My Photo
Bakal isteri Lee Dong Wook. Jealous?

Shazwani Buddies

March 15, 2013

Masa ada tak dihargai, bila dah tiada baru nak sesali..

Assalamualaikum.
        

Hai hero-hero Malaysia sekalian. What's up?

Baru-baru ni aku tengok berita tentang kenaikan pangkat bagi perwira-perwira negara yang telah gugur di medan perang semasa menentang pengganas Sultan Sulu. Sebenarnya aku tak pahamlah dengan politik Malaysia ni, memanglah malas nak campur.. tapi bile aku duduk termenung balik aku terfikir, 'kenape pangkat diberi setelah perajurit kite gugur di medan perang? kenape tak bagi mase hayat die masih ada?'

Bile ade, tak dihargai.. bile dah tak ade, baru nak sesali ke? Eh kirim salam lahh. Rase macam agak nonsense lah pulak. Apepun, sukahati diorang lah nak buat ape pun. Asalkan tak menyusahkan rakyat dengan politik yang hentah hape-hape tu.
Yang penting, keluarga prajurit yang terkorban tu tak diabaikan macam tu je.

(Fullstop tentang politik)

Anyway, again another story yang aku nak share tentang pepatah 'bile ade, tak dihargai.. bile dah tak ade, baru lah nak sesali'. Pepatah ni bile aku bincang dengan kakak aku, dan pendapat die mengatekan bahawa pepatah ni sebenarnya memang dah terlekat dengan manusia sejak azali. Aku rasa memang betul. Kite ni memanglah kan, mase seseorang tu ade depan mate kite bukan mahen lah benci, buli, memperhamba, menjadikan kuli batak, memaki, mehamun, me.. me.. me.. macam-macam lah pendek katenye.

Well, cuba bila orang tu dah tak ada, mula lah kekonon sunyi lah, sedih lah, menangis 100 hari 100 malam lah, meratap lah, menyesal lah. Padahal dah tahu sah-sah semua tu tak berguna lagi. Masa mereka ada kenape taknak sayang? kenape taknak hargai? tanya balik pada diri. Jangan sibuk nak meraih simpati orang lain akibat daripada perbuatan kite sendiri.

Contoh lain macam.. seorang ibu bapa yang kehilangan anaknya. Masa anak die tu ada, dipukul, dimaki, dicaci, kalau anak tu kurang upaya pulak, dihina disembunyikan. Bila anak yang dibenci tu sudah dikembalikan kepada penciptanya, mula lah meratap, menyesal, sedih, hape-hape lagi lah. Kadang-kadang menyampah tengok. Tapi nak buat macam mane, hakikat hidup manusia tu memang macam tu. Terkadang mungkin diri sendiri pun penah mengabaikan orang disekelilingnya tanpa sedari.

Jadi sebelum terlambat dan terleka, lebih baik kita berfikir dan muhasabah diri. Berubah sebelum terlambat. Cuba untuk hargai orang yang menyayangi dan berada dekat dengan kita. Dan setelah mereka pergi, kita takkan rasa menyesal dan merasa bersalah terhadap mereka. Sebab kite dah menjalankan tanggungjawab sesama manusia, iaitu menghargai sesama manusia yang lain.

Kalau dulu, seseorang tu ikhlas menyayangi diri kita, tapi kita sedikitpun tidak hargai. Kita anggap 'ahh die tu syok sendiri aaa'.. Fikir balik, ade lagi ke orang lain yang ikhlas menyayangi diri kita? Kenape kite sendiri tak cube untuk menghargai perasaan mereka tu juga? Lepas orang tu pergi barulah kite rase menyesal.

See? itulah lumrah sikap manusia. Tak ade yang boleh mengubah diri kita melainkan diri kite sendiri. Orang lain hanya boleh membantu dengan saling ingat-mengingati je. Yang lain tu kite sendirilah yang kene laksanakan sendiri.

p/s : sekian tazkirah petang dari saya :D
-Thanks for reading my entry ! Please come again-

6 comments:

  1. Itu akibat kesan drpd kurangnya bersyukur dgn apa yg ada disekeliling mereka. Mmg agak kejam kalau ada org yg bersifat macam tuh. Yang susah hanya sesuai utk diguna-guna sahaja...yg senang ditatang-tatang bagai org bangsawan. itulah lumrah idup. At last, baru nak igt jasa2 yg dah pun dibuat. Tapi apakah mereka memerlukan sumer tuh slps mati? anyway, most of the Malaysian politician is really bad. maaf yer :) terlebih sudah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul lah pendapat encik wan tu.samalah dengan sy,politik Malaysia memang teruk,kalau tak teruk takdelah keganasan2 ni,perang2 ni..harap2 Allah tak timpakan bala untuk kite gara-gara ketamakkan orang lain.

      Delete
  2. tipikally manusia biasa mmg mcm tu, x dpt dinafikan lagi. oleh yg demikian, kita mestilah menghargai mereka2 yg masih ada.. contohnya parents, masa mereka ada la kena berbakti dgn mereka, nti bila mereka da x da menyesal x suda pula..so, entry ne bg pgajaran buat saya.."hargailah mereka yg trsayang" ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep betul, especially parents lah hendaknye sebab nowadays ni ramai anak2 yang mcm dah tak tahu nak hargai parents sendiri kan..

      Delete
  3. Betul, lumrah dunia, lumrah hati manusia, bila dh kehilangan baru nak terasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan?apa pun kite yg dah menyedari hakikat ni cepat2lah berubah supaya tak menyesal di kemudian hari :)

      Delete