Shazwani Buddies

February 8, 2013

Cara menjadi seorang kakak contoh.

Assalamualaikum.



Sebaik aku melangkah keluar dari tandas, aku terus check iPhone 9 aku. Ada satu iMessenger masuk sejak sejam lalu.

''Kak, tadi ade sorang mamat hensem kak baru masuk kelas aku. Dahla hensem, macam Korea lak tuee. Tapi aku segan ah nak tegur die. Nanti die kate aku gatal''

Aku tersengih sambil geleng kepala. Then aku sambung lap rambut yang tengah basah. Apalah masalah adik aku tu. Sia-sia aku ajar dia cara untuk jadi pempuan yang attractive. Tak boleh harap sungguh. Aku kecewa sangat sebab die tak ade konfiden untuk menegur seseorang yang dia minat. Well, nak berkawan je, bukan salah pun.

''Apalah kau ni dik. Tegur je lah. Kau kan pempuan selamba nokk. Pahal boleh jadi segan bagai?''

iPhone 9 aku campakkan di atas katil lantas aku menuju ke laci meja solek untuk mencari pengepit kuku. Then iMessenger masuk lagi. Segera aku menapak ke katil untuk mencapai iPhone aku tu.

''Tapi kak mane aku tak segan. Denga cite die tu anak sedara Lee Dong Wook''

Mata aku hampir terjojol. Masuk habuk, mungkin. Tak. Lee Dong Wook what? Anak sedara Lee Dong Wook? Ah lega. Ingatkan anak lelaki Lee Dong Wook tadi. Uhuk uhuk


''Alaa dik. Dulu masa sebelum aku kawin dengan abang ipar kau tu, Choi Si Won.. aku pernah bercinta dengan si Dong Wook tu. Tapi kami takde jodoh, nak buat cemana kan. Dia terlambat 2 minit je nak melamar aku. Merajuklah aku dik. Last-last Choi Siwon pun datang dengan kuda amek aku. Terharu aku :')
Tapi kau jangan tak tahu yang Lee Dong Wook aku tu femes. Kalau tak femes takde lah boleh tercalon untuk kategori Best Couple Award dalam filem Strong Heart. Dan takdelah name die boleh terkenal seluruh dunia. Lagipun kat internet pun dia fofular..''





Lepas send mesej aku pun lepak-lepak baring atas katil sambil bukak majalah CLEO. Ah majalah ni memang menjadi kegemaran aku since dekat sekolah lagi. Cari inspirasi untuk design baju pun ye. Next mesej masuk.

''Kalau macam tu Lee Dong Wook tu dulu kekasih akak la ek? Hebat la akak.''

Wahh! Hidung aku kembang berapa inci pun dah tak tahu lah. Terkekeh aku gelak baca pujian adik aku tu. Laju je aku balas mesej die.

''Well baru kau tahu akak kau ni attractive? Sebab tu kau kena belajar dari aku. Barulah boleh kalah Yoona SNSD tu. Nasib baik Choi Siwon tak tahu. Jangan bising-bising tau. Nanti aku tarik duit belanja kolej kau''

Aku pun off handphone, bersiap untuk turun bawah dan siapkan minum petang. Kejap lagi Choi Siwon aku balik keje. Sekarang ni aku anggap Lee Dong Wook tu masa lalu aku je. Tapi bila dah ada anak nanti mungkin aku akan letak nama Choi Dong Wook. Haa. Ekselen kan.

Well, based on my story above.. dah ada keyakinan untuk menjadi seorang kakak contoh? haha contoh tak berapa membina sebenarnya. Tapi kalau boleh.. tak.. kalau tak berani, janganlah kau ikut ye. Kang lain pulak jadinye. 

hahaha.

hm.

hahaha.

Truly, aku harap si Dong Wook tu takkan paham aku tulis ape kalau dia bukak blog aku. Tak sanggup tengok dia bertarik rambut dengan Choi Siwon gara-gara aku. No. Please no. :")


-Thanks for reading my entry ! Please come again-

7 comments:

  1. wah..akak minat lee dong wook ek...hihi..beliau mmg hensem..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. akak memang fan tu lepas tengok my girl. aduhh *melt*

      Delete
  2. <-------------------------wak dogol. bukan lee dong wok haha

    ReplyDelete
  3. kelakarr. ketawa sy baca entri ni. memang boleh jadi kakak contoh. hee. minat lee dong wok sangat ek. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. lee dong wook tu make people melting(s).obviously ME meehehee :D

      Delete
  4. maaf tanya, pic atas tu pic wani eh? :)

    ReplyDelete