Shazwani Buddies

February 26, 2013

Surat cinta buat bakal kekasih's..

Assalamualaikum.


 Lee Dong Wook (my dear)


Dear future lover(s),

Awak apa khabar? Em.. err saya menulis surat ni bukan sebab atas desakan sesapa ataupun dipaksa-paksa. Saya tulis dengan kerelaan hati saya. Err.. Lagipun dakwat pen saya baru je beli tadi. So saja nak test power selama mana mungkin bertahan. Jadi saya nak awak baca dengan setenang hati sambil rileks ya.

Anyway my bakal kekasih(s),

Walaupun saya tak tahu awak kat mana dan who the hell are you, tapi saya harap bila kite dah ditakdirkan berjumpa nanti, awak dapat terima saya seadanya. So saya pun akan terima awak seadanya lah jugak kan. Kalau awak tak terima saya seadanya, saya tetap terima awak seadanya. Baik kan saya? Lagipun saya tahu awak ni seorang yang baik hati dan beriman dan setia dan hensem dan bergaya!

Awak mesti ada Tagged kan? Awak.. saya mintaklah sangat-sangat yang awak jangan lah nak mengada-ngada sangat ya pi mengorat semua aweks yang ada dalam Tagged tu. Awak tau kan certain pempuan-pempuan dalam Tagged tu macam mana. Awak nak ke future lover yang seksi meksi macam tu. Walaupun saya tahu yang awak ni seorang baik hati dan beriman dan setia dan hensem dan bergaya dan penipu, tapi saya tetap terima awak seadanya. See..

Awak,

Saya tak pahamlah dengan perangai kaum awak ni melayan kaum saya. Habis kalau boleh semua pempuan kauorang nak sauk. Apa kauorang ingat kamiorang ni ikan ke yang kauorang nak sauk-sauk segala? Saya tahu yang kaum awak ni suka main-main aje. Katanya, tak jantan laa der kalau tak ada awek(s). Dah tu nak buat kaum saya ni macam barang mainan lah ya? Banyaklah jerawat muka ko..

Awak..awak.. Please la bagitahu kekawan awak jangan nak bajet hot sangat. Apa kau ingat kau tu Lee Dong Wook ke untuk pempuan tergila-gila? Tak sesuai ok. Takat hidung penyek, rambut macam trojan ultraman, gigi jarang-jarang, mata juling air.. tak payahlah simpan niat untuk pasang ramai. Menyampah tahu tak!

Oh awak,

Kenapa kaum lelaki ni kan suka mengaku single walhal dia dah punya kekasih hati? Nampak tak nampak tak yang kaum awak ni adalah kaum yang tak setia. Dahlah tak setia, tak romantik pulak tu. Ala awak, tak payahlah nak test-test power kekonon awak tu hot stuff sangat. Kerek tahu!

Kekononlah kalau orang tanya history percintaan awak nanti, awak taknak kalah lah dengan orang kan. Sebab tu lah nak kumpul awek reramai kan. Saya tak apa je kalau awak nak macam tu. Saya tak heran sama sekali. Sekali saya petik, seribu datang. Watkul watlek!

Dear chocolate of my eyes,

Awak tahu tak betapa ruginya kalau abaikan orang yang berada dekat dengan awak. Nak nak lagi saya yang comel ni. Kenape nak dikejarkan orang yang tak sudi. Orang tu dahlah tak comel, mengada-ngada lagi tuu. Awak nak jadi macam Jerry ke yang suka kejar-kejar Tom? Last-last Jerry tetap kalah :'')

Saya tak sanggup nak tengok awak di saat awak tengah down sambil saya tunjuk thumbs down. Nanti takut awak bunuh diri pulak kan. Jadi saya harap awak cuba jadi cerdik sikit dengan belajar menghargai orang lain yang sayangkan awak.

Bakal kekasih(s) ku,

Saya sebenarnya tak tahu apa masalah kaum awak lagi. Sebab saya nampak kaum awak ni suka sangat melayan pempuan entah sape-sape je. Friendly tak bertempat. Macam miang keladi saya tengok. Rasa macam nak garu-garu je bagi terkoyak kulit.

Lagi satu kan kan awak kan, saya tengok kaum lelaki ni boleh layan semua pempuan dalam satu masa dengan cara yang sweet-sweet lah. Tak pernah nak serious. Tapi bila tang kaum kami tak serious, bukan main dia melenting bagai nak gila sampai hentak-hentak gitar sampai hancur lebur. Takpun pegi merempit sampai hilang mata sebijik. Bila kaum kami setia pulak, dia buat pasal dengan curang sana sini. Kalau masa bercinta pun dah pandai curang, lepas kawen apatah lagi. kan?

Awak,

Saya tak minta banyak pun dari awak. Tapi kalau saya mesej tanya khabar awak tu, balas lah dengan happy. Ni tak, saya mesej punyalah panjang cukup buat sebijik novel, awak balas cuma satu alphabet je.. 'K'. Wth?

Masa mula-mula kenal dulu bukan mahen bangun tidur mesej, gosok gigi mesej, pakai baju mesej, makan mesej, pakai kasut mesej, pegang remote controller Astro pun nak cite, pukul lipas pun mesej, basuh tangan pun mesej, duduk atas kerusi pun mesej. Walaupun menyampah, tapi saya tetap balas dengan ayat yang menyenangkan untuk menunjukkan yang saya tak bosan tau. Tapi bila dah lama je, awak buat perangai shit pulak kan. Memang nak kena la..

Lastly my future love(s),

Saya tak mengharapkan kesempurnaan yang maha hebat pun dari awak. Cukuplah dengan keikhlasan awak untuk menggambarkan betapa sempurnanya awak. Tapi kalau awak buat perangai macam setan merah tu, mintak maaf lah. Saya mungkin akan sumpah awak tak kawen sampai bila-bila. Awak mesti taknak kan disumpah macam tu? Kan awak nak jadi kekasih yang setia, suami yang mithali, daddy yang penyayang dan kacak bergaya. kan kan?

p/s : ahh nevermind... *flipscarf sambil blahh
-Thanks for reading my entry ! Please come again-

6 comments:

  1. hahahaha :) surat yang sangat menarikkkk :D

    ReplyDelete
  2. Cewah wah wah. Haha sy dulu pon berangan nkkan si dong wook ni tp skrg dh beralih cinta kihkih

    ReplyDelete
  3. comel je awak ni tulis surat cinta..hehe :)

    ReplyDelete