Shazwani Buddies

March 2, 2013

Pesanan untuk para lelaki ego.

Assalamualaikum.


Dear lelaki(s) ego,

Hai. What's up? Market macam mana? Masih up ke hampir down? Sebenarnya, I nak sampaikan pesanan ni bukanlah atas sebab desakan sesape. Apatah lagi dipaksa mahupun diugut. Err.. I nak sampaikan pesanan ni dengan secara volunteer mewakili gadis-gadis emo di luar sana. Ya, I tak tipu. Serious! So, U guys just baca dengan rileks dan bersahaja je lah ya. Kata ego... Orang ego ni cool tauu. U  guys kan cool?

Anyway lelaki(s) ego sekalian,

Kenapa U boys ni nak ego-ego? Sebenarnya uols tak payahlah nak rasa maruah U tercabar sangat kalau setakat mengalah dengan we girls ni. U tahu tak lelaki yang mengalah ni adalah gentleman tau. Haa see? Bukan senang nak dapat title gentleman ni. Title ni hanya diberi kepada lelaki-lelaki yang loving and caring jewww tau. Well, we girls ni tahu yang U boys ni sebenarnya memang baik. Dan sweet. Dan caring. Dan loving. Dan macho. Dan maskulin.

So lelaki(s) ego yang berada di muka bumi ini,

Okke I tahu yang ada jugak girls yang ego, tapi less than U boys ye. Take note skett. We girls ni tak main lah ego-ego ni, weols lebih kepada emo-emo jewwwww. Ehm.. actually emo pun sikit je. That's why lah bila girls U merajuk, sikit punya susah U nak pujuk. Why? Sebab U punya ego tu sampai taknak kalah dengan girls. Dah we girls ni memang sifatnya manja 'eww eww' gitu (kecuali cik serious.cik serious macho). Kan.. So, apa salahnya U boys ni rendahkan sikit ego yang melangit tu. Katanya nak jadi gentleman..?

Oh lelaki(s) ego,

U guys ni sebenarnya tak payahlah nak bajet hot sangat. Okke lah, tahu lah muka dah hensem, rupa paras ada market, muka jambu batu gile pulak tu. Memang tipu kalau ada girls yang tak cair (kecuali cik serious). Disebabkan U rasa memang U ni hot, jadi mana-mana pempuan U nak pun U boleh dapat. Kan? Setakat sorang pegi blahh tu, sekali U petik seribu tak layan. Eh? No. I mean, seribu yang datang. Kan? Padahal U tak tahu yang semua tu adalah kerek.

Dulu I pun pernah bercinta dengan Fahrin Ahmad. Walaupun dia hot lagi macho lagi maskulin, tapi dia tak ego tau. Dia sweet je. Baik je. I merajuk, dia pujuk. I marah, dia diam. See? Untungkan I.

Dear ego boy(s),

Actually U guys yang ego ni memang dalam mind-set U tu dah set yang 'tak boleh kalah!tak boleh kalah!', 'kene menang!kene menang!'. U akan pastikan U akan menang dalam apa jua perkara. Am I right ego boys? Ya, I know I'm right. But I rasa U guys nonid lah terlalu obses dengan kemenangan. Tak jatuhnye maruah kalau mengalami kekalahan sekali sekala. Ni tak, bile lelaki ego lawan drift kete, then bila kalah je mula lah malu tahap berkurung dalam tandas. Kemonnn.. kan better U guys jadi sweet than ego.. U guys kalau jadi sweet lagi over dari girls. Ye dak?..

Oh my ego boy(s) in the whole world,

Walaupun U guys ni ego tahap damn! damn! damn!.. tapi apa salahnya terima pandangan orang lain. Ni tak, pendapat yang orang bagi tu semua salah! U je yang betul. Nak ikut pendapat U je. Ape yang U nak semua kene bagi. Wajib! U lah petindak. U lah kepala. U lah boss. Bulat U kate, bulat lah orang kene ikut. Janganlah U anggap pendapat orang lain ni macam sampah. Siap 'puihh puihhh' lagi. Wth?

Dear egois,

Disebabkan sifat U terlalu ego ni, sampai nak tegur pempuan pun U rasa menyampah. U kan ego.. So U nak pempuan lah yang datang pada U kan? Bila pempuan dah datang pada U, U pulak kutuk-kutuk diorang bebagai. Kata perigi cari timba lah. Tak malu lah. Gedik lah. Mengada lah. U tahu tak yang U tu poyo? Tak tahu? Ya, I bagitahu lah tu..

For ego boy(s) sekalian alam,

I tahu lah yang U ni kaya kan. Banyak duit. Kereta 20 buah semua brand luar negara. Bila duit dah besar, kepala U guys pun jadi besar lah jugak. Kan..? Sampaikan 'hati' si girl-girl kat luar pun U boleh beli. Kemonn guys, jangan macam tu lah. Even U banyak duit sekalipun, bukan semua benda U boleh beli dengan duit. Ada perkara yang U kene beli dengan kasih sayang U. Bile dah ego, mane nak datang kasih sayang kan? Walhal lelaki ni adalah kaum yang sangat penyayang.. kan?

So all the ego boy(s) di luar sana,

Akhir kata dari I, bukan U guys tak boleh nak ego, I tahu.. I tahu yang U boys ni berlagak je dengan ego U tu. Nak tergolong dalam kalangan hottie lah kekonon. Ew. Tapi peh-lis lah jangan sampai melampau-lampau sangat dengan ego yang tak ke mana tu. Pesanan I ni ikhlas tau dari jantung ke hati ke tulang ke kepala. U guys can cool, cool kan walaupun U guys rasa nak memaki cik serious? haha.

p/s : anyway, terima kasih sebab membaca entry cik serious ni sambil sebelah tangan menongkat dagu dan mata berair.


-Thanks for reading my entry ! Please come again-

8 comments:

  1. wootwoot. mohon share! haha. nice entry :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. weewitss.. silakan silakan. haha thank you anyway :p

      Delete
  2. siapakah gerangan cik serious itu?! Ahaha XD
    Janganlah ego ego. Ego ini tak kemanaaa ;(

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik serious tu adalah jeng jeng jeng :p

      yup betul tu :)

      Delete
  3. baca entry ni rasa nak keluar air mata..ahaha.. (*efek demam..) ahaha.. tpi betul la..kalau ego tinggi melangit..tak ke mana pun..balik2 itu ja ..tak ada yang berubah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha pon boleyy.

      kan, paling koman pun tak laku sampai ke tua lah jawabnya hihi

      Delete
  4. Lain mcm ja baca entry ni...but then, itulah yg ada pada laki2...tambah2 yg ada rupa sket atau duit riban2. Wan ngaku jugak wan pun ada ego wlaupun x ensem dan kurang duit...:) tp kan kalau laki2 atau sapa2 yg cik serious maksudkan tu tau menggunakan ego atau sifat ke-egoisan-nya dgn baik, takdak masalah. Kesimpulannya gunakan ego pada tempat yg sesuai. Kalau ngan org tersayang, kurang2 kan lah...sebab se-ego mana pun laki2 tuh, satu hari mst nangis jugak...disebabkan pompuan. percayalah...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. terharu mendengar penerangan daripada seorang lelaki. apa pun, pesanan ni hanyalah sekadar ingatan untuk para egois yang mungkin tak sedar akan sikap ego mereka.. :)

      Delete