Shazwani Buddies

February 19, 2013

Maaf, aku harus tinggalkan........

Assalamualaikum.

Halloey blogger's yang ada blog cantik-cantik dan cumil-cumil sekalian alam. How's your day?

Well guys, today I'm really free from any task (macam ah selalu sibuk). So, aku pun decided untuk menjelajah ke blog-blog yang berada di alam fana ini. Biasenye aku ni kalau baca blog aku akan bukak dalam 5-6 tab sekaligus. Senang. Lepas baca, tutup. Lepas baca, tutup. Dan macam tu seterusnya. Biasalah, sifat tamak haloba semasa membaca tu memang dah sebati dengan jiwe aku yang kental ni.

But, once bile ade satu blog ni yang very heavy load, aku rasa hangen pulak tetiba. Gara-gara satu blog tu, habis yang blog lain pun jadi sangkut. Terpaksalah aku buat siaran ulangan lagi sekali. Tutup balik semua blog, dan bukak satu-satu. Nak tengok blog mana yang penyebab urusan aku tak lancar. Testing punya testing.. adalah satu blog ni yang rabbit punye lambat. Adalah dalam 7 minit aku menunggu loading. Walaupun perasaan aku berkobar-kobar dan bersemangat waja untuk close tab for that blog, tapi aku cekalkan diri dan sabarkan hati untuk menunggu blog tu loading demi untuk melihat rupe blog tersebut.

8 minit berlalu.

Blog open.

'Perhh! Banyaknya blinkkk!widget pun kiri kanan?', aku berbicara dalam hati seumpama tajuk novel Bicara Hati *novelis gile ayat*
So aku pun go through ke entry die.

'Alahmakk! Ape die tulis ni? Tak nampak pun..', Bicara Hati menghiris hati aku lagi sekali *menangis sendiri*

Tulisan die sangatlah tiny dan warna dia samar-samar gitu. Blog tu pun samar-samar jugak. Macam asap-asap gitu. Hampir 2cm jugaklah aku kene lekatkan muke aku ke PC. Sumpah tak sempat umur aku cecah 24 konfem rabun siput kalau beriban blog macam tu. Waktu tu pukul 5.99 petang. Tanpe melengahkan mase yang hampir mencecah jam 6 petang, aku terus close blog tu dan kelip-kelipkan mate aku kejap untuk back to normal. Maaf sebab aku tak mampu untuk stay lame-lame atas sebab-sebab yang aku tak dapat elakkan.

Then, aku bukak another blog. Fast load. Simple. Aku baca entry dia. Aku suka. Santai dan ada pendapat sendiri. Aku follow. Aku keluar. In shaa Allah aku akan pegi baca lagi entri blogger tersebut. Kalau entri tersebut menarik hati aku untuk komen, aku akan komen.

Honestly and seriously (that's why I have a serioushearts), perkara pertama yang aku paling tak suke bile bukak sesebuah blog tu..


Siput load

Anyway, modern bloggers nowadays memang additional creative sikit dengan macam-macam jenis template dan berbagai jenis widget yang menghiasi. Dengan blink sana, blink sini. Cute doodles itu dan ini. Diamond snow bebagai. Arrow yang dicipta dengan berbagai jenis, ada tulis nama lah, pastu ada nama yang ikut arrow ala-ala macam belut tu lah. Sebenarnye, widget-widget ni lah yang melambatkan loads sesebuah blog tu. Jadi bile aku bukak blog tu, terpakse menunggu die loading dalam doblas minit. Imagine pulak kalau mase tu line internet umah aku dilanggar gagak. Jawabnye kirim salam lah babaii..
 


Tiny font

Ini lagi satu problem yang aku diluah mati emak,ditelan mati ayah. Aku ni jenis bukak sesuatu blog, aku suke tengok tulisan dulu. Sebab bagi aku tulisan tu yang paling penting after blog loads. So, bile gune tulisan yang berstyle keriting-keriting dan super-kecik, terpaksalah aku close walaupun hatiku tidak merelakan kepergian blog tersebut. Pasal ape? pasal memang super-tak-boleh-baca lansung. Kalau nak baca mahunye aku kene duduk seinci dari skrin komputer, takpun hidung bertemu skrin. Tajuk sikit punye gempak-gempita sampai terkeluar bijik mate aku tengok tajuk dia. Tapi tengok je tulisan.. kecewa! Babai..



