Shazwani Buddies

May 8, 2013

Apa yang sudah pergi, biarkan ia pergi.

Assalamualaikum.

Apa khabar si cantik bergaya dan si kacak menawan. Eh? hihi. Semoga hangpa sihat-sihat naa. Che' kat sini sihat ja, baik ja, serta masih rasa kekenyangan lagi.......... walaupun hangpa's tak tanya haha -,-

Anyway, aku nak buat pengakuan. Dulu.. aku ni seorang yang boleh dikategorikan sebagai manusia yang tak boleh menerima hakikat. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab.. dulu masa atuk lelaki aku wafat, aku menangis tak henti-henti, tiap-tiappp malam lebih kurang sebulan lebih. Kadang-kadang aku rasa macam nak pergi gali kubur atuk aku dan kejut dia dari lena dia yang panjang tu. Yelahkan, bile kite ni menjadi cucu kecintaankan, well.. you know lah kan macam mane over die -,-

Tapi sekarang aku dah boleh terima hakikat kehidupan ni. Yang hidup, pasti akan mati. Dan yang mati pasti akan... em.. pasti akan.. pasti akan pasti lah, gitu. Sebab tu lah kite dah diberitahu supaya menyayangi seseorang tu jangan melampau-melampau. Sayangi mereka kerana Allah Ta'la. Buat semua kerana Allah Ta'la, nescaya diri kita takkan berdukacita.

Aku belajar.. ''apa yang sudah pergi, biarkanlah ia pergi''. Lepaskan. Sebab.. mengingat-ngingat masa lalu dan bersedih hati kerananya adalah satu tindakan bodoh dan gila. Lebih daripada itu, ia boleh mematikan kehendak dan membinasakan masa depan. Ye dak?

Bagi orang-orang yang waras, fail masa lalu itu sepatutnya dilipat dan disimpan, bukan dibuka dan dipersoalkan. Ia perlu ditutup buat selama-lamanya dan dikurung di dalam penjara kelupaan, diikat dengan gari di dalam kurungan yang kuat dan kukuh hingga ia tidak dapat keluar. Ianya perlu diperap sedemikian rupa supaya ia tidak terkena cahaya, sebab ia adalah sesuatu yang sudah berlalu dan sudah selesai. Ya, selesai. Maka, ia tidak mungkin kembali dengan apa jua kesedihan, tidak dapat diubah dan diperbaiki dengan apa juga kedukaan, tidak dapat dihadirkan semula dengan apa juga kegelisahan dan tidak akan dapat dihidupkan semula dengan apa juga kebingungan, kerana ia adalah sesuatu yang sudah tiada.

Aku belajar.. jangan biarkan hidupmu dihantui masa lalu, jangan biarkan dirimu dibayang-bayangi oleh sesuatu yang sudah berlalu. Lepaskanlah dirimu dari pengaruh dan bayangan masa lampau. Adakah anda mahu mengembalikan sungai kepada sumber mata airnya, memulangkan matahri ke tempat terbitnya, mengembalikan kanak-kanak ke dalam rahim ibunya dan mengisi semula airmata kepada mata? Sesungguhnya meratapi masa lalu dan menangisinya akan membuatmu terbakar dengan apinya. Kembali ke pangkuan masa lalu sama sahaja dengan meletakkan anda dalam kemelut dan tragedi yang sangat dahsyat dan menakutkan.

Aku juga belajar.. hidup sambil mengungkit-ungkit masa lalu bermakna menyia-nyiakan masa sekarang, mengoyak-ngoyak perjuangan dan memporak-perandakan masa kini. Allah s.w.t. sudah menceritakan tentang umat-umat yang lampau dan apa yang sudah mereka lakukan. ''Yang demikian itu adalah satu umat yang sudah berlalu.'' Segala sesuatunya sudah selesai bagi mereka. Tidak ada gunanya lagi menghurai dan memanjangkan cerita perjalanan masa kerana ia sama sahaja dengan memutar semula perjalanan sejarah.

Aku belajar.. sesungguhnya orang yang kembali kepada masa lalu sama dengan orang yang menggiling tepung atau orang yang menggergaji dedak kayu tetapi dirinya sendiri turut tergilis sama. Terdapat ungkapan lama terhadap mereka yang suka meratapi masa lalu : ''Hei, jangan keluarkan mayat-mayat itu dari kubur mereka!''. Bermaksud, yang sudah selesai itu, biarkanlah ia selesai.

Tapi malangnya, kita tidak mahu dan berusaha menangani masa kini, sebaliknya kita sibuk memikirkan masa lalu kita. Kita menyia-nyiakan istana-istana kita yang megah, sebaliknya kita pula sibuk menguruskan reruntuhan bangunan lama. Sekiranya manusia dan jin bekerjasama dan bertungkus-lumus untuk mengembalikan masa lalu itu, nescaya mereka tidak akan berjaya, sebab pada dasarnya ia adalah mustahil.

Sesungguhnya manusia tidak perlu menoleh atau berpaling ke belakang, sebab hembusan angin sentiasa menghala ke depan, air mengalir pun menuju ke depan, manusia berjalan pun ke arah depan. Ada penah tengok manusia dilahirkan berjalan ke belakang? Tak pernah hayat aku dengar dan lihat perkara demikian. Justeru, janganlah cuba menentang arus dan aturan hidup, sunnah alam.
 Sometimes You Just Have To Let Go

p/s : semoga anda dapat mempelajari sesuatu dari sini.
-Thanks for reading my entry ! Please come again-

5 comments:

  1. betul tuu, yang berlalu biarkan berlalu :')

    ReplyDelete
  2. yup.. setiap pemergian itu bersebab. memberi peluang kepada kedatangan yang baru. lahir mati itu lumrah.

    ReplyDelete
  3. dugaan tu kak..yang hidup akan pergi..bila2 masa..kita yg hidup kena teruskan berjuang n jgn lupa jadikan ia sbg pengajaran..apa2pun al-fatihah ya..

    ReplyDelete