Shazwani Buddies

June 20, 2013

4 Tips Menghadapi Musim Jerebu.

Assalamualaikum.

(Fuh! Fuhhh! Berhabokkk!)

Hai flower's and bug's sekalian. Pa habaq? Sihat ka? Cuaca hokay ka?

Kat JB sekarang jerebu lah. Kesian Johorean sebab berkemungkinan besar akan mengalami gangguan kesihatan. Jadi, entri ni khususnye tips untuk menghadapi musim jerebu yang melanda.


Tapi sebelum tu, better kena tahu ape itu jerebu. Jerebu ni bukanlah sejenis tebu ye adik-akak. Jauh sekali sejenis syabu -___-'

Jerebu ni adalah fenomena yang disebabkan oleh kewujudan partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan ia terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin wujud secara semulajadi ataupun kesan sampingan angkara aktiviti manusia sendiri. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok, ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi.

So, jadilah jerebu. Kenn?

 

So, simple aje tipsnye..

#1  Banyakkan meminum air masak.
Lebih kerap, lebih bagus.  

#2  Kurangkan aktiviti luar rumah. 
Duduk rumah diam-diam tengok rancangan ''Macam-Macam Aznil'' je udah ler.

#3  Jika anda keluar rumah pastikan memakai penutup mulut.
Ini untuk mengelakkan kesihatan anda terganggu. Seperti batuk, selsema dan gangguan pernafasan.
 
#4  Elakkan pembakaran secara terbuka di tempat anda.
Kalau taknak anda yang dibako, janganlah gatalkan tangan anda untuk membako apa jua benda ye. 

Sekian.

-Thanks for reading my entry ! Please come again-

2 comments:

  1. Kt melaka ni pun sama, smalam kt tmpt kerja pakai face musk, sbg langkah2 pencegahan.. Hari jumaat jerebu yg paling teruk di melaka..

    ReplyDelete
  2. Tips yang berguna untuk semua.. mudah-mudahan jerebu ini cepat berakhir....

    ReplyDelete