Shazwani Buddies

March 18, 2013

10 Golongan Manusia Yang Diusir Dari Padang Mahsyar.

Assalamualaikum.


 

Hai guys. Sihat?

So, ape perasaan korang bila baca keratan akhbar ni again and again? Aku tahu, mungkin ada yang dah pernah tengok dan baca keratan akhbar ni. Tak salahkan kalau u guys keep reading this articles all the time? Kalau boleh, sematkan dalam kepala tu. Dan dalam toilet. Dalam bilik. Ruang tamu. Ruang makan. And everywhere yang kau rasa boleh tampal. Baca hari-hari. Niat dalam hati supaya kite tak tergolong dalam 10 golongan ni. In shaa Allah.

Petang tadi abah aku balik kerja dan tanya, ''kakak bile nak mengundi?dulu pun tak mengundi kan?eh tak penah mengundi lansung.kan?''
Dengan selamba tonyok aku geleng kepala. Sekarang guys, sila rujuk golongan nombor 6 di atas. Baca dan fahami. 

Contoh kalau ada orang ajak aku mengundi B, padahal B ni adalah bakal pemimpin yang mungkin tidak jujur. Dan sememangnya tidak jujur. Aku pun undilah ikut orang suruh sebab ke'bengap'an aku dalam bidang politik ni memang tak dapat dinafikan lagi sejak aku keluar dari perut mak aku. Dan aku pulak menyuruh orang lain mengundi B jugak. Tak ke ada kemungkinan tinggi aku lah salah seorang manusia yang akan dihalau dari padang mahsyar kelak? Dan jugak orang yang mengajak aku tu? Walhal kita sama-sama tak tahu dan hanya sekadar menjalankan tanggungjawab. Tapi itulah hakikat yang sebenar. Tanggungjawab sedemikian yang kite laksanakan di dunia rupa-rupanya menjahanamkan kita di akhirat kelak. Nauzubillahiminzalik. Selisih malaikat 44 -,-

Jadi untuk keselamatan dunia akhirat, aku pilih tak mengundi. Aku taknak tersalah undi dan akhirnya merana diri. Jadi, mintak maaf kepada abah, kakak tak berani nak ambil risiko dengan menjadi golongan di atas. Reasonnya jelas terpampang di atas.

p/s : semuanya adalah hak individu.


-Thanks for reading my entry ! Please come again-

1 comment:

  1. Salam. Saya agak bersetuju kerana pd pandangan saya politik sekarang bersifat bathil dan bila tanya dgn ulamak2 tasydid memang kaedahnya haram dr segi syarak. WAllahua'lam.

    ReplyDelete