Shazwani Buddies

February 17, 2013

Kenape perlu menipu semasa bercinta.

Assalamualaikum.


Yohayo girl's dan boy's yang selalu kene tipu dengan pasangan kalian. Are you okay? I hope so..

Dalam dunia remaja, memang tak sah kalau takde istilah percintaan. kan? walawehh aku tak tahu lah sejak bile aku terasa macam dah kurang serious. Ya. Kurang serious tentang bab-bab cinta ni. No. Wait. Maksud aku, dedulu kalau bab-bab cinta ni memang aku lah manusia yang paling rasa serious *geli-geli*. But bila ada yang tanya aku dekat fromspring, aku terasa seperti bertanggungjawab pulak untuk menjawab soalan tersebut. Biasalah, dah makin tua sikit kan *sikit jek*

Jadi aku pun bercadang untuk membuat satu entri untuk setiap soalan yang aku terima. Boleh? Ok that's my shemale *haha*

Well ya, ini dia contoh soalan yang ditanya di formspring..

''salam cik serious,I sedih la sbb I bwu dpt twu yg bf I tipu I.
I kecewe gileww ngn dieww.
U rasew kan cik serious,napew diowg pelu tipu2?napew diowg x jujur jeww..hmm...''

Ehm. Sebenarnye aku kurang pasti ape yang dia maksudkan dengan ''diowg''. Perhh! Ramainye.. Hot stuff ke hape ko ni dik! haha. As you girl(s) know, setiap jawapan aku ni memang akan sentiasa menyakitkan hati. sikit. ya. sikit je tak banyak hihi. Walaubagaimanapun, ambiklah yang positif *kalau ade*. haha.

Okay, let's continue dengan jawapan kepada persoalan formspringer tadi. Guys, kenape korang perlu menipu dalam sesebuah perhubungan tu? Sebenarnye, ade baik dan buruknye jugak kalau menipu ni. Tapi kebanyakkannye menjurus kepade keburukan lah. 


1. Bermula dengan sebuah penipuan.

Ok. This is the damn ugly truth. Sebenarnyekan, bile perhubungan korang sendiri yang dah bermula dengan penipuan, tak mustahil segala hal yang melibatkan perasaan korang tu semuanya tipu. Well, bile kau bercinte cume untuk memenuhi kekosongan hidup ataupun hanya untuk sahut cabaran member-member kau.. tetapi secara tak lansung kau bagitahu that girls bahawa kau nak bercinta dengan dia. Itu dah satu.. memang konfem lah kau ni spesies penipu terlatih dari APS (Akademi Penipu Sedunia) kan. Atau erti kata lain, TFOL (The Father Of Liar).

Atau mungkin at first tu memang yang girls tu dulu yang menggedik. So kau pun aturkan strategi untuk kenekan that girls. Itu pun kau dah start usha that girls dengan permulaan yang berniatkan penipuan. No offense, girls ni kau tahulah kan bile jalan dekat mall sambil lalu dekat kumpulan boys yang ramai and those boys pulak buat bunyi suwitt-suwitt tu.. jadi mulelah jalan tak tentu arah si girls ni, alignment tulang die tetibe lari sikit.. kejap ke kanan, kejap ke kiri, kejap senget sebelah..

haha.

em.

hahah.

Aku tak tahulah kenape girls ni histeria sangat dengan bunyi suwit-suuwitt tu. Tak paham betul aku.

Jadi dengan itu kau terpakselah meneruskan perhubungan tersebut dengan penipuan demi penipuan. Macam-macam mane sekalipun kau perlu lah teruskan penipuan kau demi untuk tak kantoi. kan. Tapi bile kantoi dengan kekasih yang kau tipu tu baru kau tahu yang setiap penipuan ada pembalasan *perhh ayatt*


2. Niat.

Ni paling penting. Niat kau yang entah tulus entah tak tu memang masalah. Eh! Who knows our intention kan? You know? you? you pulak? you pun tak tahu kan? Only you aje yang tahu ape niat you yang sebenar. So, kenelah sentiasa jujur dengan niat kite ni. Janganlah kau rase seronok dengan menipu orang. It's not fun.

No.. maybe it was fun for you because you are not the victims. Tapi korang ade terfikir tak bende yang dianggap fun tu suatu hari nanti akan menjadi seperti ''mata yang dispray dengan air lada'' untuk korang. perh. Perh. PERHHH. Pedih siot.

Kalau niat kau ikhlas terhadap dia, kenape perlu main tipu-tipu ye dak? Berterus-teranglah walau ape jenis masalah sekalipun. 


3. Situasi.

This one maybe can be consider lagi lah kan. Maybe that boy tipu kau demi untuk menjaga perhubungan korang. Taknak mengeruhkan dengan cerita-cerita sensasi yang dibuat oleh dia tanpa pengetahuan kau. Ok lah. Fine kalau macam tu. Mungkin niat dia tipu tu untuk menjaga perasaan kau sebagai awek dia yang ke berapa.. entah!. Eh. No. No. Wait. Rileks gels. Rileks. Chill. Letak parang tu dulu ye. Kite bincang baik-baik. Letak.. letak ye. Fuh! Ok. Madu tak wujud dalam sesebuah percintaan ye. No worries. Kau kene biasakan diri dengan dunia percintaan bersama laki-laki ni. Bercinta ni tak haram lah. Bercouple tu yang haram sebenarnye. So, ade pilihan tak? Bergantung pada situasi.

