Shazwani Buddies

May 24, 2013

HARI INI.

Assalamualaikum.

 

Hai kanan. Hai kiri. Hai depan. Hai belakang. Hi-tea? Hai gaisss. Happy Friday. Have a good meals.


Hari ini apa yang saya rasa dan fikirkan? Dan 'Hari Ini' juga boleh membantu anda secara tak lansung untuk mengubah hidup anda dari negatif kepada positif. In Shaa Allah.


1. Hari ini saya bertekad untuk berbahagia. Ini membuktikan bahawa apa yang dikatakan oleh Abraham Lincoln itu benar. Beliau menyatakan bahawa, ''Kebanyakan orang yang berbahagia bila mereka mengkehendaki kebahagiaan dalam fikirannya''. Kebahagiaan berasal dari dalam diri manusia itu sendiri dan bukan dari luar.

2. Hari ini saya mahu menyesuaikan diri dengan kenyataan yang ada dan tidak menuruti kemahuan saya sewenang-wenangnya. Saya akan menyesuaikan diri saya dengan keluarga saya, pekerjaan saya serta nasib saya.

3. Hari ini saya mahu memelihara badan saya sebaik-baiknya. Saya akan merawatnya, menjaganya dan tidak mahu menyalahgunakan atau melalaikannya sehingga badan saya menjadi ''Mesin'' yang sempurna untuk membahagiakan hidup saya.

4. Hari ini saya mahu memperkuatkan fikiran saya. Saya akan mempelajari sesuatu yang berguna. Saya tidak akan menjadi seorang yang berjiwa lemah. Saya akan membaca sesuatu yang memerlukan usaha, fikiran dan tumpuan.

5. Hari ini saya mahu melatih jiwa saya dengan tiga cara. Saya akan berbuat baik terhadap orang lain dan tidak akan berprasangka buruk serta mencari kekurangan-kekurangan mereka. Saya akan melakukan yang paling sedikit dua perkara yang tidak ingin saya lakukan, seperti yang disarankan William James, ianya hanyalah sebagai latihan kehidupan.

6. Hari ini saya mahu bersikap wajar. Saya akan bertingkah-laku seperti yang sepatutnya. Saya akan bersiap secepat mungkin dan serapi-rapinya. Saya akan bertutur secara perlahan-lahan, bertindak sopan dan bersikap rendah-diri. Saya tidak akan mengkritik atau mencari kesalahan-kesalahan orang lain dan tidak akan mengatur atau memperbaiki orang lain.

7.  Hari ini saya tidak mahu hidup untuk hari ini sahaja. Saya tidak akan mengatasi dan menyelesaikan semua masalah hidup sekaligus. Hal-hal yang boleh saya selesaikan selama dua belas jam ini, akan saya selesaikan semuanya, sebab kalau saya terus biarkan, akibatnya sungguh mengerikan sekali.

8. Hari ini saya mahu membuat rancangan. Setiap apa yang saya ingin lakukan pada setiap waktu, saya akan catatkan di atas kertas. Saya tidak mungkin akan mengikuti rancangan tersebut seperti yang telah tertulis, tetapi pokoknya saya memiliki rancangan tersebut. Dengan rancangan ini, terdapat dua perkara yang boleh saya hindari, iaitu terburu-buru dan tidak bertujuan.

9. Hari ini saya mahu meluangkan masa selama setengah jam untuk beristirahat. Dalam masa setengah jam tersebut, antara lain saya akan mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai makna hidup saya.

10. Hari ini saya tidak mahu berasa takut, terutama tidak mahu takut untuk bahagia, untuk menikmati yang indah, untuk mencintai dan meyakini bahawa yang saya cintai itu juga akan mencintai saya.


Bila kita ingin mengembangkan sikap mental kita sehingga kita boleh mendapatkan kedamaian dan kebahagiaan, ingatlah ayat ini :

''Berfikir dan  bertindak dengan rasa senang, sebab dengan demikian anda akan berasa riang dan gembira''.


-Thanks for reading my entry ! Please come again-

No comments:

Post a Comment