnik Caucasian dan juga Hispanic? Etnik Caucasian ni macam yang korang tahulah kan, Eropah. Orang kulit putih. Sebab orang Malaysia ni pun ade yang kulit berwarna putih. Tu lah speselnye jadi orang Malaysia, semua warna ade. haha. Tapi itulah malasnye kulit putih ni, kalau tumbuh ape-ape cela sikit dekat kulit dah terus boleh nampak.

 etnik Caucasian - jeragat di sekitar hidung

Etnik Hispanic ni pulak adalah etnik Sepanyol atau lebih terang, etnik Latin. Alaa, yang korang tengok cite-cite telenovela dekat tv3 tu. Kalau penah tengok telenovela Ruby, haa macam tu lah kulit orang Latin. Tapi dengan adenye make-up, semua bintik boleh tutup. Kalau pandai jage kulit takdelah sampai boleh tumbuh jeragat banyak gitu, make-up pun tak payah berinci-inci tebalnye. Puncenye UV rays lah. Orang Latin ni die suke berjemur bahawa matahari. Jadi, itulah makan die.. jeragat!

 
 etnik Hispanic - jeragat di sekitar bawah mata

So, kat sini aku cume nak review 3 jenis produk Aqualabel yang aku rase macam 'penting' bagi cuace macam tempat kite. Entahlah, bagi aku, aku cume perlukan 3 jenis ni je kut. Kalau korang rase nak cube Aqualabel ni, bolehlah cube yang asas-asas die je. Macam facial cleanser, toner, cream dan sunblock die. Jangan risau, bahan die semua ringan. Dan mesra kulit. Ceh! ayat 'mesra' tu dah macam lain macam je khennn (0_o)

Lagipun nak raye ni kan, nak lah tampil 'manis-manis' sekali sekala, ye dak.

Check-in..

 

White Protect Milk UV

SPF 30 PA++
Blends instantly with no white residue, extremely lightweight and high moisture retention. It is powder free and does not containing UV ray diffusers.


 

Perfect Protect Milk UV

It has SPF 50 PA++, and is sweat + oil resistant. No special cleanser is required to remove product too!


Tak guna jugak kalau korang guna produk yang menghilangkan bintik gelap, tapi lupe tentang SPF. Ini kerana gabungan UVA dan UVB menggalakkan penghasilan pigmen sepanjang tahun. Untuk elakkan bintik baru muncul, korang perlukan krim tabir suria. Perlindungan UVB pulak ditentukan oleh tahap SPF. Lebih tinggi kandungan SPF, lebih berkuranglah bintik gelap anda. Gituu.

Harga dia dalam RM61.90 - masih mampu milik kennn :)




*Bright White Ex 

 

This is a highly recommended extra special care step, and it contains Lipidure, which is an exclusive ingredient in Shiseido’s Intensive Spots Targeting Essence. Khas untuk pudarkan jeragat/cela di wajah.

Contains m-transexamic acid, which soothes inflammation and inhibits excessive melanin production.
Also infuses skin with large amounts of moisture and strengthens skin’s functions with Hyaluronic Acid, Lipidure, and Moist Aqua Keeping Base. Glycyrrhizic acid deriavative promotes the recuperation of skin damanged by UV exposure.

Ini memang penting dalam proses pencerahan bintik gelap. Sebab ia ambil masa lebih kurang 2 bulan jugak untuk mencerahkan bintik gelap tu. Kenelah amalkan penjagaan yang sempurna supaya bintik baru tak muncul lagi.

Harga dia dalam RM79.90

Check-out !
 

Last but not least, Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Jemputlah datang rumah nanti :P


-Thanks for reading my entry ! Please come again-

1 comment:

  1. nice blogg...follow kita jugak ye...tq...nanasecretbook.blogspot.com

    ReplyDelete