Shazwani Buddies

February 27, 2013

#Wordless Wednesday : Gossip dan Tips

Assalamualaikum.

Hai my follower(s) tercantik dan terhensem? Serta anon readers yang baca dengan sinisnya? Dan another sporting blogger yang singgah sini? What's up? Dah ready untuk join aku bergossip? Woahha you guys rock aa.

Seriously the rain will never stop for a few days (tak pasal-pasal)

Omg! omg! Johor Darul Takzim menang ke semalam? Ya. Ini adalah berita baik yang aku dengar pepagi tadi. Tahniah lah pasukan JDT walaupun dikecam 'kaw kaw' gara-gara ramai tak puas hati dengan TMJ kami. Pesan Adlin Aman Ramli kepada Botak.. 'kite kene lupekan semua kebencian terhadap orang lain'. Pesan aku kepada semua.. 'ikut kau lah nak benci sape pun...'
haha.

em.

hahah.

Well, sebagai orang Johor aku tak lebihkan sesape, yang penting Johor menang. Tu je. Mesti kembar Lina&Diana Johor melompat-lompat keriangan sebab Johor menang.

Okay okay back to gossip. Pagi tadi aku bukak facebook home terus terjumpa articles gossip ni. Dahlah first sekali, menyampah pulak tu *katanya...


Aku tak tahulah ape lagi yang tak kena dengan pasangan selebriti yang kekonon hot ni. Kalau kat dunia pun dah hot. Dekat sana nanti macam mane lah agaknye ye. So, pada pandangan korang.. ape punca sesebuah rumahtangga tak dapat diselamatkan? Adakah sebab sesebuah rumah tu tak ada tangga? Rumah nenek aku tak ada tangga rilek jee. Ok jee. Atau adakah sebab sesebuah tangga tu tak ada rumah? Atau jugak mungkin antara rumah dan tangga tu duduk jauh-jauh? Atauu tangga sesebuah rumah itu telah dirobohkan dan nak dibina tangga baru. Masaklahh kalau setiap kali tangga tu tertanggal cat sikit kau dah nak tukar. kan. *kekonon mampu(s)*

Aku sebagai kaum hawa, kesian gila dekat Rita tu. Kauorang kesian tak? Tak? Ok bagus. Jangan kesiankan dia.  No. I mean.. Wait. Rilek. Jangan sumpah aku dulu. Aku belum habis lagi. Ya. Belum ya belum! Maksud aku, jangan kesiankan dia sebab bercerai dengan si ultraman taro tu. Sepatutnye kene bersyukur sebab lelaki macam tu memang tak layak nak dibuat laki kotnye. Dahla tak bertanggungjawab, biasa-biasa lak tuihh. *emo ni emo ni*

Ok there is a few tips yang boleh dijadikan rujukan dalam rumahtangga.

1. Doa yang berterusan
Kalau setakat bina rumahtangga tanpa doa yang berterusan antara satu sama lain, macam mane ye dak? Macam mane nak bahagia ce cite? So, jadikan doa tu sebagai perisai utama untuk mengelakkan kejadian-kejadian sebegitu. Ya, sebegitu..

2. Patuh ajaran agama
Kalau dulu mase zaman glemer-glemer memang tak sentuh lansung pasal agama. Peluk sana peluk sini tu macam hobi 'Alaa, itu biase jerr' katanya. Tapi bila dah kahwin, setiap pasangan kenelah patuh pada ajaran agama. Barulah ada panduan dalam kehidupan rumahtangga. Bila ada panduan, maka terpandulah pasangan tersebut ke arah yang lebih diredhai. See? Expert tak aku walaupun belum kahwin? See see..

3. Murah dengan pujian

''Yang, awak ni dah berapa tahun tak mandi? Busuk aaa macam kambing gurun! shuh shuh!''

No. Please jangan cakap macam tu terhadap pasangan engkorang. Cubelah cakap macam ni.. ehem..

''Yang, walaupun ayang tak mandi sploh tahun sekalipun, ayam ayang tetap wangi di hidung abang..''

Kan? haa. kan kembang tu hati bini kau dengar. Kau ape tau.. kau bukan bakal suami aku. And I hope don't. Please. Don't!

