Shazwani Buddies

February 6, 2013

''Setiap gambar ada subjeknya'' -me

Assalamualaikum.



Halu lelaki-lelaki yang kurang layanan mesra sekalian alam. Kalian dah berjaya pikat gadis yang kalian suka? Good. Macam tu lah lelaki sejati. Tak sia-sia aku ajar korang dengan free of charge.

So, apa pendapat kau orang bila tengok gambar di atas? Kalau Yuna, dia kata ''setiap gambar ada lagunya''
Kalau aku pulak kata, ''setiap gambar ada subjeknya''. Kalau takde subjek yang mahu diceritakan, macam mana nak dilagukan. kan. See. see. Aku pun kreatif pe.. *ehem*

Jadi, subjek dalam gambar aku sekarang adalah ayam yang memakai kasut (ayam tengah femes skang ni). So, ayam dan kasut. Siapa yang suka umpamakan ''manusia yang tidak memakai kasut umpama berkaki ayam?'' Meh aku terai test power menyepak orang. Apa? Kau still tak nak ubah perumpamaan tersebut walaupun dah tengok gambar yang aku tunjuk tu? Tak apa. Aku tak marah *bengang je*

Hey, kemonn guys. Sekarang ni ayam pun dah pandai pakai kasut la. Bukan calang-calang kasut pulak tu. Kasut boots lagi! Kasut boots ni kalau nak diikutkan harga sebenar above RM100. Kau nampak tak the power of taste ayam? Aku punya kasut pun bawah RM50. Apahal?

Well, itu salah satu cubaan aku untuk pengaruh orang untuk mengia kan pendapat aku. Dah terpengaruhDah? Ish, tak boleh jadi ejen FBI lah korang ni. Walhal kalau kita lihat dari suatu sudut yang lain, ''ayam tidak memerlukan kasut untuk berjalan, kerana ia terlalu berat untuknya''. Ok. Look. Sekarang ni kita tengok, kasut bukanlah merupakan sesuatu yang penting di sini. Malah, subjek sebenarnya bukanlah sesuatu yang penting. Kau tahu perkara apa yang paling penting? Yang paling penting sekali adalah keupayaan ayam untuk berjalan. Yang mana dipanggil ''tersirat''. Fikir. Adakah ayam boleh berjalan dengan memakai kasut? Oh. Ayam akan kekal berdiri di situ selamanya kalau disarungkan kasut. Listen. Jangan samakan ayam dengan manusia. Ayam akan berjalan dengan laju tanpa berkasut. Tapi.. ayam tidak mampu berjalan dengan kasut. Manusia? manusia mampu berjalan dengan laju walau tanpa atau dengan kasut. Prinsip Fizik yang memang tak dapat diubah. That's why we called it as ''human''. 

The specialty yang Allah dah bagi pada manusia tak sama dengan ayam. So? masih mahu samakan ayam dengan manusia? Please. Stop gunakan perumpamaan, ''kau ni macam ayam pulak tak pakai kasut, apa daaa''. Stop. Sebab semua haiwan memang tak berkasut. Kenapa ayam yang harus jadi mangse. kan. Kenapa tak haiwan lain? (aku backup ayam sebab aku selalu makan ayam.boleh?)

Dari buku yang aku penah baca 4 tahun lepas, Goethe ada berkata, 

''Perkara yang paling penting tidak harus diletak di bawah perkara yang paling tidak penting''. 

Jadi, kenapa persoalkan tentang hal yang tidak penting sedangkan yang penting pun masih belum mampu diselesaikan? *Terasa*

Umpama berhadapan dengan riddles yang super susah, bila tak dapat jawab, ditinggalkan dan pergi jogging. Yang penting terabai, yang tak penting didahulukan. Patutkah?

Well, nak main teka-teki? Nak? Ok. Selesaikan riddles ni tanpa bantuan Mr. G

''Yang mana 3 daripada buku ini merupakan buku sebenar dalam series ''For Dummies'' ?''

A. Breastfeeding for dummies.
B. Mind Reading for dummies.
C. Acne for dummies.
D. Identity Theft for dummies.
E. The Epic for dummies.

Dah dapat jawapan? Good. Bijak. Ekselen.

Sampai jumpa lagi.



-Thanks for reading my entry ! Please come again-

4 comments:

  1. rasa macam pernah ternampak buku tajuk A.

    ok, biar saya teka.

    A, B dan C

    :|

    ReplyDelete
    Replies
    1. auch! dua jawapan betul, satu lagi salah.. hiks :D

      Delete
  2. betull..ayam tak salah,tapi selalu jadi mangsa..kannn..
    btw ayam goreng sedap..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa. selaluu sangat. mungkin hari-hari. ehee

      ayam goreng? wah! lagi-lagi masak percik. mabeless

      Delete