Shazwani Buddies

May 29, 2013

Cara-cara Lelaki Menyakat Perempuan.

Assalamualaikum.

Hai naughty girls and sexy boys sekalian. What's up?

Hari ni punye entry aku nak cerita cara-cara menyakat yang aku tak pernah jumpa dalam gugel ataupun mana-mana webs. Cara-cara ni semua aku cipta sendiri. Omputis kate ape, 'originally idea'? Yelahkan, nak mengajar orang yang kaku untuk menyakat ni bukan senang. hiks. Kenape buat entry ni? Kan aku dah janji mase dekat entry ni

Let's check..


1. Menyakat secara terang.

Biasenye orang perempuan ni kalau diorang memarah, diorang akan suke memuncung mulut macam itik pulang senja. Takpun kalau nak tahan marah tu sampai merah pipi dibuatnya. So sebagai lelaki yang budiman lagi bepekerti molek, eloklah cari cara untuk cool down kan si perempuan yang tengah memarah tu. Sebagai contoh, cara aku lah kan.. walaupun aku bukan boboi tapi aku pro ye. mihikk.

Si gugul : Benci betul la dengan mamak tu, paksa-paksa aku order mee goreng versi mamak dia pulak. Hee menyampah! Nak marah betul lah macam ni. (sambil muncungkan mulut sedepa panjangnye)

Si boboi : Olo olo olo, omeynye muncung iye.. Kalah muncung mamak yang amik order depan tu.. hihi

Haa see see.. aku konfem lagi pasti yang si gugul tu mesti akan cool down punye. haha.


2. Menyakat tanpa ego.

Lelaki ni memang terkenal dengan ego kan. Contohnye, korang gais nak menyakat gf korang yang tengah merajuk. Macam yang kite tahu, diorang ni kekadang agak bersifat 'poyo cool'. Tahu kenape poyo cool? Sebab bile gf merajuk sikit je dah hilang arah. Tak tahu nak buat macam mane untuk pujuk and so on. Kalau pujuk, dikatenye tak cool. Apalah! So, bace ni cara aku..

Si gugul : Malas! Malas bercakap dengan beybieyyyyyyy. Nak majok doblas jam! (hentak hentak kaki)

Si boboi : Ala gugul janganlah majok lame sangat. Nanti kalau semenit tak denga suare gugul yang macam Siti Nohalija tu boleh sakit jantung beybieyyyy ni tau. 

Kadang-kadang kalau nak pujukan tu berkesan janganlah terlalu serius. Sertakan sakatan ringan supaya situasi cepat cool. Nampak tak gentleman-nye kat situ? ahaks. Ini tak, gf merajuk sikit.. ''ikut kau ler nak merajok ke ape ke...''. Tak oraite lansung macam tu.


3. Menyakat secara transparent.

Sakatan secara transparent ni aku tak tahu lah mane aku boleh dapat idea ni. Main hentam tibai je sebenanye. Yang pasti, bagi aku sakatan secara transparent ni biasenye boleh dibuat kepade orang yang kite tak kenal dan juga orang yang kite kenal. Sebagai contoh, u gais tengok ade girl yang susah payah tengah potong ayam KFC gune garfu dekat meja sebelah, then tibe-tibe timbul niat nakal dekat otak u gais untuk sakat that girl tu.

Si boboi : Aduh! Sakitnya dadaku ditusuk-tusuk oleh garfumu ituuuu. Aduh duh duh... (sambil jeling that girl dan tangan di dada dengan muke yang dikerepot-kerepotkan)

Si gugul : Nak kene cucuk mate tu dengan garfu ni ke?!

Si boboi : Ahhhh tidakkk! Nameku bakal bertukar menjadi 'Kahsim Tak Sehlamat' lah tak lame lagi. Ahhhhh... (sambil pegang kedua-dua belah mata)

haha. Boleh gaiss? haha.


4. Menyakat secara perli.

Perli? Kejam betul bunyiknye kan? haha. Tapi sakatan ni memang ade. Aku selalu buat dekat geng lelaki aku. haha. Tapi aku teraiii tukarkan untuk sakat perempuan secara perli ni. Takde niat jahat pun, sekadar perli je sikit. mihikhik

Si gugul : Aku rase aku ni dah layak jadi barbie dolls Malaya nih. hikhik

Si boboi : Kalau betul barbie dolls takpe, jangan momok dolls udah.. heee (tayang gigi kuning)

Si gugul : Kau perli aku ye?

Si boboi : Ish siapelah aku untuk perli seorang bakal barbie dolls, lainlah kalau aku ni bakal sumo dolls, kehkeh.

haa sambil menyakat sambil perli tu. boleh?


5. Menyakat secara kebetulan.

Menyakat secara kebetulan ni adalah sesuatu yang tak dijangka. Sakatan tu terwujud secara spontan. Contohnye korang nak pergi solat Jumaat.. tapi korang teraii setat motor tak hidup-hidup pulak. Tengok jam dah lambat. Tetibe mak kau datang..

Si mak : Motor kau kenape Mat?

Si mat : Entahlah mak. Tetibe tak hidup pulak motor ni. *garu kepale...

Si mak : Meh sini mak cube setat kan. (sekali setat je terus hidup moto tu)

Si mat : Wahh! Hebatlah mak! Thank you mak! Tanpa mak siapelah moto ini..

Si mak : Kau jangan nak buat lawak antara benua Mat. Sekali aku siku kau masuk spital kang!

Si mat : I leviyu makk! Mat pegi dulu makk!

Dapat mak sporting takpe. Kalau dapat mak yang suke kejar dengan parang, please kau jangan buat main. haha. Aku masukkan satu contoh elemen 'mak' ni supaya kau kene tahu yang mak adalah sebaik-baik perempuan yang kau pernah jumpe. Jadi jangan peliks!


6. Menyakat secara isyarat.

Pun ade? Yee memang hadeeee.. mihiks. Ni pun aku saluu je buat. haha. Cara ni biasenye lebih kepada perbuatan dan pergerakan yang nakal. Bukan ape, cume untuk menyakat je lah kan niatnye. haha. Dalam sebuah majlis...

Si gugul : Terima kasih diucapkan kepada pengerusi majlis.. bla.. blaa.. blaaa...

Si boboi : (kenyit mata sambil buat isyarat flying kiss dari tempat audience)

Si gugul : Err.. dan.. err.. puan.. eh! Dan juga terima puan kasih...err (gagap, segan, blushing)

haha.


Aku rase itu je lah kot. Sebab perkara yang semulajadi ni kadang-kadang tak boleh nak terlalu diekspresikan. Cume kalau bagitahu cara sikit-sikit tu bolehlah. Macam tu je lah cara kalau nak menyakat ni. Bahasa tu biar yang best-best. Itulah gunanya sifat menyakat tu wujud. Untuk menceriakan suasana. Untuk mengelakkan pergaduhan yang berpanjangan. Selamat men'teraiiii'.


-Thanks for reading my entry ! Please come again-

6 comments:

  1. Dulu masa sekolah memang rajin menyakat. Menyakat cara apa tak pasti lah pulak :)

    ReplyDelete
  2. hahahaa..... nida suka sakat ank buah.. hihi

    ReplyDelete
  3. hahaha...pretty gelak sorang2 baca entri ni...

    ReplyDelete