Tapi kalau betul-betul suami/isteri kau tak mandi untuk beberapa tahun, please jangan babitkan aku. Please. No!

4. Murah dengan khidmat
Kalau kereta suami kau tak boleh start time nak balik keje, ape salahnye u girls pegi ambik suami u kan. Bukan untuk orang lain pun u nak berkhidmat, untuk suami u jugak *gila kau cik serious*

Satu lagi, berkhidmat ni ada banyak jenis. Bukan setakat berkhidmat dari segi fizikal je. Dari segi mental pun penting. Bantulah suami kau tu kalau die dah lost idea sangat tentang macam mana nak kire persegi tapak pembinaan projek hotel dia tu. Tunjuk skill kau sikit. Kan.. barulah suami kau rasa bangga 'tak sangka cerdik jugak bini aku,walaupun matematik dia gagal masa sekolah dulu' -,-

5. Murah dengan belaian kasih sayang
Janganlah suke sangat berkasar. Sikit-sikit bile isteri kau tak berape nak dengar kau cakap ape, kau dah start sound bagai nak gile. Dah tau isteri kau tu ada masalah pendengaran, yang kau pegi guna volume 1 tu sape suruh. Lain kali guna loudspeaker surau tepi rumah kau tu. Senang (just joke.joke okke joke). No. Kalau ulang balik ayat kau tu biarlah lembut-lembut kan bagus. Pengulangan kedua tu biarlah dengan penuh kasih dan sayang. Sayang menyayang cinta dikenang..

Takpun, apa salahnya sekali sekala masa isteri kau tengah masak tu kau peluklah dia dari belakang.. Slow and soft.

''Hai sayangg.. sayang masak apa? Harini tak 'kiss' abang lagi kan.. hmm''

Kan? Haa.. tapi kalau kau kene makan senduk tu.. em.. em em em aku tak tahuu.

6. Murah dengan sentuhan dan pujian
Isteri pulak kalau suami balik keje tu, salam lah. Ni tak, suami masuk rumah je kau pegi lari masuk bilik. Gile ke ape. Ape salahnya lepas buat air tu pegi duduk dekat suami tu sambil pegang tangan die dengan lembut, then tanya..

''Abang ok? Ada masalah ke dekat pejabat?''

Sebelum pegi keje pulak, lepas pakaikan dia tie.. pegang muka suami kau dengan dua-dua belah tangan sambil senyum cakap,

''Kacaknya abang.. Suami sape lah ni..'' 

Suami pun jawablah..

''A'a kan, suami sape lah agaknya ya. Suami sayang kot..'' sambil cubit lembut pipi isterimu yang gebu tu. (memang gile ah cik serious)

Kan berbunga-bunga hati suami kau nak pegi keje. Takdelah sampai ofis, muncung sedepa. Isteri kau kat rumah pun boleh buat keje dengan gembire. Barulah awet muda.
Lelaki pulak aku tak payah cite pun memang dah terlebih murah dengan sentuhan. Ye dak?

7. Mencari kebaikan pasangan
Walaupun memang the fact nye sifat manusia ni adalah mencari keburukan manusia yang lain, tapi dalam hubungan rumahtangga kau tak boleh buat macam tu. Cari kebaikan pasangan. Ni tak, bile isteri kau tak sengaja tertumpahkan milo je kau dah anggap die ni tak ikhlas.

Cubalah fikir, 'kesian bini aku, seharian penat kemas rumah,jaga anak,masak,cuci baju,jemur baju,kemas bilik,mop lantai,basuh kete,basuh kolam,basuh laman rumah,mandikan kucing,mandikan anak, basuh berak anak, mesti letih sangat'

Disebalik keburukan pasangan, masih ade kebaikan yang kite tak nampak, tapi kene cari.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda
Semua orang sibuk bekerja. Tapi takkan sampai mati nak kerja aje kan. Sekali sekala ambiklah cuti. Bawak pasangan pegi bercuti. Dalam pada bercuti tu, cuba perbaiki komunikasi antara satu sama lain. Mungkin setiap pertengkaran yang berlaku tu berpunca daripada masalah komunikasi. So, fix it!

