Shazwani Buddies

February 8, 2013

Tips Putus Cinta Secara Baik.

Assalamualaikum.



Salam Jumaat boy(s) and girl(s) yang baru putus cinta sekalian. Macam mana? Dah ok ke? Takpe, lame-lame nanti ok le tu.

Well, kebelakangan ni aku tengok ramai gile yang post dekat twitter tentang masalah cinta. Yang paling obvious sekali pasal gaduh then putus then maki then sumpah seranah then bawak geng hentam satu sama lain. Tak syok ah guys kalau lepas putus tu jadi musuh. Ya. Memang tak syok. Kita hidup ni bukan nak kumpul musuh kan. Kemonnn. Be professional la kan.

So, aku ade beberapa tips supaya korang kalau nak putus tu putus dengan bebaik dan maintain jadi friend lepas tu. No enemy(s). No pain(s). No stress(s).


Masa yang sesuai;

Korang ni biasenye sikap tu memang suke main redah badak je. Tak kire time ape sekalipun memang jenis yang gelojoh. Kalau kau kate kau taknak kat satu bende tu, kau tak fikir panjang dah. Kau rempuh je tanpe fikir perasaan orang yang terpakse berhadapan dengan perangai shit korang.


''Aku tak kire, yang penting aku tahu kau dan aku.. kite dah takde pape. Aku dah ade awek lain yang lebih hot dari kau. Selamat tinggal. Goodbye. Adios amigoss!''

Kau fikir tak yang partner kau ni baru je kehilangan ahli keluarga dia. Agak-agakla sebelum kau nak sembur pun. Ini lagi mengundang masalah besar name die. Buatkan die sumpah kau dapat pengganti yang takde kaki sebelah cemane? pergh. PERGH muluttt..

Ekceli guys, 'masa' ni super penting untuk membincangkan tentang masalah ketidaksefahaman korang. Pilih masa yang bersesuaian. Jangan pulak time si kekasih kau ni baru je kehilangan ahli keluarga dia, terus kau pegi hentam dia dengan niat kau yang nak berpisah tu. Baik-baik kang daripada sorang meninggal, tak pasal-pasal jadi dua orang. Kan niaya. Make sure tunggu keadaan semua normal dan fokus terhadap niat yang sebenar. Ye la kan, kau ingat perpisahan ni senang macam kau tanya kucing ''miaow miaow, kite putus nak tak miaow?'' Dahla melibatkan perasaan kan. Lepas tu kecewa, pastinye. Air mata at least sekurang-kurangnya 10 baldi.





Tahu apa yang nak disampaikan ;

Ni lagi satu masalah die yang mengundang pergaduhan. Kau tak tahu ape yang korang nak sampaikan. Tak tahu nak mula dari mana. Tak tahu nak luahkan macam mana. Tak tahu macam mana nak susun ayat bagai. Tak tahu nak selesaikan dengan cara baik. Tak tahu itu. Tak tahu ini. Apa yang kau tahu? Nak putus sangat kan. Prepare lah awal-awal. Ni tak, bile dah jumpe je tergagap-gagap macam nak sebut ''bas KKKL''.

''Se-se-se-sebe-sebenarnye em. em. em yi-yi-yiou you.. seb-sebe-sebenar sebenarnye a-a-a-i... a-a-a-a-i-i nak c-c-cakap yang ki-ki-kit-kite...''

Kau tak rasa yang kau ni annoying ke? Memula poyo je lebih nak pututs dengan professional kekononnye.
Kau kene ingat yang ucapan kau tu kene elok-elok. Sebab ada pasangan yang bukan boleh terima dengan mudah kalau ayat kau tonggang-langgang. Kang tak pasal-pasal habis satu kafe tu kene baling kerusi. Kau pulak kang tak pasal-pasal hilang hidung. So, ayat tu penting supaya pasangan kau saling dapat terima niat untuk putus secara baik. Kau tak tension, ex kau pun tak tension.


Jujur dari hati ;

Aku tak tahu lah ape masalah pasangan zaman sekarang. Susah sangat nak jujur. Boleh dikatekan dua-dua pihak la kekadang tak jujur. Bila lelaki tak jujur, si pempuan ni bukan main buat keputusan taknak bercakap dua tahun. Bila si pempuan tak jujur (aku jujur), si lelaki pulak start buat curang. Bila dua-dua tak jujur, baik kau orang duduk bincang kalau korang rasa dah tak serasi lagi. Jangan kau pendam sangat, hidup ni panjang lagi. Jangan menderita akibat daripada sifat tak jujur yang korang dah pupuk tu.




Jangan saling menyalahkan ;

Well, no offense bagi pihak yang selalu disalahkan. Sifat menyalahkan orang lain sebenarnye yang paling teruk.

''I nak putus dengan U sebab U sibuk sangat dengan keje U. Sampai I tlepon pon U tak angkat semalam''

Kau memang menempah kaki Undertaker kekasih kau lah ye. Aii, kau ingat kekasih kau tu dapat gaji ke nak melayan kau 24 jam? Die keje untuk kau jugak. Nak melamar kau nanti guna apa nak beli cincin? Tukar dengan daun kering? Nak beli untuk hantaran kahwin nanti macam mane kalau die tak keje?

