Shazwani Buddies

May 1, 2013

TIPS : Pujuk anak kecil tidur awal.

Assalamualaikum.



''Mummy, I'm not ready for shleep...'' sambil peluk mumuhug dia dan genyeh-genyeh mata.

''Why you not ready princess? It's already 11 O'clock...''

''But it still early Mummy... I'm still wanna watching Astro Ceria now!'' dia berkeras tak nak tidur lagi. Ade je yang dia nak jawab. Aish, budak-budak zaman sekarang...

''Aa it's okay it's okay, Daddy will sing a song for u.. Just request him any song. He will sing for u.. So please get to your bed, okay!'' aku still pujuk dia supaya tidur awal. Tapi memang dahsyat lah sebab terpaksa guna Daddy dia sebagai penyanyi sambilan. Dan aku dapat hidu apa yang bakal dijawab oleh Little Princess.

''What? Daddy voice is shoo bad Mummy.. He make my ear became worst.. and maybe will burst tomorrow'' terkejut aku dengar pernyataan yang aku tak expect pulak sangat details macam tu, haha. Sorry husband for your daughter answer.

-Drama End-


Well well..

Rasa macam nak kawin dan have a kid je kan? Biasalah, kegatalan itu bukanlah suatu fenomena lagi, tapi suatu kenyataan yang tak dapat dielakkan lagi meskipun kau tomboy atau pengkid atau macam mana skalipun? Ya, tak dapat dielakkan :D

So, my experience stay at home with all my little nieces was a very extremely hard. Beliau(s) tu memang payah gile nak tidur. Yelah, kalau mama diorang ade tu lain lah cite die. Ini pulak kalau mama die tu takde kat rumah. Jadi aku lah wanita ataupun kengkonon babysitter yang akan dipertanggungjawabkan untuk menjaga mereka itu. Sikit sebanyak adelah jugak aku rase yang aku ni seperti seorang Mommy.. bukan 'to-be' lagi, tapi memang 'dah-be' -,-

Aaahh plis.. plis pliss.. Ikan dilaut pasti melompat-lompat tak setuju haha.
And plus.. it is not my field. Yet. Seriously not.

And more.. aku tak percaya yang aku telah membuat research tentang cara pujuk anak kecil tidur awal. Am I? Untuk masa sekarang ni aku tak rasa macam roh aku sendiri yang ada dalam tubuh aku ni.. rasa macam.. macam.. macam roh ulat gonggok je yang bertakhta -,-

But sokay, maybe boleh buat preparation for 10 years more? #OhMyGod?

So? Siape yang pernah hadapi hal yang sama macam aku, bolehlah kite refer sesame tips kat bawah ni. Yang ada adik-adik kecik pun boleh refer jugak. Tapi semestinye tak sesuai untuk dipraktikkan untuk anak kucing :D


1.  Buat jadual yang sesuai untuk keperluan setiap budak kecik. Waktu tidur, waktu bermain dan waktu makan. (Waktu minum aku tak tahu lah pulak ek kene ade jadual ke tak?hikhik)
Setelah mengikut rutin ini pada waktu yang sama, tubuh mereka akan beradaptasi dan akan mengantuk dengan mudah.

2.  Sangat penting mengehadkan kegiatan yang menggunakan fizikal dan mental seperti menonton televisyen, bermain komputer atau permainan yang melibatkan fizikal. Sebaik-baiknya elakkan budak-budak kecik daripada melakukan kegiatan tersebut beberapa jam sebelum tidur. Gantikannya dengan aktiviti yang lebih menenangkan seperti membaca.

3.  Salah satu cara membuat budak kecik berasa mahu tidur adalah dengan membacakan mereka cerita. Kegiatan ini selain menenangkannya juga membuat budak kecik membiasakan otak mereka bahawa ia adalah masa yang tepat untuk tidur.

4.  Pastikan budak kecik merasa nyaman sepanjang malam, misalnya dengan meletakkan bantal peluk atau mainan kesukaannya disampingnya.

5.  Sediakan pakaian yang ringkas dan selesa untuk tidur iaitu jangan terlalu ketat, panas dan tipis.

6.  Jika budak kecik sudah mengantuk, anda boleh tinggalkan untuk budak kecik tu belajar tidur sendiri tanpa bergantung dengan kehadiran ibu atau bapa atau mak sedara atau atuk atau nenek atau sesape saje.

Kalau cara kat atas tu tak boleh pakai, gune care yang seterusnye ni..

7.  Ajak budak kecik kembali ke tempat tidurnya. Jangan biarkan dia berlama-lama di bilik anda.

8.  Selidik perkara yang membuatkan budak kecik tu tidak mahu tidur di biliknya. Jika dia takut kerana gelap, anda boleh memasang lampu malap di biliknya. *Ohhh...

9.  Jika budak-budak kecik tiba-tiba menangis, tunggu beberapa minit terlebih dahulu baru anda dapatkannya, dengan itu dia lebih berdikari. *Ohhh....

10.  Kalau budak kecik terus menangis dan memanggil anda setiap kali selepas ditinggalkan, tunggu beberapa saat, sebelum anda melihat situasinya. *Ohhh....

11.  Beritahu dengan tegas tetapi lembut bahawa ia adalah masa untuk mereka tidur, lama kelamaan mereka boleh memahaminya. *Ohhh...
 
 Sumber : Majalah Nur.

p/s : this is not me. seriously. not.


-Thanks for reading my entry ! Please come again-

1 comment:

  1. ala..mengaku ja kak..hehe
    bila turn akak dah jadi 'mommy' praktiskan la yea..hehe..
    sya kalau masa adik kecil2 dlu tak nak tidur,saya biarkan..
    yang penting saya lena cukup 6-8 jam tidur..ahhaa.. nice tips..hehe

    ReplyDelete