Shazwani Buddies

February 15, 2013

Hutang halang untuk masuk syurga?

Assalamualaikum.


Hai gels yang suka berhutang untuk shoppink and bois yang suke berhutang untuk beli rokok. What's up?
 Please take good care of YOUR self. (merokok bahaya untuk kesihatan)

Well well. Bercakap pasal hutang, sape yang tak penah berhutang. kan? Mostly or 99.9999% manusia di muka bumi ni hobi die memang  suke berhutang. Kenape macam tu? Semuanya sebab desakan hidup atau.. dah terdesak sangat. Actually guys, bile kite dah berhutang dengan orang kite kene lah alert. Jangan kite buat-buat lupe pulak sebab nanti dekat akhirat takde istilah lupe. Semuanya akan dituntut oleh orang yang bagi hutang ataupun dalam istilah account, pemiutang.

Kata lecturer account aku, pemiutang ni maksudnye orang yang memberi pinjam. Manakala penghutang ni adalah orang yang meminjam.

Banyak kes yang melibatkan hutang ni akan berakhir dengan pergaduhan ataupun permusuhan. Masalah ni sebenarnye disebabkan oleh sikap kite sendiri yang tak bertanggungjawab dan tidak mempunyai pengetahuan tentang hukum berhutang. Ada yang meminjam tetapi tak nak bayar kerana beranggapan bahawa si pemiutang ni dah lupa. Guys, ingat ye, walaupun si pemiutang ni mungkin terlupa para penghutang dia, korang sebagai penghutang kene lah ingatkan dia supaya beban hutang tidak akan ditanggung di akhirat nanti. Berat woo.

Kalau taknak bayar, korang kene lah mintak halal. Kalau si pemiutang tu tak nak halal kan, means kene lah bayar walau macam mane sekalipun. Dah namenye pinjam kan. Si pemiutang pun manusia jugak, dia pun perlukan duit jugak untuk hidup, nak tanggung keluarga lagi. Bukannye senang-senang je die nak bagi free ye tak. Dah bagi pinjam pun dah cukup baik. Bile macam tu, cube korang letakkan diri korang pulak kat tempat pemiutang tersebut. Lepas tu si penghutang tu pulak liat gile nak bayar. Ape yang korang rase?



 

Jadi nasihat aku kat sini, cubelah elakkan daripada berhutang. Jangan hanye sebab berhutang, roh kite nanti akan tergantung antara langit dengan bumi. *simpang malaikat 44*

Sebenarnye aku ade fikirkan care yang paling flexible untuk mintak hutang ni. Let say lah kan, member kau ade pinjam duit RM50 dengan kau. Dan die kate nak bayar dalam mase seminggu. Tapi seminggu dah berlalu masih takde tande-tande die nak bayar hutang. Ade care die..

First, korang nampak member korang keluar dari bilik kuliah die, then korang jalan laju-laju sambil jalan sebelah die korang cakap cepat-cepat

''weh, esok kau bayar hutang aku ek. aku nak kene beli buku kimia ni''

Terus blah. Dengan macam tu, si penghutang takde pilihan lain melainkan kene bayar hutang die pade kau.

Second, korang hantar mesej..

''salam. nnt esok kau bayar hutang aku ea''

So, member kau akan rase serbe salah nak reply mesej kau. Nak tak nak, die kene bayar. 

Third, cara yang paling afdhal.. sambil-sambil lepak dengan member korang yang berhutang tu, korang bercerite tentang hukum orang yang berhutang..

''weh, korang tahu tak? tadi dalam kelas pengajian Islam, ustaz aku bercerite pasal hukum berhutang. Seram wehh, roh tak diterima langit dan buuumiii.. haa''
  
Aku berani jaminlah si penghutang tu kecut perut punye. Tengok-tengok die letak note 50 dekat meja korang esoknye. Yes! boleh shoppink! haha

Sebenarnye, sebagai penghutang kite kene lah ingat sendiri bile kite berhutang dengan orang. Bukannye si pemiutang yang nak kene ingatkan korang. Kalau aku lah, malu wehh. Perihal hutang ni terlintas dalam fikiran aku lepas aku tengok cite Serakah dekat TV2. Jadi, cume sebagai ingatan untuk diri sendiri dan jugak semua. Saling mengingati supaya tak terbeban dengan dosa berhutang di kemudian hari.

 


-Thanks for reading my entry ! Please come again-

1 comment:

  1. copy gambar utk entry ni ye dear.. http://www.adzriel.com/2013/03/hutang-dengan-anak-sendiri-pun-kenalah.html

    ReplyDelete