Shazwani Buddies

July 9, 2013

#Recipe : Healthy Red Velvet.

Assalamualaikum.

Wallahh! Lame sangat ni tak blogging. Sibuklah gaisss *konon....

So, how are you? Doing fine? Good then. Glad to know that.

Maroon itu menarik. Kan? Jadi harini biarkan saya bercerita tentang resipi red velvet yang simple dan sihat.
 

 Check-in bahan-bahannye dahulu..

BAHAN A :

115gm mentega tanpa garam
300gm gula kastor
2 biji telur

BAHAN B :

1/2 cawan yogurt
1/2 cawan susu segar
15gm serbuk koko
2 sudu besar pewarna merah

BAHAN C :

250gm tepung
1 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil garam

BAHAN D :

1 sudu kecil cuka makan
1 sudu kecil soda bikarbonat



CARA PENYEDIAAN :

#1. Pukul mentega bersama gula kastor hingga kembang menggunakan mesin pengadun.

#2. Kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit, pukul sehingga ringan.

#3. Apabila adunan telah sebati, masukkan BAHAN B dan diadun sehingga sebati.

#4. Setelah itu masukkan BAHAN C dan diadun hingga sebati.

#5. Kemudian masukkan bahan terakhir iaitu BAHAN D, kaup dan balikkan menggunakan senduk sehingga sebati.

#6. Masukkan ke dalam acuan dan bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan dengan menggunakan tahap kepanasan 150 degree selama 45 minit.

Banyaknye perkataan 'sebati' cik wani? Memanglah everything yang diadun tu perlu sebati. Haha. Kalau tak sebati, habislah ! Umpama lagu yang tiada irama, dan umpama tarian yang tidak punya lenggok. Cane? hiks. :P


BAHAN UNTUK CREAM CHEESE :

500gm whipping cream
250gm cream cheese
60gm gula aising
110gm butter
2 titik lemon paste


CARA PENYEDIAAN :

Pukul whipping cream hingga kental. Setelah itu, ketepikan dahulu. Kemudian ambil bekas yang lain, pukul cream cheese bersama bahan yang lain(gula aising, butter dan lemon paste) sehingga berkrim. Satukan whipping cream yang telah diasing itu bersama cream cheese yang telah dipukul tadi. Gaul dengan sebati. Boleh menggunakan mixer dengan kelajuan yang perlahan. Setelah siap diadun, bolehlah digunakan untuk menghias kek anda !

Check-out !
-Thanks for reading my entry ! Please come again-

1 comment: