Shazwani Buddies

March 8, 2013

Cara untuk menghargai wanita.

Assalamualaikum.

Halo para wanita cantik dan comel semua. Whatsapp? No. I mean whatsup? No. Bukan wat sup.. tapi 'wau alif sin dua baris di atas alif pa'.. haha ok. Ignore my damn greetings tu -,-

Anyway, adalah dalam 2 hari aku tak update blog. Dan tak online. Dan tak sentuh laptop. Quite busy lately ni dengan keje yang menimbun. Tapi oleh kerana hari ni adalah Hari Wanita Sedunia kan.. ehem.. jadi wanita diberi kebebasan sikit untuk buat apa yang mereka suka. Aku pun sama. Aku kan wanita. Ke bukan? haha okke joke -,-

Apa yang aku buat harini sempena 'menghargai' hari yang setahun sekali ni? Ok first, aku dok rileks je. Aku makan. Dan tido. Dan tengok tv. Dan gelak-gelak gedik. Dan bukak komputer. Dan tulis blog. Dan ini semua bukanlah cara yang betul ye para wanita sekalian. Perkara begini cuma sesuai dilakukan oleh orang yang macho je. Ehem..

So, macam mana cara kita nak hargai wanita-wanita yang ada dalam hidup kita? Nanti kita bincang. Tadi aku secara tak sengaja tertanya adik lelaki aku satu soalan ni..

''dik, kalau kau kan, apa yang kau buat bagi menghargai wanita dalam hidup kau?''

Adik aku tanya sama ada sebelum kawin ke selepas kawin. Aku cakap dua-dua lah.

Ni jawapan dia..

''erm...kalau sebelum kawin..orang kan cume ade mama dengan the sisters je kan..so, orang akan dengar cakap korang ar..means tak melawan heheh. tapi kalau lepas kawin, kan ade isteri kan? jadi kite kene hargai wanita dengan mengambil isteri lebih dari satu haa barulah diorang akan rasa dihargai...''

Selepas panjang lebar die bagi jawapan, macam biasa kepala die akan ditonjol oleh aku sekiranya jawapan dia tu aku rasa tak boleh dibawa untuk dibentangkan ke Dewan Puteri Umno. Hak wanita harus dipertahankan! *aku tak percaya ini adalah aku*

Seriously!

So, tolong ye jangan diikutkan cadangan adik beta tu. Dia dah kurang waras tu. So, kat bawah ni ada sedikit tips macam mana nak hargai wanita yang ada dalam hidup kite semuuaa. Biasanya sifat menghargai wanita ni sinonimnya dengan lelaki lah kan. Sebab wanita ni memang tak ada masalah untuk menghargai wanita yang lain. Sedangkan lelaki pun diorang tahu hargai, inikan pula wanita kan. Kalau ada wanita yang tak pandai menghargai sesama mereka tu maknanya mereka tertukar jantina lah kut. :D

Jadi, tips kat bawah ni aku tujukan lebih kepada lelaki lah ye. Sebab kan tak ada hari Lelaki Sedunia kan? Kene tunggu jadi bapa dulu baru ada Hari Bapa Sedunia.


1. Senyum dan bermuka ceria
Sebagai lelaki yang kekonon hebat. Dan berwawasan. Dan gentleman. Dan macho. Dan ayu. Korang kenelah sentiasa rajin senyum dan mempamerkan muka yang manis. Janganlah asik buat muka kelat bin ketat je. Wanita ni hati die lembut tau. ehem.. jadi senyuman lelaki tu biasenye dapat menyenangkan hati seorang wanita. Ya, hati seorang wanita....

Jadi, bagi para lelaki yang secara silently merasakan yang senyuman mereka tu umpama senyuman kambing spesies jamnapari, kenelah selalu praktis ye. Takut nanti bukan makin menyenangkan tapi.. er er.. tapi makin rasa nak benam muka dalam tanah je haha. em.


2. Memberikan pujian
Pujian ni biasanya satu hal yang memang super berat lah untuk kite luahkan. Tak kira lah dari wanita untuk wanita ke, dari lelaki untuk wanita ke. Tapi yang penting dari lelaki untuk wanita tu memang 100% konfem susah untuk diucapkan. Well, apa salahnya kalau sekali-sekala tu puji wanita yang korang sayang tu dengan ikhlas. Lagi satu dengan logiklah. Ni tak, ade ke puji dengan cara macam ni..

''cantiknya hidung awak, mancung macam burung belatuk!'' 

Rasa tak? Rasa tak macam nak makan kaki? Teruk betul tatabahasa dia. Ayat pertama dah oke, tibe ayat kedua.. pehh pedihh!

Actually, memberikan pujian pada wanita yang uols sayang tu akan mendatangkan kesan psikologi yang sangat besar terhadap diri mereka. Pujian yang diterima umpama motivasi diri yang dapat merubah hal yang negatif menjadi positif. Dan mampu menambahkan keyakinan diri mereka. Wanita ni kalau kene puji sikit mulalah, hati dia kembang sekembang-kembangnya sampai rasa susah gila nak kuncup. Betulkan wanita-wanita sekalian? Eleh ngaku je lewwww. Uols kan cantik. Puhh kembang dah kembang dah haha.


3. Memberikan hadiah
Hadiah ni perkara yang additional je. Kalau rasa ada budget lebih. Ya, silakan. Murah-murah pun tak apa. Asalkan niat ikhlas. Janganlah sambil bagi hadiah tu hang gi cakap..

''mahai tau adiah ni, che' beli dengan harga dua kupang hang tauu''

Peh. pehh. PEHHH! Murah siul haha.

Ni sempena Hari Wanita Sedunia, bolehlah kalau nak hadiahkan ibu anda pape. Hadiah ciuman pun ok. Tapi! Tapi hadiah ni tak sesuai untuk diberi kepada kekasih mahupun tunang ye. No. Please don't!


4. Memberikan mereka panggilan yang terbaik dan paling mereka sukai
Panggilan ni biasanya akan dititikberatkan supaya masing-masing akan selesa dengan gelaran yang diberi ye dak? Kalau untuk ibu tu memang kita sedia maklum lah tak ada panggilan yang huduh. Cuma jangan bahasakan diri dengan ibu tu sebagai 'aku, kau'. Tak baik.
Bagi lelaki, panggilah wanita anda dengan panggilan yang menyenangkan. Contoh macam sayang ke, bebi ke, sweet ke.. kan. Barulah romantis *mengajar betul aku nih*


5. Berkomunikasi dengan lemah lembut dan santun
''Nak tak bunga ni? Kalau taknak I campak je dalam dustbin''
Ha.. meh sini nak campak hang dalam dustbin tu. Bahasa melambangkan bangsa *gila ah!*
Komunikasi tu kene lah jaga sikit. Walaupun lelaki memiliki suara yang garau umpama kawan baik Spongebob si Patrick tu, tapi rasanya boleh je bahasa yang diguna tu lebih lembut dan bersopan. No worries, uols takkan digelar sotong. Aku boleh jamin. Ya, serious!

Bila bahasa komunikasi tu lebih santun, hati yang panas pun boleh jadi cair ye dak? cecece..
Betul lah guyss.. aku tak memain. Jauh sekali nak tipu. No. Never say never.


6. Selalu ringan tulang degan membantu mereka
Kate Supermannnnnnn! Superman kan adalah superhero yang ringan tulang. Kan you boys ni superhero kepada your woman. Kadang-kadang sifat wanita yang taknak menyusahkan orang lain tu jarang dikesahkan oleh para lelaki. Walhal ada sesetengah perkara tu mereka memerlukan bantuan daripada anda ye boys.

Contoh macam ibu anda, dia tengah goreng ikan, tapi dalam masa yang sama dia tengah potong sayur, ape salahnya ringankan tangan untuk tolong 'balikkan' ikan tu. Kang hangus, bising.. komplen..
Wanita ni bukan hamba abdi, ataupun robot ye. Jadi diminta lelaki jangan tahu nak jadi raja kapur je yang tahu arah itu ini. No. Peh-lis. Don't be like that. Tahulah ada sesetengah wanita tu ada muscle. Kan? haha


7. Mengambil berat tentang kesihatan mereka
Sesekali bagi lah perhatian terhadap wanita yang anda kata sayang tu. Tanyalah kut-kut dia sakit ke ape kan. Then, cuba bantu pegi beli ubat ke, bawak gi klinik ke. Mana tahu, tak payah gi klinik tetibe dah baik. Kekononlah kan anda lah penawarnya *haha gelak guling-guling*

So, ambil berat tentang kesihatan mereka. Tak selalu pun tak apa. Sekali-sekala.



p/s : tips-tips di atas bukan hanya perlu dilakukan pada Hari Wanita je ye.
habis tu? 

kene lah selalu amalkan. amal jangan tak amal. :p

-Thanks for reading my entry ! Please come again-

2 comments:

  1. Sangat2 setuju dgn tips tersebut. Sebab mmg tgh amalkan...dr dulu smp skrg. Alhamdulillah, berkesan...hehehe. Tapi kalau buat ikut tips yg adek awk kasi, nescaya malam2 saya akan tido di luar...wakakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sekurang-kurangnya ada jugak lelaki yang ambik kesah dengan perihal menghargai wanita ni. Pasal cara adik saya menghargai wanita tu jangan diikutlah ye,karang lain pulak jadinya hahaha.Otak dia tu bukan boleh pakai sangat :D

      Delete