Shazwani Buddies

April 9, 2013

Hadapi musim kemarau dengan kesabaran

Assalamualaikum.

Hai gegadis dan jejaka hot sekalian alam maya. Apa khabar?

Sekarang ni dekat tempat aku mengalami musim panas. Adalah dalam 2 bulan lebih dah. Aduhlaa tension makk ko tahu tak nyah! Mood ni.. mood ni yang paling problem. Bile musim panas ni mood pun cepat je jadi panas. Aku ni hari-hari rase malas nak keluar rumah. Bayangkan, aku drive pegi hantar mak aku keje pukul 7.30 pagi pun dah ade rase bahang. Kalau area pukul 12 tengah hari sampai 5 petang lagilahh die punye panas. Pehh! peh peh peh.. pedih baq ang!

So, biasenye ramai yang abaikan tips menghadapi musim kemarau ni kan. Aku nasihatkan jangan ambil ringan. Kalau ambik ringan musim ni, makanya akan jadi macam aku lah, dalam mulut aku ni asik melepuh-lepuh dan bengkak je. Yelahkan, lepas makan aku ni jenis tak minum air dulu. Jadi bile dah ngantuk tu aku main terjun je atas katil. Bangun-bangun je esoknye, nak telan air liur susah. Damnit! Sakit + pedih + perit + panas + tekanan + jiwa + perasaan.. dan sebagai dengannye.

Dah alang-alang kebetulan, marilah sesame kite mengamalkan tips-tips bagi menghadapi kemarau yang agak panjang ni.

1. Banyakkan minum air mineral/isotonik.

 

Tu die, ni lah bende nombor satu yang kene ambil berat dalam hidup. Tak kirelah musim panas ke tak panas. Yang penting kalau musim panas tu kene up kan lagi liter pengambilan air. Akibat panas terik, air dalam badan kita akan cepat terhidrasi melalui perpeluhan. Jadi, cara paling mudah untuk gantikan air dalam badan adalah dengan minum lebih banyak air. Lebih baik kalau minum air masak sebab air masak memang diyakini boleh menghilangkan kering tekak. Selain tu jugak, air masak jugak dapat membantu mengurangkan risiko sakit tekak. Kalau isotonik pulak die ni membantu mengembalikan tenaga kite yang hilang. Bile panas ni kan badan akan rase letih dan tak bermaya, so, solusinya adalah minuman yang berisotonik. Gitu..


2. Elakkan pendedahan terus dan berpanjangan


Seperti yang kita semua tau kan, sinaran matahari sekarang ni kata para saintis dah tak berapa elok kepada kulit kita sebab boleh mendatangkan kanser kulit dan beberapa lagi risiko masalah kulit. Oleh tu, aku nasihatkan kita semua kalau boleh kurangkan aktiviti outdoor waktu panas terik. Kalau nak jogging ke, riadah ke, mulakan bila hari sudah redup sedikit. Contohnye macam dalam pukul 6 lebih gitu. Jangan lupe bawak air mineral atau isotonik sekali. Perkara ni jugak boleh elakkan kita daripada gelap mata dan pitam akibat panas terik. Sangat penting kepada penunggang motosikal. Sebab, ada kemalangan yang berlaku akibat penunggang motor tersebut gelap mata.


3. Bawa payung, pakai topi atau sunglasses.


Haaa korang ingat, bila time hujan je baru boleh guna payung? Salah ye uols. Penggunaan payung atau topi juga sangat penting di musim panas terik ni. Payung dan topi boleh melindungi tubuh korang daripada panas terik dan boleh jugak mengurangkan risiko "skin sunburn". Sunglass juga memainkan peranan. Macam yang aku pernah cakap kat atas tadi, cahaya matahari sekarang khabarnya dah tak berapa sesuai dengan kulit manusia, jadi kalau korang pakai sunglass, korang boleh kurangkan  risiko penyakit mata seperti katarak akibat sinar UV daripada matahari.



4. Jangan tambahkan kepanasan alam lagi. Tolonglah!

 
Guys, ni sangat penting. Musim panas terik macam ni, tolonglah jangan tambah lagi kepanasannya dengan melakukan pembakaran terbuka. Aku paling pantang sangat bila dah musim panas pegi bakar-bakar lagi. Time tu lah nak bakar sampah lah, nak bakar rumput lah. Tau tak korang, dengan melakukan pembakaran terbuka, perbuatan korang tu boleh meningkatkan lagi suhu yang dah sedia tinggi tu. Dan lagi satu, risiko yang lebih besar ialah, kesukaran mengawal api lebih-lebih lagi jika ada angin yang kuat. Nanti tak pasal-pasal pulak kang, ada ladang yang terbakar pulak!! Jadi, tolong jangan lakukan pembakaran terbuka. Kalau korang nampak ada pakcik atau makcik yang buat pembakaran terbuka, apa lagi tegurlah secara berhemah! Kalau susah nak berhemah, korang je yang pegi bakor die haha. Ok, joke '_'


5. Pakai sunblock sebelum keluar beraktiviti.
 

Sekarang ni, di pasaran, aku rasa dah banyak sangat krim atau losyen pelindung sinaran UV dengan kandungan SPF yang tersendiri. SPF stands for SUN PROTECTION FACTOR. Semakin tinggi kandungan SPF yang korang gunakan, bermakna semakin kurang risiko korang terkena sunburn. Tapi, hati-hati dengan penggunaan SPF. Sebab ada sesetengah SPF yang didapati mampu menyebabkan kulit semakin menipis.



6. SUNBLOCK vs SUNSCREEN


Daripada search yang aku buat kan, ada beza rupanya sunblock dan sunscreen. Korang tau tak? Tak tahu? Aku dah agak. Kalau nak memilih losyen tu, korang disarankan untuk memilih losyen yang berperanan sebagai Sunblock bukan sunscreen. Sebab sunblock akan melindungi kulit korang secara menyeluruh dan lebih tahan lama berbanding sunscreen. Sunblock juga akan melindungi kulit korang daripada sinaran UVA dan UVB sedangkan sunscreen hanya melindungi kulit daripada UVB. Jadi untuk mengelakkan kekeliruan macam mana nak bezakan sunblock atau sunscreen, tanya ahli farmasi atau Google saje.
 
Sumber : Mr.G

-Thanks for reading my entry ! Please come again-

2 comments:

  1. hehe..kak kaat tempat kita nie..klang hujan ja sekarang..cuaca mendung..angin sempoi2..syukur betul..hehe.. nice tips ..pastu kalau time panas2 elakkan pakai baju kaler gelap2 macm hitam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh bestlah..tidur pun lena je kan hehe.
      ha tu yang penting, sebab warna hitam tu dia perangkap haba.. :)

      Delete