Shazwani Buddies

March 17, 2013

Terkilan.

Assalamualaikum.

 
contoh


Halo my sweetie pie dan my handsome pumpkin sekalian. Pa habaq?

Anyway, happy weekend untuk anda semua. Semoga semua mendapat rileks yang cukup sebab esok semua akan menyambung tugasan kerja kan.

Berbicara tentang kerja, aku dah ngadu pada Allah. Jadi sekarang ni aku rasa macam nak ngadu pada blogger's yang boleh memberi pendapat bernas mengenai masalah yang aku hadapi sikit ni. Sebab aku rasa masalah yang kite ade bukan untuk dipendam, tetapi untuk berusaha mencari penyelesaian. Bile takde penyelesaian yang boleh diuruskan sendiri mohonlah kepada Allah dan minta bantuan daripada orang lain untuk memberi pendapat tentang bagaimana untuk selesaikan masalah. Mana tahu dalam banyak-banyak pendapat tu jumpe pulak penyelesaian yang baik bagi kita. kan? Aku harus eksplen supaya takdelah nanti orang kate aku ni kaki ngadu dekat orang. Sebab memang dah tak tahu nak selesaikan macam mane dah :'')

Jadi perkaranya macam ni.. last week, aku dapat tahu dari sumber yang boleh dipercayai bahawa design baju pengantin aku telah diciplak oleh sebuah kedai pengantin yang lain ni. Entah lah tak tahu ade orang dalam yang buat keje ke ape kan. Wallahualam. Jadi aku sebenarnya agak bingung lah sebab karya aku dirompak oleh seseorang yang mungkin nak dapat nama melalui karya orang lain. Jadi bila karya kita dirompak dan dia terus buat baju melalui lukisan aku, ape yang aku rasa agak-agak? dapat tak agak-agak apa yang aku rasa? tak dapat? ah nebermainn..

Dan sekarang ni dah nak masuk minggu ke-dua aku masih lagi dalam keadaan bingung. Nak ikhlas kan kerompakan ni rase macam tak boleh, sebab takut nanti akan terjadi lagi. Aku sendiri pun kurang pasti siape yang tolong mendajal sampai macam ni sekali. Apakah dosakuu ohh apakah salahhkuu.. haih.

Terkilan. Ya, ayat tu lebih sesuai untuk menggambarkan situasi aku sekarang. Walaupun boleh senyum panjang sampai ke belakang telinga, tapi dalam hati aku rase macam nak menyumpah-nyumpah. Hiii sapelah punye keje agaknye. Dah habis idea tak tahu nak buat macam mane untuk tangkap orangnya. Satu design tu banyak komisen yang dia akan dapat. Haih apa mungkin die terdesak sangat kot ye. Design aa sendiri kan. Ni main curi-curi pulak. Pensil ade, pemadam ade, kertas ade.. semue cukuplah pokoknye.

So, weekends macam ni waktu yang sesuai untuk merilekskan otak dari masalah kan kan. Jadi kite rilekss.

p/s : tak baik mencuri, dosa. kalau nak, mintaklah. tapi memang konfem aku takkan bagi. sebab itu design aku! -,-


-Thanks for reading my entry ! Please come again-

11 comments:

  1. salam, turut bersimpati dan rasa sedih,geram baca.
    nak tanya boleh,
    sis ni designer dekat butik ke?? sis tokey butik sekali ke??
    sis, baca la yasin ke ayata2 terpilih supaya diberi ptunjuk siapa yang bg design sis tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. tu lah,sis yg menanggung ni lagi lah rase geram.
      sis keje as a main designer je dekat butik. nk jd tokey tu belum lg lah buat masa sekarang.
      in shaa Allah lah suatu hari nanti kalau ada rezeki :D

      oh yeke? okay will do.thank you ya for ur opinion.sis mmg memerlukan pandangan org lain untuk masalah ni.thanks again dear :)

      Delete
  2. haihh klo samapi ciplak karya org mmg tak boleh d maafkan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu takpe!yg paling tak boleh terima bile tak mintak permission pun :'')

      Delete
  3. bagi saya
    doakan supaya orang yang mendajalkan dan mengambil jalan mudah untuk berjaya tu diberi balasan yang setimpal oleh Allah
    :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Hans.sy akan doakan yg 'terbaik' untuk beliau.. :]

      Delete
  4. curi idea orang, tak berkat jugak kot.. tak apalah sis, redha sajalah.... mana tahu lepas ni dapat idea yang mencurah-curah untuk buat design yang lagi gempak and dapat pulak orang besar yang nak design tu banyak lah komisyen yang sis dapat... amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah aminnn aminnnn..terima kasih atas doanya.
      semoge saya lebih bersabar dengan semua dugaan ni,walaupun berat untuk saya hadapi :)

      Delete
  5. Itulah manusia...dlm biz mcm ni takleh lari dr mslh ni. Diorg sggup buat apa saja utk jatuhkan yg lain dgn cara plg hina skali. Spatutnya bersainglah cara sehat. Buat apa nk amek hasil karya org lain kan. But then, wan harap cik serious ni redha yer. Dalam hati cik serious jgn ada lngsung rs dendam dan sebaiknya lepaskan rs sakit dan sedigh kat hati tu. Bkn mksud kita mengalah tuh kita kalah, tapi pcy lah ckp wan, dia mngkin tenang dah selamat time skrg. Insya Allah, cik serious akan dpt ilhma lagi baik dr sblm ni. Yang penting, just let it go. Wan tau cik serious rs sedih. But trust me, u'll be ok once you let it go.

    ReplyDelete
    Replies
    1. i hope so Wan. hari2 sy berdoa supaya pelihara hati sy dari menyimpan rasa dendam dan marah. sbb sy tahu itu semua cuma akan lebih merosakkan hati dan jiwa. apapun terima kasih sebab sudi memberi nasihat dan semangat pada saya :)

      Delete
    2. Yes...that's the way of thinking. respect that. May Allah bless you. Just keep on smiling. :)

      Delete