Shazwani Buddies

February 10, 2013

Feel looser.

Assalamualaikum.



Pagi tadi aku celik mata seawal jam 6 pagi. Aku pandang kiri sunyi, pandang kanan sepi. Papehal pun aku solat Subuh dulu takut terlajak tidur. But then, macam biasa mata tak rasa ngantok la pulak lepas pekene air wudhu'. Aku tak tahu nak buat apa, then aku capai ketas A4 and start melukis. Sementare nak tunggu suasane umah meriah, ade baiknye cari inspirasi kan. Then aku lukis la. Lukis punya lukis tetengok dah pukul 7.30 pagi. Aku bangun turun bawah and bersarapan. Jenguk luar umah, abah aku tengah cuci kete. Jenguk belakang umah, mama aku tengah jemur kain. Jenguk bilik adik aku, memasing tengah membute. Penat la teww kekonon kuat gile main game kan. 

''Abah, orang nak keje ah'', aku keluar kekonon buat-buat nak tolong cuci kete.

''Hah, taknak sambung degree?'' abah soal aku.

''Nakk! sape kate taknak. Cume tengah rase malas je nak blajar skang,'' sambil menyembur-nyembur kete dengan air.

''Kot ye pun janganlah sembur abah sekali dengan air tu. Abah dah mandi ok,'' (auhh tak sengaje lah)

''Hm.. kamu ni.. sekarang ni ilmu tu lagi penting dari segalenye. Kalau takde ilmu macam mane nak cari duit kan. Kalau takde ilmu jugak macam mane nak bine matlamat...'' biase lee motivasi pagi -,-

''Er. Meemangla bah. Tapi orang taknak buang mase sementare nak tunggu panggilan U tu,'' aku tahu dah mesti kene teruskan degree jugak macam mane skalipun. 

''Panggilan I? Bile mase I panggil U?'' pergh. Pergh. PERGH!! menyirap kejap.

''Hee ape abah ni. Maksud orang panggilan Unibersitinurhaliza tu la haiss,'' aku sempitkan mate sambil tengok suami mama tu dengan ekor mata. Tak puas hati. Hish aku ni dah la serious kan. Ya. Serious untuk cari kerja. 

''Oo. I ingat U tunggu panggilan I tadi hahahah'' abah terkakah kakah gelakkan seorang penganggur budiman ni. Anyway, rasenye sekarang ni keje lagi penting kot. Sambung study tu boleh tolak tepi dulu. Lepas keje nak buat PJJ (Pengajian Jarak Jauh) pun boleh kan.

''Pst, ha.. ha.. ha.. la-waks-nye. Seriousla bah. Boleh tak orang cari keje dulu baru sambung belajar?'' aku tetap desak abah aku bagi green light untuk keje.

''Bukan tak boleh kak, tapi awak kene make sure yang awak dapat keje yang menjamin mase depan awaklah. Kalau awak dapat keje kerajaan mungkin abah boleh lega. Tapi kalau awak masih mencari-cari keje yang tak menjamin ape-ape, abah pun tak menjamin la yang abah boleh bagi kebenaran.kan..'' Ya. Rupa-rupanya memang beliau dah punya agenda ya. ya. ya. ya. Perh!

''Tapi nak lepas SPA tu bukan senang la bah. Kalau 10 kali mohon pun belum tentu kite lepas. Among daripade 100,000 permohonan, belum tentu 10 ribu tu akan terpilih. Malas la nak tunggu UFO's jatuh ke bumi...'' sambil sandar dekat kete, aku pun berpeluk tubuh. Muka sebal. Abah jeling sambil terus polish number plate kete die tu. Yela, cakap je la dengan kete tu. Kete tu kan manusia. Boleh bercakap. Boleh dengar. Boleh bergusti. Ha cakap jee.. cakap laah.

''UFO jatuh kat bumi? haha eh! eh eh ehh janganla sandarr.. habis calar balik kang. Dahla abah baru polish tu. Tepi skett.. shuh shuh. Bincang balik nanti. Tepi sane. Teepiii...'' tak sangka aku akan dihalau sebegitu rupa. Tunggu waktu nak sambung perbincangan je ni. Uhuk :'')

Haiss, ekceli aku pun tak tahu ape yang akan jadi pade hidup aku lepas ni. Tu lah, dulu aku nak kawen dengan Dong Wook, abah aku bantah. Kalau tak, mesti dah heavenn je aku sekarang ni hehe.

But, rezeki ni bukan datang bergolek. So kite kenelah rajin-rajin cari dan usaha serta tawakkal. Haiss. Kali ni cik serious betul betul become more serious. 

Rasa looser. Off lappy. Baca doa. Tido.

Eh cop! U guys tengok tak cerekarama kat TV3 tadi? haha super sweet kan si toyol tu. Aku rasakan, kalau Tomok ni diberi watak dalam novel konfem ranking filem naik habis kan. Haiss tomok.. tomok.. Hilang cara ketawa perempuan Melayu kedua aku. 


-Thanks for reading my entry ! Please come again-

6 comments:

  1. sempat jugak tengok jap drama tadi. lawak gila. :D

    ReplyDelete
  2. cantik lukisan tu kak ^^ hihi
    saya tengok cerekarama tu tadi. hahaha, best lah jugak. tomok toyol. bhahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ihiks ^_^

      tomok nampak comel bile botak kan. haha

      Delete
  3. susah susah kawen jer dengan dong wok tu. :D

    ReplyDelete