Shazwani Buddies

May 1, 2013

1 Mei - Hari Pekerja Sedunia.

Assalamualaikum.
 
-,-
 
Hai pekerja-pekerja yang menyambut Hari Buruh sekalian. How's your day?

Well, seperti yang kite atau anda sedia maklum.. Hari Buruh ataupun Hari Pekerja ni adalah satu nama untuk untuk pelbagai cuti tahunan yang diraikan pada 1 Mei (atau awal bulan Mei). Tetapi sebenarnya hari ini juga disebut sebagai Hari Pekerja Antarabangsa - iaitu merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja.

Tarikh 1 Mei digunakan kerana pada tahun 1884, Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh, yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour 1872 di Kanada, meminta lapan-jam waktu berkerja di Amerika Syarikat, dikuatkuasakan pada 1 Mei, 1886. Ini mengakibatkan mogok umum dan Mogok Haymarket tahun 1886, tetapi beransur-ansur juga di pejabat selama lapan-jam waktu bekerja.

Anyway, itulah serba sedikit info tentang Hari Buruh yang aku dapat daripada ensiklopedia bebas. 
So, lepas ni kalau orang tanye.. ''ape itu Hari Buruh?'', ''kenape Hari Buruh disambut pada 1 Mei?'', plis.. pliss korang jangan buat muka blurr atau erti kata lain muka empty -,-
Silalah jawab dengan tenang dan bersemangat, ye. 

Dan paling penting.. janganlah pegi jawab Hari Buruh tu adalah Hari Minyak Buruh dikeluarkan -,-
Kalau jawapan itu dinyatakan, berkemungkinan kecil anda akan disimbah dengan minyak buruh yang tak berapa nak wangi tu. Beware.

Tak semestinya orang yang dah bekerja je yang kene tahu asal usul Hari Buruh tu. Kite yang belum bekerja ni pun kene tahu lah. Buatkan ditanye masa interview, kan niaya tu? 'Hari Buruh pun tak tahu.. ape daaa' *kata tukang interview.....

Lagi satu..... buruh dan pekerja itu adalah benda yang sama -,-

Have a nice day worker's.
-Thanks for reading my entry ! Please come again-

2 comments:

  1. haha..okay..kelakar sikit..
    yang selama ini saya tahu,hari pekerja hari abah saya cuti..hehe..
    tapi tak cuti pula harini..hehe

    ReplyDelete