Aku rase mostly pasangan yang bercouple tu ade takde mesti akan tipu sekali sekala. Mungkin dua kali dua kala. Mungkin tiga. Mungkin empat. Mungkin mungkin.. em.. mungkin kekononnye setia sampai buat-buat tak sanggup menipu kan. So gels, just bear with it. Dah itu pilihan kau kan.


4. Keserasian.

Ya. Keserasian. Bile keserasian dah hampir kong, umpama bateri leptop yang tinggal 1%.. maka akan tercetuslah segala jenis penipuan dalam perhubungan.
Contohnye, sambil-sambil keje tengah tak banyak dalam ofis, kau pun mesej dia..

''U, malam ni kite keluar makan nak?'' 

send mesej.

5 minit pastu mesej masuk..

''Em.. I rase x bley la U. I ade appointment dengan client malam ni''

Appointment dengan client ape memalam macam tu kan. Think. Think again permainan dia..

Kenape die macam tu? Dia dah tak jumpe keserasian dalam perhubungan korang. That's why dia nak cari keserasian dengan yang lain. Dalam erti kata pakar cinta, bosan! (pakar cinta? tak boleh belahh)


5. Kebiasaan.

Well ya, kebiasaan ni kalau dalam bahasa sanskritnye ape.. ''tabiat''. Rilek la, setakat tipu-tipu ni petik jari je la derr. Penipuan ni sebenarnye akan bertukar menjadi kebiasaan kalau selalu diamalkan, atau dalam bahase omputihnye.. ''habits''. Aduhhlaa, huduhnye habits ni ya rabbi ya rasul! Kalau zaman sekolah dulu,

''weii hangggPA! sekali hang menipu, selamanya che' tak percaya kat hang tau dakk!''

Samelah kes ni, kalau dia dah sekali menipu korang.. tak mustahil yang 'sekali' akan jadi 'berkali-kali'. Memanglah orang kate dalam sesebuah perhubungan tu ''trust'' tu penting. Built a trust lah kekononnye. Aku rase lepas sebulan, yang trust tu dah bertukar jadi dust. Ye dak?


6. Malas nak layan.

Malas? kenape? sebab malas la kan. Kalau dah malas ape boleh buat. Oleh sebab terlalu malas nak layan, you boys pun cari pelbagai alasan untuk mengelak daripade bersoal jawab. Contoh your girl hantar mesej..

''Hai, mesej jom!''

send.

setengah jam kemudian, you boys baru balas..

''Sy tgh baca quran tadi.. skrg nak solat tahajjud pulak. esok je la ea''

send.

1 minit kemudian, your girls balas..

''Wah rajinnye. Ni yang makin syg ni'' senyum sampai ke telinge kemudian send.

You boys terkekek kekek ketawe once berjaye mengelentong gf kau. *misi berjaya!*

But! but....... gf kau ni memang dah bosan tahap gaban. So, die pun mesej lah kakak kau. Nak beborak kekononnye.

''Assalam kak. Tgh buat ape?''

send.

2 minit kemudian kakak kau balas..

''Wassalam. Akak tengah baca magazines je. Kenapa ni?''

that girl pun balas bile dah bace mesej dari kakak kau..

''Taklah, sy bosan lah kak. Si Rayyief (bukan nama sebenar) tu tengah solat tahajjud sekarang ni..taknak kacau.rajin ek dia,baca quran siap :) ''

send dengan hati yang kembang mekar.

1 minit kemudian mesej masuk..

''What? tahajjud? baca quran? tahajjud ape kalau tengah tertonggeng main PS3 ni sebelah akak dari 3 jam lepas lagi''

send. ya. send dengan hati yang sangat kecut dan slowly menjadi warna hijau umpama hulk yang naik marah bile tersentuh kulit die.

tapi mesej balas bukan lagi terhadap kakak si lelaki tu. Tapi kepade si graduation from APS tu.

''DAH SIAP SOLAT TAHAJJUD?? DASAR PENIPU MILLENIUM!''

send. campak handphone. pecah. setel.


hahah.

err.

haha.

kan dah keneeeee! *versi raykal*


p/s : seriously aku cakap, trust no boy(s) neither girl(s), kecuali cik serious. She is good girl.


-Thanks for reading my entry ! Please come again-

6 comments:

  1. Err.. tipu sunat xpa kot. Haha. Well, kdg2 terpaksa menipu. Contohnya bila si dia tanya duk wtpa, then kita jwb duk stdy. Padahal duk tgk muvi. Haha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha see see. itu memang.. meemanngg.. bagus! sekali sekale kelentong kan. sape tau.. haha

      Delete
  2. kdang kita menipu benda kecik macam yang En Fikri cakap tu, sebab x nak kena ganggu masa kita dok sibuk bt kerja lain..hehe..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. boring jugak kalau selalu jujur ni. ihiks ^_^

      Delete