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran
Lepas bertengkar bagai nak giloo, cube duduk bersendiri kejap sambil muhasabah diri. Tanye pade diri 'Apa yang tak kena sebenarnya'. Fikirkan macam mana cara untuk perbaiki diri supaya masalah ni takkan berulang.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan
Bukanlah maksudnye bile dah kahwin, setiap bende yang dibuat oleh pasangan nak kene kongkong. Cubalah hormati hak peribadi masing-masing. Ni tak..

''Baik awak cakap pade saya, ape yang awak cakap dengan mak awak dalam telepon tadi! kalau tak.. kalau takk.. kalau tak saya tak ampun kan awak!''

Padahal kau tak tahu yang isteri kau tu tengah plan surprise birthday party kau. Damn! Spoil!

11. Jangan cepat menghukum
Kalau kite tak tahu ape masalah pasangan kite, jangan cepat buat andaian dan terus menghukum. Hukuman pulak tu bukannye ringan, 3 bulan tak bertegur sapa. Ish kalau aku lah, tak tahu lah kan.. Mesti rasa nak gila haha. erm.

So, berkomunikasi tu penting. Tanya dahulu sebelum menghukum. Bukanlah maksud lepas tanya tu dah boleh hukum. Rasanye tak payahlah over sangat nak menghukum bebagai kan. Selesai leklok ape salahnya..

12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur

Si suami tegur..

 ''Awak ni asyik tengok TV AFC je..''

Si isteri pun terus hentak kaki, dung dang dung dang naik tangga masuk bilik berkurung. 'Ai, tegur pun tak boleh ke'

Open-minded lah sikit. Bile ditegur tu, jawablah elok-elok. Kalau taknak kene tegur kau pegi duduk dengan mawas lah dalam hutan. Boleh?

13. Tolak ansur
Ini yang penting, bertolak ansur. Kalau isteri kau cakap 'ya', apa salahnye kau pun 'ya' kan. Walaupun dalam hati tak ikhlas. Tak rugi punn.

Yang isteri pun, bertolak ansur lah jugak dengan suami. Kalau suami nak putih, putih je lah. Ni semua nak ikut kehendak kau. Ini bukan QC dah.. tapi QOOC (Queen Out Of Control) dah..

14. Sedar kadangkala perselisihan tak boleh dielakkan
Dah tahu kerjaya isteri kau tu sebagai pelakon, tapi masih jugak boleh cari punca untuk timbulkan perselisihan. Dah die diarahkan untuk berlakon dengan Remy Ishak, terima je lah. Dedulu time sebelum kawen..kemahen kau..

''Takpe ayang, ayang belakon je dengan sape pun, walaupun dengan David Teo sekalipun, I takkan jeleus''

Lepas kawen..

''U curang! I nampak u pegang tangan dengan Remy Ishak dalam TV tadi! Arghh..''

See.. perselisihan memang tak dapat dielakkan. Pasti akan berlaku. Ape perlu buat? Kenelah faham pasangan, dan letakkan kepercayaan terhadap pasangan anda. Barulah perselisihan dapat dikurangkan. Di'takde'kan tu memang tak mungkin ah kan. Tapi at least boleh dikurangkan. Hm..

15. Mengutamakan keluarga lebih dari perkara lain
Keluarga ni walaupun sampai mati, tetap akan keluarga. Utamakan keperluan keluarga dulu sebelum nak buat benda lain. Ni tak, isteri dah mengamuk nak beranak, si suami rilek je.. cool jee dok main futsal! Dia utamakan bolaa daripada isteri dan anak? Tak boleh belahhh..

Put your family first. Biarlah masa tu kau dapat tawaran berjuta pun, tapi bila syaratnye kene keje jauh-jauh. Don't. Please don't. Kalau nak pegi, bawak anak bini sekali. Tapi sebelum tu, better berbincang dulu baru buat keputusan. That's it!


p/s : ade lagi sebenarnye, tapi aku nak masuk tandas dari tadi. No. Dari semalam. Damn!
-Thanks for reading my entry ! Please come again-

2 comments:

  1. sy anon,tp sy suke gilew dgn semua entry awk!serius sy suka and sy xbaca dgn sinis tp sy bca smbil sengih manjang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haii anon. thank you for drop here. sy pun suka ada anon yang baik dan sopan santun mcm ni :D

      Thank you again :)

      Enjoy reading. Please come again :)

      Delete