Shazwani Buddies

February 2, 2013

Cerita hari Sabtu.

Assalamualaikum.

Sebenarnye azam aku tahun 2013 ni taknak bagi blog ni dihuni oleh sarang semut dan sarang spiderman. Kalau sarang batman takpe, sebab dia hensem. Nak suruh doraemon jage pun tak boleh sebab die gemok dan keje die asyik tido je. Jadi, oleh sebab tu lah aku cube belajar untuk menyayangi dan mencintai blog ni sepenuh hati yang separuh mati *wallahhh*

2 tahun lepas mase bermulanya era pembikinan blog oleh aku *ayat sutradara*, semuanya blurr gitu. Aku ni sangat lack of idea kalau bab-bab nak cerita. Tapi kalau bab mem'bahan' orang tu memang bagi kat aku lah *dulu jahat* muemuemue.

Cuma sekarang ni aku tak berape nak aktif membahan orang, sebab aku banyak kerjaan lain yang aku nak buat. kan. padan muke! Jadi selepas umur aku menginjak tahun demi tahun, aku pun sedar yang segalanya harus berubah! ya. harus! *superbola gila ayat*. Aku dah taknak jadi diri aku lagi.. eh? salah.. aku taknak jadi diri aku yang dedulu lagi :')

Diri aku yang dedulu sangat bikin aku jadi tak tahu sehingga nak mengarang pun tak mampu dan terasa malu hadudududuu. Dulu.. aku seorang yang bukan kaki cyber. Tapi aku kaki televisyen. Kadang-kadang penah satu hari aku tak tido gara-gara tengok tv. Tapi kalau musim World Cup tu, lagilah.. 2 hari belum tentu aku tidur cukup 16 jam.

Dulu.. aku ni tak tahu ape itu facebook. Bila orang tanye,

''kau ada facebook?''.

Aku jawab,

''face? book? buku ada muka ke? mukasurat adalah kot.. facepage orang panggil''.

Dulu.. orang cari jodoh dan kenalan guna Tagged. Bila orang tanya,

''kau ada Tagged tak?''.

Aku dengan selamba bukak Kamus Dewan Bahasa dan Puaka sambil cari maksud Tagged. Lepas kene tonjol kepala dengan abang aku baru lah aku tahu ape itu Tagged. Memang betul berpuaka si Tagged tu *sampai hatimu banglong tonjol kepalaku* -,-

Dulu.. orang tulis cerita dan berita dekat blog. Bila adik aku sibuk bercerita yang kawan die baru meninggal dunia, aku pun tanya,

''mane kau tahu dik? bile? kat mane?''.

Dengan muka yang seperti nak makan kaki adik aku pun jawab,

''dekat blog la kak! kau ni ketinggalan betul!''. 

Orang buat blog, aku pun nak buat jugak. Lepas buat, aku terkelip-kelip seperti tak tahu apa-apa.. bak kata Johan dalam Johara Pagi Era, ''rasa empty.. empty ooo''.

Selepas 2 tahun dan umur aku yang bertambah ke angka 2 telah membuat aku sedar bahawa aku kene lebih berkeyakinan untuk berblog. Walau apa jua duri onak dan cobaan, teguh bila dicobakan keruh kuasa dan kemahuan oh *lain macam je ayat ni* -,-

Haih macam tu lah kehidupan kan. Ada yang melencong ada yang lurus dan bukan semuanya tulus. Tapi kenape aku rase satu macam je ayat aku ni dari tadi? Agaknya petanda nak suruh aku berhenti menulis kot?

Kalau macam tu takpelah, aku akan teruskan dengan joggingan petang untuk maintain healthy otak dan fizikal. Dahlah bermimpi aku gemuk sehingga baju koyak semalam. Terasa diri ini disumpah oleh setan kuning pulak. Jadi perkara wajib yang perlu dilakukan sebelum pegi jogging adalah.......
pakai seluar track-suit warna merah. Okeh sampai jumpaa.



-Thanks for reading my entry ! Please come again-

4 comments:

  1. adeh...lucu pulak cerita last sekali tu. mimpi jadi gemuk sampai baju terkoyak? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. mimpi tu sebenarnya ngeri, rasa macam 'oh tidak!' . haha :D

      Delete
  2. Replies
    1. hehe. thank you cik bella sudi singgah baca entri kite ^_~

      Delete