Just claimed diri kau berpunya dah la. Ape masalahnye. Tapi kalau kau tetap nak putus akibat daripade perkara yang temeh tu, tolong jangan nak salahkan kekasih kau tu. Kenapa tak boleh nak terima pasangan seadanya kan. Aku bagitahu la kan, kalau sikap kau terus macam ni, kau couple la dengan Lee Dong Wook sekalipun takkan kekal. Lagi pula Lee Dong Wook tu memang aku punya.


Jangan berperang ;

Kenape nak berperang kalau ada cara untuk berbincang. Sebab tu lah komunikasi tu penting.

''Kurang ajar punya jantan! Masa kau nak couple dulu bukan main kau merayu sampai sanggup telan bongkah kayu. Bila kau nak putus sesenang kau je bercakap ikut sedap mulut. Rasakan pelempang maut aku ni..''

Kan dah. Ini bukan cara yang baik untuk memutuskan sebuah hubungan yang mungkin agak lama terjalin.. atau mungkin.. sekejap cuma. Tapi macam mane sekalipun, bile korang berperang lagilah tak selesai masalah. Malah akan menimbulkan rasa tak puas hati orang lain terhadap kau. Boleh ke kau hidup tenang macam tu?




Beri peluang untuk meluahkan ;

Yang ni paling aku tak berkenan. Orang suke potong cakap orang lain. Masa kau explain, bukan main teliti, kusyuk dan tawaduk nya girl(s) kau dengar. Tapi bile time die nak tanya kau soalan, cepat-cepat kau potong dengan alasan takut kau tak dapat jawab soalan dia. Ape salahnye kau bagi dia peluang tanya apa masalah kau.

Well, aku bagi contoh ''apa masalah kau hah sebenarnya?lama hidup?''. Ok. Wait. No. No. NOO. Ini contoh. Contoh je. CONTOH ye. So, masa tu mungkin ada peluang untuk kau menerangkan dengan lebih terperinci supaya si girl(s) tu tak salah faham. Kalau boy(s) ni mungkin boleh consider sikit kan. Sebab bagi boy(s) ni setakat putus cinta tu small matter, ''lek ar derr,kicik punya hal''. Tak sampai sehari putus, tengok tengok je dah jalan pegang tangan dengan girl(s) lain. Ew. Tapi girl(s) ni lain, hati we girl(s) ni halus je *ehem*. Sekali dia emosi, aku tak tahu lah kalau bumi Mleysia ni boleh tenggelam kan (tapi aku tak,aku cool jer).


Jaga jarak ;

Hm. Jarak memang penting untuk saat-saat genting macam ni. Nak nak lagi kalau si lelaki(s) yang memulakan niat nak putus. Kau jangan main, buatkan lepas kau ucap nak berpisah tu secara reflek awek(s) kau tu pukul dengan kasut Jimmy Choo die yang 5 inci tu, berlubang pipi. Perasaan ni kau jangan buat main. So, watch out your distance between each other.


Jangan cerita tentang kekasih baru kau ;

''Well, sekarang ni I tengah bercinta dengan Nelydia Senrose, dia pun baru putus dengan Amar Asyraf. You know, dia tu sooo suheettt..''

Pang!

Kalau nak putus, fokuskan pada niat sebenar kau. Jangan cari sakit dengan cerita tentang kekasih baru korang pulak. Nonid la nak sakitkan hati ex kau tu. Cukup dah dengan ucapan perpisahan yang korang luahkan pada dia. Hormat lah perasaan orang lain. Kau bukan putus cinta dengan rabbit sekarang ni. Kalau korang nak cerita tentang kekasih baru korang dekat harimau kumbang takpe jugak. Kalau harimau kumbang, aku rasa kau belum sempat nak cerita lagi, tetibe dah duduk bersemadi dalam mulut die.


Well, tak semestinya korang dah putus tapi tak boleh berkawan. Kemonn, macam Abraham Maslow cakap..

''Orang yang pandai menggunakan tukul lebih suka menganggap segala-gala yang lain adalah paku''

Nak tahu maksud dia? Nanti aku cerita lain kali di lain entry.

Aku ada jumpa doa untuk mengatasi kekecewaan.. hope dapat membantu.


p/s : berbincang dengan tenang untuk selesaikan ape jua masalah yang datang.

-Thanks for reading my entry ! Please come again-

6 comments:

  1. Berguna tuk nanti2 . Mana la tau

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. ihiks, bukan lah. at the moment ramai sangat buat status putus cinta dekat fb. lepas tu bermusuh. tak bagus lah mcm tu..

      Delete
  3. Assalamualaikum. Search kat gugel cari surat untuk bakal bekas kekasih. then bace tips putus cinte. Awak sgt nice. :)

    ReplyDelete
  4. Dia tak nak lepaskan saya.. terseksa jiwa ni... Saya sedih.. saya tak nak dia lagi tapi rayuannya buat saya kasihan.. akhirnya masih lagi menjalin hubungan dengan dia.. tapi hati saya tak rela.. tiap malam saya menangis.. dia tak nak putus.. saya tak ada orang lain saya hanya nak fokus dalam kehidupan U saya.. tapi dia beriya nak kahwin..

    ReplyDelete