Shazwani Buddies

April 6, 2013

Cerita tahun 2011

Assalamualaikum.



Hai ladies and gentleman. Jumpa lagi kita harini hehe.

Anyway, nampakkan gambar kat atas tu. Tahu ape die? Ah stupid question. Mestilah semua tahu kan yang itu adalah sekeping kad. Bagi orang yang tengok mungkin akan anggap, 'Ah kad biase je tu'. Tapi bagi aku, kad ini bukan kad biase.

Well, let me story about how I have that card. Kad ni adalah kad yang diberikan kepada penerima-penerima anugerah dekan mase zaman aku belajar dulu. Dalam akhir tahun 2011. Kebetulan aku adalah manusie yang paling lembab dan terhegeh-hegeh sampai dewan mase tu. So, aku pun dapatlah kad yang ni. Setiap penerima anugerah akan terima kad ni mase masing-masing sampai kat dewan. Takde kad, tak boleh masuk.

So, dahlah lambat, lepas tu meja nombor 11 pulak tu dahlah dekat tempat yang agak depan. Yelahkan, mase tu daripade seorang pemalu terpakselah berubah jadi tak tahu malu. Berjalan lah kite ni dekat tengah-tengah karpet merah. Terase lah sikit macam ade dekat majlis anugerah bintang yang tak popular sekejap kan. Sekejap je lah tapi. Dengan keadaan dewan yang bergemerlapan. Gabungan warna ungu dan putih. Lampu yang ala-ala disko-disko. Dengan mate-mate yang memandang, mengutuk. mungkin?

Lepas sampai dekat table 11, aku pun duduk. Mule-mule duduk, aku rase tak selese. Rase macam takut pun ade. Nak cirit birit tu janganlah nak katekan. Nak terkentut? Ah semestinye, tapi slow-slow je la. Untung tak bau haha. Eh eh, plis jangan buat muka jijik ye uols. Sape yang tak pernah kentut memang aku anggap die tak normal. haha.

Ape yang paling aku fokuskan dekat majlis tu adalah makanan die. Ya, makanan. Makanan ni  semestinye merupakan legasi yang membantu manusia serta yang bukan manusia meneruskan kehidupan. Jadi bile arahan diberikan untuk para jemputan menjamu selera, akulah manusia pertame yang hampir berlari. Ya, hampir je. Tapi belum lari lagi -,-

Then, mase tengah makan tu, sambil-sambil para jemputan diberi arahan untuk beratur dan bersiap sedia untuk mengambil award. Aku tengok turn table aku belum tibe. Aku teruskan makan supaye nervous tu hilang. Tapi.. baru je aku nak suap pudding yang terakhir, table kami dipanggil untuk beratur. Eh.. er maksud aku manusia-manusia yang ade dekat meja 11 lah. Tak mungkinlah meja yang nak berjalan pegi ambik award kan?-,-

Selesai ambik award, aku pun sambung makan dessert lain yang geng-geng lain ambik. Tapi tetibe aku terdengar ade permainan pulak yang diorang buat. Aku malas nak layan. Rugi tak makan dessert yang ala-ala mat selleh buat ni. Lepas siap makan, aku pun fokus pulak pade pengacara majlis. Dia kata sebelum kami sampai, mereka ade letak something dekat bawah kerusi yang kitorang duduk. Aku pun jongket kening, 'macam bebudak.. huh', sambil aku teraba-raba bawah kerusi. Terase macam ade something dekat bawah kusi tu. Aku tarik, ade kain putih. Lebar senyuman aku mase tu. Aku pun terus angkat kain putih tu tinggi-tinggi sambil tersengih sungging haha. Dan ke depan untuk ambik hadiah. Yes! 'macam bebudak..... aku ni' -,-

After that untuk kali kedua, kami diminta tengok kad masing-masing. Dia kate hanya ade seorang yang bertuah je mendapat kad yang beribbon COKLAT, dan diminta untuk ke depan ambik hadiah. Mase tu aku tak layan sebab aku tak perasan. Tapi kawan aku yang bagitahu kad aku tu ribbon coklat. Aku pun jeling sekali kad tu. Bulat mate aku bile terpandang ribbon coklat tu. Aku tengok yang lain semua ribbon putih. hahaha itu aku itu aku! Me? Again! Hampir terlompat daripade kerusi aku mase tu. Bertuah? Ya, tak sia-sia aku datang dari jauh. Tak sia-sia aku ambik cuti mase tengah intern. Dan.. tak sia-sia aku dapat dekan lagi untuk semester 6. STOP WITH THE 'IF ONLY' & START WITH 'I WILL'.

I will do it. And I am done with it. So guys, kalau nak berjaya dalam hidup.. berhenti dengan perkataan 'kalau'. Belajar untuk cakap 'saya akan'. Ya, saya akan hadapi. Saya akan sahut cabaran. Saya akan mampu. Saya akan berusaha. Saya akan mencuba. Saya akan berjaya!

Tapi bila kite gagal, sikit-sikit salahkan perkataan 'kalau'. ''Kalaulah aku tiru dia...'', ''Kalau aku boleh jadi dia.....'', ''Kalaulah aku tuisyen tempat mahal...''

It's nothing to do if we keep using 'if only'. Sekarang baru aku faham kenape kad yang bertulis ayat tu merupakan kad yang bertuah. Sebab ayat tu mampu mengubah perkara yang 'tak pasti' menjadi perkara yang 'pasti'. Dengan ayat tu jugak semangat aku berkobar-kobar untuk memastikan pembelajaran aku berakhir dengan terhormat. Dan alhamdulillah sekarang ni Miss 18 pulak yang jadikan aku role model die. Katanya, 'dia akan pastikan dia mendapat status dekan yang berkualiti bila sambung belajar nanti'.. Bukan hanya CGPA yang menentukan segalanya, tapi pengetahuan dan perubahan yang jitu yang akan membimbing ke arah kejayaan.

Satu je pesan aku.. Jangan main-main mase belajar. Cinta? Lupakan dulu kalau boleh. Kalau boleh lah. Kalau tak tahan sangat nak bercinte, ikut kome lah. Asalkan tak mengganggu pelajaran. Perjalanan hidup masih jauh. Jangan sia-sia kan.

So, tengok gambar pulak. Sikit je, tak banyak :D

My lucky number di belakang kad, ''3''

Aturcara majlis

Dewan M.S Garden Hotel

 Table 11

Hold it hold it :D

My classmate

 2011 face's classmate :'')

 Table team 

 Marvellous berry pudding *_*

Tira-miss-u cake :D

 The dessert

With girlfriend :)

p/s : semua orang  boleh berjaya kalau ada kemahuan. kan?
-Thanks for reading my entry ! Please come again-

3 comments:

  1. wow,inspired kot.. :') akak dulu study kat U mana eh?

    ReplyDelete
  2. dapat dekan..hehe..ada rezeki la tu dpt bnyak gift.hehe.. ^^ okay..saya gunakan kata2 akak tu .saya akan..! hehe

    ReplyDelete