Shazwani Buddies

May 11, 2013

Pesanan Seorang Ibu Buat Anak Gadisnya.

Assalamualaikum.

Hye my dear sweetie pie,

Apa khabar kakak kat sana? Skandal(s) sihat? Anyway, kakak janganlah nak terkejut beruk sangat bila mummy tanya tentang skandal(s) kakak. Kakak ingat kakak belajar jauh-jauh tu mummy tak tahu apa yang kakak buat? No no.. u are wrong sama sekali. Setiap gerak geri kakak ada dalam tangan mummy. Yeehaha. And fyi, mummy dah warning ye skandal(s) kakak tu supaya jauhkan diri daripada kakak. Why I'm doing this? Ohh pliss lah pliss.. jangan tanya soalan yang seperti tak bertamadun tu. Ibu mana yang tak sayangkan anak. Apatah lagi anak perempuan tunggal. Setakat abang-abang kamu tu mummy tak kesahlah sangatkan, nak pasang skandal ke nak pakai sandal skandal diaorang tu ke, kan. Sebab kalau mummy ugut tarik kad kredit, tahulah mereka insaf.

So my sweetie,

Mummy sangat berharap supaya kakak belajar betul-betul supaya dapat menjadi wanita yang berguna. Tak payahlah over sangat nak menggedik sana menggedik sini. Belum masa lagi. Eh, memang tak perlu ada masa untuk itu. Lagipun sebagai kaum perempuan yang menjadi tunggak harapan bangsa, kite kenelah sentiasa mengamalkan dasar pandang ke hadapan. Kan belajar mase subjek sejarah dekat sekolah dulu kan? So, lupekanlah dulu bende-bende yang tak berfaedah tu, ya?

Oh dearie,

Perasaan remaja perempuan memang sentiasa meronta-ronta untuk punya pasangan. Alah, samalah macam mummy dedulu. So, mummy faham perasaan kakak. Cuma zaman mummy dulu tak mahenn la skandal-skandal ni kan. Kitorang dedulu pakai 'sugar puppy'.. 'sugar nanny'. Barulah berstyle sikit, ye dak. Perkataan skandal-skandal ni rasa macam tak berapa nak maju lah kan. Jadi, yang advance itu lebih baik. Well.. 'sugar puppy' mummy dulu Fizo Omar tau. Ala yang retis tu. Glemer laagi. Tulis je dekat search engine, terus keluar. Tu pun tak sempat tulis abeh.. terus dapat detected. Yelah, nama yang paling kerap disearch ramai kan..



See.. see.. glemer kan? Masuk paper bagai. Hm.. tapi apakan daya, nama lagi 'sugar puppy' kan. Memanglah tak berkekalan. Lepas mummy kikis harta dia sampai dia kena buru oleh bank, mummy blahhh arr. Watlek watkul jer. After that, barulah mummy ketemu cinta sejati mummy, iaitu ayah kamu Lee Dong Wook. Eh bukan bukan.. Lee Min Ho lah. Eh, sebenarnya mummy pun tak sure siapa nama cinta sejati mummy. Ramai sangat.. tak terkira dengan jari-jemari. haha. Takpelah siape pun, tibai je lah, rezeki jangan ditolak, ye dak? So kakak, kalau dah alang-alang nak cari 'sugar puppy' tu biarlah yang berhemo-hemo sikit. Tak femes takpe, janji kaya. Ok? Mummy harap tak sia-sia lah ajaran mummy selama ni. (haha)

Dear pie pie sweet,

Kalau kakak berangan-angan untuk jadi seorang artis ataupun penyanyi ataupun model ataupun pengacara ataupun pembaca berita, lupakan je lah. Sebab mummy rasa tak berapa eloklah dok tayang muka dekat TV tu. Buatkan ada yang berkenan dekat kakak, lepas tu culik.. bawak lari p nikah dekat Siam, kan susah tu. Kan kakak sedia maklum 'if you take after me,then you will be glamorous'. That's why mummy nak kakak keje biase-biase je. Tak payah nak poyo sangat jadi retis-retis tu. Tak ke manewwww pun.

Last but not least,

Mummy harap kakak lebih concentrate dekat study. Jangan sekali-kali berniat untuk mengarut ke lain. Dan yang paling penting, mummy nak mintak tolong boleh? Jangan cube bagi daddy baca surat ni, okkei? Kalau kakak bagi daddy baca, mummy akan pastikan kad kredit kakak dibekukan tanpa syarat. Ingat! No Gucci, no Chanel, no Jimmy Choo.. anymore.

With Love,
Mummy.

100% by me. Copy paste is unallowed.

p/s : kadang-kadang aku rindukan dunia sekolah. rindu nak mengarang cerita dan buat cerita, haha :P


-Thanks for reading my entry ! Please come again-

2 comments:

  1. Hahaha. Tergelak saya baca.
    Nice entry.
    Rindu jugak zaman sekolah, banyakk kenangannn yang tak dpt dilupaa. =)

    ReplyDelete
  2. aah..fokus pd study ye anak2
    utamakan apa yg penting
    mak aiii..byknye hutang tu
    yumida selalu pesan kat anak buah..nanti klo dh besar jd la artis..kikiki

    ReplyDelete