Shazwani Buddies

June 25, 2013

Penjagaan Kulit Ikut Cara Saya. Boleh?

Assalamualaikum.

Hai beauties and hansomies sekalian. Wawsup? *kalau bent bradshaw bace ayat BI ni habis dikutuknye aku..hisss  -___-'

Anyway, harini aku nak cerita tips penjagaan wajah ikut cara aku. Cecece sejak bile tah lah aku jadi poyo begittuw. hiks.

Tapi takpelah, saje nak kongsi macam mane aku jage kulit wajah selepas bersara dari study. Kalau yang ikuti perkembangan blog aku ni mesti dah tahu yang aku ni merupakan pengguna tegar Catalyst. Kenn? Bile part yang aku gune Ambience Catalyst tu mesti ade yang geleng-geleng kepale kan? Tapi ingat, itu adalah untuk dalaman. Hak menjaga kesihatan dalaman adalah hak kita! haha.

Your true beauties come from your inner. Dalaman kene sihat, barulah luaran pun akan shine bright like a demons diamonds. Ye dak?

Bila dalaman dah bertindak, dah tak payah risau lagi yang dekat luaran. Tinggal nak jage sesimple yang boleh je untuk luaran. So, cara aku jage kulit luaran ni sangat simple dan tidak memerlukan kome untuk mengeluarkan beratus-ratus ringgit. Membazir kan? Kalau buat makan untuk dua minggu.. pun dah lepas kan? Hisss. Tapi ade yang kate, kalau nak jadi cantik jangan kedekut. Ye ke? Tapi aku ni kedekut je? haha.

Sebenarnye aku ni bukanlah sebuah manusia yang obsesi pun dalam bab-bab jage kulit ni nyah. Yelahkan, mase belajar dulu kan mane mampuu nak gune SK11, SK111, SK1111, Mary Kay bagai tu kan. Lainlah kalau ade toyol yang sudi jadi Kad VISA aku, kenn? haks.

Okay okay stop!

So, amalan aku yang pertama.. Sepraisssss! haha ok ok. Continue..

Hm.. lepas basuh muka dengan cleanser tu, biasenye aku takkan lap muke dengan tuala ke, kapas ke, cotton bud ke, tisu ke atau ape-ape je yang sewaktu dengannye lah. Tapi aku akan 'pap pap' kan muke dengan tangan supaya air tu meresap ke dalam kulit. Dan biar die kering dengan sendiri. Tujuannye untuk bagi kulit rase lembap dan segar. Sambil-sambil tu rajin-rajinkan untuk selawat sekali.

Then, aku pun spray lah muka aku dengan Nutox Oxyfusion Skin Refining Astringent. Lepas tu 'pap pap' die kasi meresap ke kulit. Boleh dikatekan macam pengganti toner lah. Tapi ini lebih bagus. Kalau para si pemekap-pemekap tegar tu aku suggested gune ni lah. Sebab mekap dekat muka uols tu akan stay tune je dekat kulit. Maksudnye takkan comot lah. hikhik.

Macam aku, lepas spray tu aku tak suke bubuh mekap, nanti kulit rase berat. Lagi pulak kalau mekap-mekap ni aku rase lemas dan rimas. Nak-nak lagi bile keluar rumah. Nak solat pun leceh nak kene tanggalkan mekap dululah hapelah. Aku cume pakai sunblock, gloss dengan compact powder je sudah. Simple kan? Touch n Go *kununnnn.....

Ini ade description of Nutox Oxyfusion Skin Refining Astringent :

Nutox Oxyfusion Skin Refining Astringent with BNest Collagen is a gentle refresher to be used after cleansing or anytime as a mild astringent & facial stimulant for the skin. It refines pores, gently revitalises & tones skin tissues to restore younger, fresh-looking skin. Suitable for all skin types.

Ni rupe die. Harga murah je, dalam RM22.90 gitu dekat guardian.

sumber : miss.gugurl iaitu adik bongsu mr.google

Dengan itu kulit akan sentiasa terawat. Janganlah pandang enteng dengan penjagaan kulit. Menyesal dulu aku mengabaikan kulit tauu. Yelahkan, waktu tu kan aku belajar, sibuk, takde mase.... *alasan kau nokk...alassannn!

Bile umur 20-an dah layak dipanggil nenek, haa baru kalut nak cekidot produk yang sesuai. Nak cari pulak tu yang bebas dari segala mak-enon(hidroquinon) dan segala merkuri dan segala chemical romance. So, jumpelah dengan produk Catalyst. Nak dijadikan cerita, jatuhlah pulak cinta pandang kedua. Mencuba menyesuaikan diri satu sama lain. Ohh sangat berjaya! Dan sampai sekarang masih setia. Kami gembira bersamaa wahahaha ^_^

Eh dah dah!  -___-'


Check in face care outline ikut cara saya..

#1 Lepas cuci muka, jangan lap dengan tuala,tisu,kain,kapas,etc. Just 'pap pap' kan sampai meresap ke kulit.

#2 Spray Nutox Oxyfusion Skin Refining Astringent. 'Pap pap' kan sampai meresap ke kulit. Kulit akan terasa lembap bermaya.

#3 Pakai sunblock dekat kulit. Kalau boleh yang SPF paling tinggi.

#4 Sapu compact powder ala kadar.

#5 Muahh dengan glossy sikit.

#6 Check-out!


Des : Just apply sunblock, compact powder dan gloss.
tenyum cenggini. tanampak gigi pun tapewww. hahaha. *huwekkkkk... -.-


Anyway, sebenarnya kalau nak nampak awet muda selalu, kenelah sentiasa senyum dan berwudhu'. Air wudhu' tu adalah teras kecantikan yang sebenar. Kosmetik ni hanyalah sekadar option. :)

p/s : kak ton tu nampak comeyy sebab die suke senyum je aku rase. bukan sebab produk die tu sangat. khenn? haha. bai.
-Thanks for reading my entry ! Please come again-

10 comments:

  1. Cantikkk nya kulit! Licin bersinar.. Huuu jeless.. Hik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Kalau kena dengan cara penjagaannye, why not kulit boleh jd licin, kan? hihi

      Delete
  2. omey omey. haha follow sini dah. skin awak jenis smooth,clear je tengok gmbar tu

    ReplyDelete
  3. sama lah kita, pakai sunblock, tonyoh bedak sikit, lip ice sikit. keluar pusing-pusing mid valley. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gituu. Simple dan sempoi je. Give me five sikit.. hikhik

      Delete
  4. wawawa...giler jeles muka licin! nk ngorat boleh? aha mmg sesuai utk semua jenis kulit ke? cleanser apa awk pakai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak ngorat? Eh boleh boleh.. haha. A'ah sesuai, sebab itu cume spray je kaknis, taknak bagi kulit rase kering. just spray tu je dah tak payah pakai mekap, sebab kulit akan nampak fresh all-the-day. serious! Saya gune cleanser Clean n Clear aje :D

      Delete