Shazwani Buddies

February 3, 2013

Cara berkomunikasi dengan anak lelaki.

Assalamualaikum.



Hello my goodboy's.

How are you? Girlfriend sihat? Kenapa monyok? Oh ibu minta maaf lah kalau girlfriends kamu tarik muka dengan kamu tadi. Ibu dah pesan dengan kakak kakak kamu untuk nasihatkan girlfriend kamu tu supaya jangan terlalu menggedik sangat dengan kamu. Ibu tak sanggup tengok anak lelaki ibu jadi pak turut yang ikut je telunjuk girlfriend. Jadi ibu minta supaya kakak kakak kamu join kamu dating sekali hari tu. Bukan niat ibu untuk kongkong kamu. Tapi ibu taknak tengok kamu dikecewakan oleh perempuan-perempuan yang cuma tahu nak enjoyy je. kan.

Well ya, ibu tahu kamu akan menjadi seorang yang attractive dan seorang yang digilai ramai seperti daddy kamu, Lee Dong Wook. Alamak salah, bukan Lee Dong Wook. Tapi Robert Pattinson. Eh eh kejap ibu lupa.. aa daddy kamu Sean Faris yang kacak dan romantik tu. Er. Sebenarnya ibu tak pasti apa nama dia, ibu dah tak berapa ingat lah haha.

Ok. Jangan jengkilkan mata kamu dekat ibu macam tu. Ibu bergurau je hehe. Sebenarnya masa ibu masih dibangku sekolah dulu, ibu ada beberapa kenalan lelaki. Semua kawan baik ibu sebab kami satu kelas. Suatu hari tu, ada seorang kawan baik ibu ni nama dia Rain. Dia ni glemer tau my son. One day, dia datang mengadu dekat ibu yang kekasihnya dah tinggalkan dia sebab dia tersalah sebut perkataan ''sayang'' aje. Nak tau dia sebut apa? Dia tersebut ''sayam''. Kekasih dia ingat yang boyfriend dia ni panggil dia ayam. Terus putus. Dia kecewa. Lepas dia cerita dekat ibu, dia terus bunuh diri.

No son. No. Ibu tak mahu itu terjadi pada kamu. Walaupun kamu lelaki tapi ibu taknak kamu tersilap langkah. Kalau kamu rasa dikecewakan oleh sesape, kamu bagitau je ibu alamat rumah dia. Nanti ibu akan suruh kakak kakak kamu pergi rumah dia dan tarik rambut dia sampai botak. Ok? Jangan risau.

Oh my boy,

Bila kamu dah sedar yang kamu tu kacak. Tolonglah, ibu minta pada kamu jangan nak poyo sangat join modelling sane sini. Masuk pencarian mentor lah, vokal lah, akademi berfantasi lah. Kalau kamu join rancangan Imam Muda tak apa. Ibu suka :)

Yang paling ibu nak tekankan di sini my son, elakkan dari menjadi rempit. Ibu taknak anak lelaki ibu punya dua wajah. Sebelah kanan wajah Lee Min Ho, sebelah kiri wajah Zombie. Nauzubillahiminzalik. Kalau muka kamu dah jahanam, siapa lagi yang nak kan kamu ye tak? Kemonn, rupa tu kene jaga elok-elok ok. Bukan senang nak dapat muka Lee Dong Wook tuh. Setiap malam kene pakai masker avocado yang dicampur dengan madu. Lepas tu letak timun di mata ok.

Son of me,

Dulu masa ibu muda-muda, ibu minat dekat kawan baik daddy kamu tau, Datuk K. Tapi Datuk K pulak macam tak minat ibu. Sebab ibu sweet-sweet sangat kot masa tu. Ya lah kan, Datuk K masa tu dah tua gila. Dia pun rasa segan dengan ibu. Ibu pulak bukan setakat segan, tapi rasa ngeri adalah. Ibu minat dia sebab dia 'Datuk' aje haha. Em. Tapi ibu oke je. Ibu rilek-rilek je. Dia yang rugi sebab tak suka ibu yang vogue ni kan. Durian crepe ibu punyalah power. Mee soto ibu pulak terkenal seantero perumahan kita. Wallahh! Daddy kamu jugak yang beruntung sebab kawin dengan ibu. Walaupun ibu tak berapa nak sudi (haha). Susah nak cari wanita macam ibu tau. Jadi kamu kene belajar dengan ibu untuk tackle pempuan. ya? Jangan main redah je ok.

Pempuan ni banyak perangai. Kalau kamu tersalah langkah, diorang boleh pijak kamu. Bukan guna kaki, tapi guna perangai lah. Dulu kekasih kedua ibu, Remy Ishak ada pesan.. kalau jadi pempuan ni kenelah lemah lembut dan sopan santun. Macam ibu.

Lastly my son, kalau kamu nak tahu pempuan gedik macam mana. Kamu tengok je kakak kakak kamu. Diorang semua tu pempuan gedik lah tu. Orang gi dating pun nak ikut. Patutnya walaupun ibu suruh dia orang ikut, janganlah pegi. Kekonon nak jadi anak mithali. Padahal gedik! Ish, ibu tak tahu mana diorang belajar jadi gedik macam tu. Nasib baik ibu bukan macam tu masa muda-muda dulu.

Walaubagaimanapun, bila kamu dah kenal blog.. ibu minta.. eh! ibu haramkan kamu baca blog ibu. Sebenarnya bukan haram sangat tapi makruhlah bagi kamu kalau baca blog ibu ok. Nak jadi anak mithali kan? So, tolonglah.. tolong jangan. Don't.


-Thanks for reading my entry ! Please come again-

6 comments:

  1. Tinggi sungguh imaginasi ibu ni ye.. HAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.janganlah macam tu..segan lah ibu macam ni.. hikhik

      Delete
  2. Baik ibu, dgr perintah. Haha
    Tp, min ho bella punya. Ibu jgn ambil dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya. ibu takkan ambik bf anak sendiri. ngorat je takpe kot? ihiks :p

      Delete
  3. hehhe.. ini kelakar ! saya follow lah :)

    ReplyDelete