Shazwani Buddies

March 9, 2013

Perbezaan antara 'menghukum' dan 'menegur'.

Assalamualaikum.

''And not throwing stones at people even though they behave like little devils''

Hai para pembaca yang berwawasan sekalian. Saya mendoakan kesejahteraan anda semua tak kira apa yang anda sedang buat waktu ini.

So, nampak tak sepotong ayat yang saya tulis kat atas tu? Maksud kasar yang boleh difahami bile tengok ayat tu adalah ''Dan jangan membaling batu kepada orang lain walaupun mereka berkelakuan seperti seorang yang jahat''.

Tersiratnya pulak adalah jangan cepat menghukum seseorang hanya kerana kesilapan kecil yang secara tidak sengaja dilakukan oleh mereka. Sebab kuasa menghukum sebenar hanyalah pada yang Esa. Sebagai manusia yang sememangnya kerdil, kite masih tak layak untuk menghukum orang lain hanya sebab kite nampak mereka salah. Tapi bukan tak boleh menegur. 

Jadi kat sini saya terasa seperti seorang wanita yang sopan ye sedikit *gelak sopan*, sebab saya nak utarakan pendapat saya tentang apa itu 'menghukum' dan apa itu 'menegur'.

Pertame sekali saya nak bincang tentang apakah itu 'menghukum'. Okay, cuba lihat balik dari sudut logik akal lah kan, kalau seseorang tu tersalah pasang kepingan puzzle lah kan, apakah mereka tu perlu dihukum? Same jugak macam permainan Sudoku tu yang susah untuk diselesaikan dalam masa 2 saat, apakah mereka juga perlu dihukum? 

Hukum ni secara logiknya dilihat sebagai suatu hal yang diperlakukan terhadap orang yang melakukan suatu kesalahan yang serious. Jadi wajar ke kalau situasi yang saya sebut di atas tu perlu dihukum?

Tak. Ya, tak. Mereka tidak perlu dihukum. Mereka hanya perlu ditegur. Kesalahan yang mereka lakukan tu bukanlah sesuatu yang berat dan menyalahi undang-undang. Kesalahan menyusun puzzle dan menyelesaikan permainan Sudoku tu bukanlah suatu yang boleh menyebabkan keganasan mahupun kerosakan terhadap orang lain.

Hukuman yang sebenar adalah terhadap suatu kesalahan yang sememangnya menjadi punca kerosakan ataupun ancaman terhadap orang lain. Contohnya seperti pembunuhan, penculikan, pemerdagangan manusia, sindiket jual bayi. Bende ni semua dah tak makan teguran. Sebaliknya perlu dihukum seberat-beratnya ataupun yang setimpal dengan kesalahan.

Sekarang saya mahu move on dengan apakah itu 'menegur' ataupun 'teguran'. Seorang lelaki cuba menculik seorang kanak-kanak dan mahu mencabul serta membunuhnya, apakah itu perlu ditegur? Situasi lainnya, seorang wanita tua telah diragut dan disepak ke tepi jalan tanpa belas kasihan, apakah itu perlu ditegur?

Teguran ini merupakan suatu hal yang sinonim dengan perbuatan yang ringan dan ada peluang untuk diperbaiki. Tetapi bagi kes yang saya baru sebut tu, adakah wajar mereka ditegur dengan baik dan berhemah? Tak, sama sekali tak wajar. Perkara yang serious seperti mengancam keselamatan dan perbuatan merbahaya yang dilakukan macam tu tak sesuai untuk ditegur lagi. Sebaliknya yang paling wajar adalah dihukum.

Sesuatu perlakuan yang berat itu akan diadili dengan hukuman yang setimpal dengan perbuatan. Tapi kini kite tengok balik, semue dah jadi bertukar. Yang sepatutnya dihukum, tapi cuma ditegur. Yang sepatutnya ditegur, dah jadi dihukum. Bile kedua-dua hal ni tak dapat nak dibezakan lagi, maka.. JAHANAM lah jadinya.

Contoh macam surat khabar Harian Metro yang aku baca tadi. Anak dipukul dengan penyapu hanya sebab terlupa keluarkan tisu dari poket seluar dia. Menyebabkan kain yang dibasuh oleh ibu die habis kotor dengan cebisan tisu yang hancur tu. See.. 'anak' here means budak. He is only a kid. Tak tahu ape-ape. Kenape tak tegur? Kenape dipukul?

As a human kind, kite diberi akal fikiran yang jelas celik untuk membezakan hal yang sepatutnya dan hal yang tak sepatutnya. Janganlah biarkan separuh perasaan mental kita menguasai, sebab tak mustahil yang separuh tu akan bertukar menjadi seluruh. 

Sekian dari saya,
Shazwani Othman.

p/s : terima kasih kerana sudi membaca dengan muka yang serious sambil dahi berkeriut-keriut memikirkan apa yang cik serious merepek ni? haha.

-Thanks for reading my entry ! Please come again-

4 comments:

  1. aah nampak gayanya macam tu la XD akak pon pening dah bace ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha yg tulis ni pun cuba untuk tak peningkan diri sebenanrnya hihi :D

      Delete
  2. dsbbkan hal tisu ja sanggup wat cmtu.. nmpk sgt jnis yg xbersedia lg utk mnjadi seorg ayah dan ibu.. situasi ni blh beri kesan bla anak dh bsar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, didikan dari kecik tu yang penting sebenarnya..

      Delete