Shazwani Buddies

March 21, 2013

Kenape nak merokok? Tak paham aku..

Assalamualaikum.


Hai jejaka-jejaka perokok sekalian alam. What's up? Berapa batang rokok yang ditelan harini?

Anyway, harini aku tertarik dengan status seorang rakan facebook aku. Macam yang dilihat dalam gambar di atas tu. He is a man. Tapi dia tahu kesedaran tentang kerugian merokok ni. Dann dia sangat bagus sebab berkongsi informasi tentang ni. Cuma yang ''boleh nikah 4'' tu janganlah betul-betul buat. ye? haha.

So, tell me ape yang menariknya merokok ni? Adakah ia membantu dalam merawat penyakit yang serius seperti kanser? Adakah ia membuatkan badan dan mulut anda berbau wangi? But please.. jangan cakap yang ''ia membantu menghilangkan stress''. Aku tak boleh terima. Memang tak boleh. Never.

Aku pasti majoriti lelaki adalah seorang perokok, takpun.. pernah merokok. Betul kan? Elee ngaku je laa :p
Dan memang minoriti yang akan insaf. Ataupun stop :(


Tapi please ye, consider sikit dengan keadaan orang lain yang menyedut asap rokok tu. Bahaya tahu. Nak-nak lagi bagi wanita mengandung dan bayi.

Tahu tak satu batang rokok yang disedut ataupun ditelan ataupun dikunyah atau digigit atau dikemam atau di..di..di dihisap tu mengandungi :

1. Aseton (penanggal cat)
2. Ammonia (pencuci lantai)
3. Naphthylamine.
4. Metanol (bahan api)
5. Naftalena (ubat gegat)
6. Cadmium (digunakan dalam bateri kereta) ***
7. Polonium-201.
8. Gas monoksida (gas beracun) ***
9. Vinil Klorida (membuat pvc) ***
10. Hidrogen Sianida (racun yang digunakan dalam kebuk gas) ***
11. Toluidina.
12. Uretana. ***
13. Toluena (larutan industri)
14. Arsenik (racun serangga) ***
15. Dibenzakridine.
16. Fenol.
17. Butana.
18. DDT (racun makhluk perosak)
19. Nikotin.
20. Benzopyrine.
21. Tar (tar jalan raya) ***

Yang ditanda (***) tu adalah bahan-bahan penyebab kanser.

Dah tahu? Oh ok. So? Tak insaf? Insaf bila dah tua nanti? Oh ok. Rasa-rasa sempat ke tua baru nak insaf? Oh sempat ye? Takpelah kalau macam tu. Teruskan je.
-Thanks for reading my entry ! Please come again-

10 comments:

  1. Oo.. sy xmerokok tp smpai skrg tak mnikah lg. Even nk mkn KFC satu set pn pikir byk kali. Haha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. aiyoo,macam tu lagi bagus.. agaknya. haha :D

      Delete
  2. Alhamdulillah... saya dah sebulan berhenti....

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah,sy bangga dgn usaha mrpolie untuk berhenti tu :)

      Delete
  3. Alhamdulillah, wan tak merokok dan tak pernah terlintas ke arah tuh. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah,bukan senang nak jumpa lelaki yang non-smoking ni. :)

      Delete
  4. Dorang kalu nk sedar, dh lama dh sedar, kat kotak tu pon ada tunjuk gmabar paru2 rosak, tp sedap jgk dorg teguk asap tu. Akak harap satu je, moga dikeliling akak, tiada yg merokok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah semoga kite dijauhkan dari para perokok yang tegar :)

      Delete
  5. saya jugak ta merokok - oh, cik serious :)

    ReplyDelete
  6. ayoo..kalau dikumpul duit daripad beli rokok rasanya boleh la beli barang2 yg lebih brharga..msauk tabung ka kan..huhu

    ReplyDelete