Colorful widget

Widget ni memang kebiasaannye digemari oleh a few bloggers. Alasan? supaya blog nampak meriah dan cumil serta mendapat a lot of compliment from others. Ape yang jadi bile semua jenis warna ada dalam blog tu? Baby green nye, dark pink nye, turqoise nye..

Tapi honestly, bile aku bukak sesebuah blog tu, aku memang tak suke yang terlalu berfunky-funky. Sebab aku nak baca entri dia je. Bukan nak layan widgets yang mengganggu ketenangan hati dan jiwa. Apatah lagi widget snowy yang digunakan. Diletak pulak dekat bahagian follower. She ask me to follow her back, but sangat kecewa bile aku tekan button follow tu hampir 15 kali tapi yang keluar nak tahu ape? link untuk ke widget snowy tu. Dissapointed. Again. Babai..



Music bercampur-aduk

Oh my.. music ni sebenarnye takde masalah bagi aku. Tapi bayangkan kalau aku bukak 7 tabs sekaligus, dann setiap blog tu ada lagu. Kau dapat tak imagine aku boleh mati kejung depan lappy. Letak satu je pun dah cukup. Tapi bile ade terlalu banyak lagu dalam entri dan bercampur-aduk, it was very nightmare. Bayangkan lagu Paparazzi by Lady Gaga bersatu dengan lagu Awanano by Hafiz bersatu dengan lagu 150 juta by Ainan Tasneem bersatu dengan lagu Monster by Big Bang bersatu dengan lagu Adamu by Najwa Latif. *pengsan



Komen space yang guna word verification

Tahu tak? tahu takk benda leceh ni yang paling dimenyampah oleh blogger(s). Aku punyalah nak komen dia punya entri. Berkobar-kobar pulak tu. Bilamana tekan je button 'publish'.. tak pasal-pasal kene isi word verification bagai. Please la pegi dekat setting then pegi dekat  'Show word verification', choose 'NO'. Please.



Iklan muncul tiba-tiba

Baru je tulis 'cik' dekat bahagian nama chatbox, eh terkejutnya! tiba-tiba muncul iklan yang entah dari mana. Lepas tu takde button 'close/x' pulak tu. Memang terus spoil kan niat aku je lah. Kenape lah pegi letak iklan yang muncul melayang tetiba macam tu. Kalau tak payah letak pun tak apa je aku rase. Takpun letaklah dekat sidebar. Lagi senang orang nak review. Kan!



Widget terapung

Ape lagi yang perlu aku katekan bile ade widget sebesar buah epal terapung dekat tengah entri tersebut. Bukannya widget apa, widget greetings 'Hai! Selamat Datang ke Blog Saya' je! Bukankah mengganggu? Rasanya tak perlu pun takpe.kot. So, dah macam tu aku terpakse scroll slow-slow untuk catch balik bahagian yang diblock oleh widget yang terapung tu.

Well ya, mungkin ada yang akan berkata,

''suke hati aku ar, blog aku!ikut suke aku ar nak hias macam mane pun.kau susah ape!''

Peh-lis, weols tak susah lansung. Weols tinggal close tabs dan tak payah nak bukak-bukak lagi dah. Ape gune buat blog tapi taknak berkongsi kan. Blog ni tujuan die untuk menyampaikan, bukan untuk menyimpan buat pekasam. Taknaklah orang follow blog kite semata-mata blog cantik. Tulisan kuman tapi follower beriban. Tak tahulah itu lebihkan Quantity ke Quality. But put Quality first. Biarlah kau merepek dengan idea-idea kau yang agak otai tu, asalkan santai dan ada pendapat sendiri.

p/s : cik serious is always serious with her words. sometimes! muemue :p


-Thanks for reading my entry ! Please come again-

7 comments:

  1. tak pandai nak letak semua tu. tapi memang creative orang yang suka deco blog nih. :)

    ReplyDelete
  2. setuju sangat-2 nice entry :) i like :)

    ReplyDelete
  3. cik serious..you thing my blog ok dak..hihi berat dak blog sya tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. blog awak fast load and super-neat..i like macam tu seriously <3

      Delete