Shazwani Buddies

February 4, 2013

Kawan baik yang backstabbed?

Assalamualaikum.


Hai girl's and boy's yang selalu kena backstabbed dengan member. How are you today? Fine? Like I care.

Oh mestilah aku care pasal korang k. Kawan korang yang suka backstabbed korang tu sihat? Semoga dia sihat supaya boleh backstabbed orang lain pulak. Ok. Rileks. No. Wait wait. So? Pernah korang mengalami perkara macam ni? YaPerkara yang macam ni.

Aku rasa 9/10 daripada manusia di muka bumi akan menghadapi hal yang macam ni (again 'macam ni'). Eh! siapa sangka kawan baik sendiri boleh backstabbed kan? No no. She is nice. She is my bestfriendmetto. She is everything for me. She is itu. She is ini. But.. she is backstabber. She backstabbed me! Pffttt
Well, pisau tu kan umum. Tak. Aku bukan talk pasal pisau ok. Tak semestinya nak tikam tu kena guna pisau. kan? Kau nak stabbed orang guna kulit durian pun ok ape. Extreme skett. Em sakit dia taklah sangat kalau nak compare dengan backstabbed orang secara jiwa dan mental. ye tak?

Aku pun penah hadapi hal macam ni. Aku ada kawan baik dulu. Aku pun kenalkan lah kekasih aku, Lee Dong Wook dengan dia. Sebab aku rasa wajarlah kalau aku kenalkan antara satu sama lain supaya boleh berkomunikasi sesama. Tapi walaupun aku tahu dia kawan baik aku, aku masih tak boleh teka apa yang ade dalam hati dia. Walaupun cita-cita aku nak jadi psikik dulu kan *tipu*.

Jadi aku tak sangka yang dia buruk-burukkan aku pada Lee Dong Wook aku yang kacak bergaya tu. Dah lah bukan senang aku nak lamar dia. Terpaksa aku keje overtime dekat 7E demi nak kumpul duit pegi Korea. Sesenang je kau ek. Haiss.

Walaupun Lee Dong Wook sudah dikebas oleh dia, sumpah aku sakit hati. Tapi aku tak risau, sebab masih ada Top BigBang yang sudi menerima akuOhh.. heavennn! (walaupun Top tu tak sehebat sabun pencuci T.O.P toppp). Aku ok jer. Asalkan dia pandai nyanyi lagu ''anak itik tok wi''.

Tapi aku masih musykil apa motif dia nak backstabbed aku sampai camtu. Aku tak penah pun lebih daripada dia. Masa kami tadika dulu ok je dia jadi ketua kelas, aku jadi bendahari (sebab aku mata duitan haha). Dekat unibersiti pulak ok je dia persatuan bulan sabit merah dan aku persatuan pandu puteri (sebab aku rasa aku lagi sesuai jadi puteri Lee Dong Wook. kan). Well ya, tak sangka dia sanggup sakitkan hati aku macam ni. Betapa susahnya aku nak lupakan Lee Dong Wook aku tu. Siap kau nanti, siap!

So, situasi di atas tu mungkin yang pernah aku alami. Atau barangkali ia sekadar rekaan otak aktif aku dek kerana perasaan yang tulus terhadap Lee Dong Wook *pastinya*. Well me, sikit-sikit mesti kena ada Lee Dong Wook kan. Dah tu Dato' Fazley tu sombong sangat dengan aku. Sape suruh? Rugi betol dia. But.. Nevermind..

Jadi, sebenarnya kenapa dan apa punca kita akan rasa sakit hati dengan perangai kawan baik kita? Banyak yang aku jumpa dekat Twitter tentang hal backstabbed member-member ni. Jadi aku nak bincang dengan cara aku sendiri. Ekceli uols, makin lama kita kenal seseorang tu, makin susah kite nak fahami mereka. Malah mungkin kita tak akan dapat lansung memahami mereka. Bila kita terlalu kenal diorang, sikap over diorang pun kekadang kita boleh terlepas pandang. I think nonid la terlalu pendam kan. It's not good to our health ye.

Biasanya kawan baik ni susah ditegur. Bila tegur mulalah tarik muka lah, melenting lah, kelar lengan lah, botakkan kepala lah ahh itu semua kompromi semata yang tak boleh dilayan. Umpama persatuan Freemason yang nak ambik alih tampuk pemerintahan selepas kejatuhan Saddam Hussien (tak patut gila)

But! Jangan lupa, kadang-kadang kawan baik kita lah musuh yang paling hebat untuk menjatuhkan kita. Sebab tu kalau berkawan kalau boleh biar so-so je. Macam yang aku dah pesan sebelum ni dekat Rita Rudaini dan Lisdawati. Masa baik bukan main lagi, cawan pun kungsi, bulu mata palsu kau pakai sebelah aku pakai sebelah kekonon twin. Bila dah kene backstabbed, tarik rambut sampai masuk dalam kolam kau tau *katanya....

So, kalau kau taknak kene backstabbed dengan kawan baik sendiri. Better jangan terlalu berkongsi segala benda dengan mereka. Nak nak lagi cerita dalam kain kau. Kain? Wait. No. Listen to me. I mean cerita peribadi laa. Haiss. Kalau berkongsi tu biarlah yang sepatutnya je. Tak salah kalau berhati-hati sebelum dikhianati. What say you?

Are you mad? are you mad? haha rileks k :)

-Thanks for reading my entry ! Please come again-

3 comments:

  1. sedih dan sakit hati sangat kalau dapat kawan macam tu.

    sebab tu orang selalu cakap berbaik dengan kawan pun berpada pada?

    hmm - -'

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. tp mmg tak boleh nak lari dari hal ni.
      sebab akan berlaku jugak walaupun tak terlalu obvious.. sabar je la :')

      Delete