Shazwani Buddies

March 1, 2013

SPM Candidates : Oh nervousnya! Nervousnya!

Assalamualaikum.


 


Hallo para SPM candidates yang bakal mengambil results bulan Mac ni. Happy 1st March today. How you feel guys? Nervous? For sure lah kan. Walaupun aku rasa aku patut gunakan kata ganti nama 'akak' untuk entry ni.. oh tuanya. oh gediknya. oh serabainya. oh em em. Dan walaupun dah 6 tahun meninggalkan alam persekolahan, tapi.. tappi.. syukur sangat hehe. Tak yah pakai uniform putih biru lagi, rase macam pempuan je masa tu ;(

So, dengarlah cerita dan nasihat seorang kakak untuk adik-adiknya. *tak boleh belahhh kau cik serious*

Well, akak dulu pun masa dah nak dekat jee result dikeluarkan, dia punya kecut perutnye tu kemahen lagi. Cirit birit lah, tak lawas lah, gastrik pun tetibe datang menyerang (kekonon tak lalu makan), masuk angin keluar ken*** lah, semuaa adaa lah pendek kata. I'm sure mesti akan ade punyelah yang akan berperasaan macam tu. Jangan kate idok lah ye.. Kan pengalaman bittersweets tu, ye dak?

Masa dalam kete dah ontheway nak pegi sekolah tu, akak menggelitik gelitik macam itik yang bakal disembelih untuk dibuat majlis cukur jambul je. Berpeluh lah, sakit pinggang lah, sakit otak lah, semua nak sakit masa tu. See.. extreme kan akak? Well..

So, akak taknak u guys my sweetie pie and my handsome pumpkin menghadapi hal yang sama. Rilek je. Watkul watlek je. Yang paling penting doa jangan putus. Mintak ketenangan hati mase nak ambik result tu. Time dedulu, asal orang nasihat je.. akak tak lalu makan.. jadi bile digabungkan jadi 'tak makan nasihat'. But u guys kene dengar nasihat akak ni. Kata nak jadi adik yang mithaliii..?

Nasihat sebelum nak keluar pegi ambik result,

1. Minta maaf daripada ibu bapa 
Sebelum nak keluar rumah tu, mintak maaf dulu daripada kedua orang tua kamu ye. Salam leklok dan mintak diorang doakan supaya kamu dapat keputusan yang baik. Doa ibubapa kan berkah..

2. Berselawat dan zikir
Dalam perjalanan sebelum pegi ambik result tu, banyakkan berselawat dan zikir supaya ditenangkan hati bila nak ambik result tu nanti. Lepas dapat result, terus ucap syukur. Jangan lupa!

3. Datang awal
Kalau boleh datanglah awal ke sekolah. Bukan apa, takut nanti kalau pegi lambat dah kene ambik sorang-sorang. Kalau datang awal bolehlah ambik sekali dengan kawan-kawan kan..

4. Makan sebelum pergi ambik result.
Kenape? Supaya kalau ada yang dapat result kurang baik tu die takkan pengsan gara-gara terkejut.

5. Jangan gelojoh.
Janganlah sampai sekolah je terus terkam kaunter ambik result tu. Pegi jumpa cikgu-cikgu dan kawan-kawan yang dah lama tak jumpa dulu dan mintak maaf daripada diorang. Dengan ikhlas..

6. Banyakkan berdoa.
Sentiasa berdoa memohon supaya Allah bagi result yang baik.

7. Tenang.
Ambil keputusan tu dengan hati yang tenang. Jangan tunjuk sangat muka yang tengah gelabah dari tadi.

8. Ucap syukur.
Lepas dapat result, walau ape sekalipun keputusan yang kamu dapat, ucaplah 'Alhamdulillah'. Syukur dengan apa jua keputusan yang kamu dapat. Kalau yang kurang baik sikit tu, balik rumah tenangkan diri. Anggaplah SPM tu bukan rezeki lagi. Masih ada lagi peluang untuk berjaya di IPT.

Okay, itulah tips yang akak boleh share. Highlight semua tips ni dengan teliti ye. Kepada yang dapat result cemerlang nanti, akak ucapkan tahniah. Kepada yang kurang cemerlang, no worries.. masih banyak peluang untuk perbetulkan kesilapan yang lepas.

Akhir katanya.. 'Good Luck!'


-Thanks for reading my entry ! Please come again-

14 comments:

  1. teringat time amik result spm dulu..nervous sampai nak pengsan..lol..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..rasa macam.. macam.. macam.. macam2 rasalah pendek cite.. hiks :D

      Delete
  2. dekat stpm candidate tak nak bagi tips..? ehehe..sama ja la dgn yg atas..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. waahh lupe lupe lupe!! ;(
      hehe. apepun mmg sama je tips kat atas :)

      Delete
  3. errr fine.. result ="= tt.. te.. ter..terima ka.. kasih sebab ingatkan -"- hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.good luck najwa!semoga dapat result yang mengancam alam maya. :D

      Delete
  4. Teringat time muda2 dulu (ceh macmla da tua sgt kihkih).. time tu nak ambik result,masa tu plala perut buat hal huhu. Gud Luck utk smua yer.. It such a good advise Shazwani..^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? walaupun cuba berlagak tenang mesti ade punye lah perasaan tak tenang tu hehe. Anyway thank you Haziqah :)

      Delete
  5. yeahh, memang agak menyeramkan nak ambik result last year. Even result tak berapa cemerlang, masih ada peluang untuk belajar macam sekarang :') bersyukur sangat! Then now, rasa rindu masa form 5 dulu hahah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha..rindu masa form 5 je tapi tak rindu nak ambik SPM -,-
      haha

      Delete
  6. Xsabar nk ambik result.. Hehe... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh semangat macam ni lah yang bagus. Anyway, good luck ye handsome pumpkin :)

      Delete
  7. Akak seram ni nak gi ambik result SPM , huhuhu akak teman kan saya jom gi ambik kat skola T_T huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh my sweetie pie,trust yourself.Kalau akak teman,akak rasa bukan Aireyn yg cemas.Tp akak yang akan over-react hihi.Apepun I'll pray for you to get a good result.Good luck cumill ^_^

      Delete